Thursday, May 22, 2014

Diharap Shabery Chik lap mulut anda

MARAH TENGAHARI                                                                     

Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Chik mempersoalkan kenapa Pas boleh menyokong Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP sedang parti itu menolak hukum hudud.

Kata Shabery juga, Pas mengambil Islam sebagai topeng dan ia bukan sebuah parti Islam tulen. Katanya lagi Pas tidak mempunyai prinsip dan ideologi yang tetap selain senantiasa merarucni pemikiran dan memecah belahkan rakyat demi kepentingan politik mereka.

Aduh sedap berkata-kata tanpa menilik apa yang ada di kaki sendiri. Apakah Umno tidak merupakan agen memecahkan perpaduan rakyat? Bukankah Umno mengamalkan dasar dive and role yang diajarkan oleh penjajah?

Wednesday, May 21, 2014

Tindakan fizikal akan dilakukan ke atas Dyana Sofya?

PANDANGAN MALAM                                                                         

Gangguan kempen Dyana Sofya di sebuah perkampungan Melayu oleh sekumpulan lelaki yang memakai T shirt dan topi berlembangkan BN adalah permulaan tindakan fizikal ke atas calon DAP itu. Dyana Sofya petang ini ketika berkempen di sebuah perkampungan Melayu dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bermotosikal.

Lelaki berkenaan telah menghalakan ekzos motosikal ke arah orang ramai yang ingin bersua dan bersalam dengan Dyana dan kumpulan kempennya sambil menjerit-jerit memberi peringatan; ini kampung Melayu. Walaupun kumpulan itu menghalang dan membuat kacau, tetapi Dyana dan kumpulan kempennya tetap meneruskan kempen apabila diberikan sokongan oleh orang ramai.

Hampi 100 peratus hudud tidak akan dapat dilaksanakan

WACANA HUDUD                                                                                

Malam tadi saya berwacana mengenai Hudud bersama Pensyarah Unisel, Dr Abdul Aziz Bari dan bekas pegawai Kias Ibrahim Mohamad di Dewan Himpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur. Tema wacana ialah Hudud: Ke manakah Kelantan? Wacana berkenaan dipengerusikan Wan Ji Wan Husin. Tajuk itu memberi gambaran akan "kesesatan" kerajaan Kelantan mengenai hudud.

Abdul Aziz mengulangi padangannya sebelum ini, bahawa untuk melaksakan hudud ia tidak memerlukan kepada pindaan Perlembagaan, hanya perlu meminda seksyen-seksyen kecil saja yang tidak pun memerlukan kuasa dua pertiga di parlimen. Ertinya Kelantan sudah boleh melaksanakan hudud kalau pun tidak dipinda Perlembagaan.

Bahkan katanya kerajaan Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri tidak memerlukan pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan hudud kerana (hal ehawal agama) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Hukum hudud termasuk dalam syariah Islam. Perkara ini sudah lama beliau maklum atau menasihatkan kerajaan Kelantan.

Monday, May 19, 2014

Mahathir jealous dengan pendekatan politik pro DAP

REAKSI                                                                                                

Strategi DAP untuk memperkuat dan menarik perhatian generasi muda termasuk orang Melayu agar menyokong parti berasaskan "demokrastik liberal" itu dengan meletakkan remaja Melayu Dyana Sofya Mohd Daud 27, dalam pilihan raya kecil Telok Intan menjadi kemarahan sesetengah pemimpin Umno.

Dyana diapit pimimpin DAP dan PR selepas nama calon.
Kalau setakat veteran bernama Mustapa Yaakub ia tidak menarik minat saya pun untuk mengulasnya. Siapalah Mustapa ini, tidak sampai 10 orang Pakatan Rakyat mengenalinya. Cadangannya agar ibu Dyana, Yammy Samad dipecat dari Umno tidak memberi bekas apa-apa kerana Yammy sendiri sudah lama tawar jiwa dengan Umno.

Tindakan Mustapa itu menggambarkan sejauh itulah tinggi dan rendahnya minda politik Melayu dalam Umno.

Ustaz Abdul Ghani Ab Rahman kembali ke rahmatulah

KENYATAAN                                                                                      

Bekas Pesuruhjaya Pas Melaka Abdul Ghani Abdul Rahaman telah kembali ke Rahmatullah pagi ini, demikian menurut SMS daripada salah seorang anak saudaranya. Jenazah akan dibawa ke negeri kelahirannya untuk dikebumikan.

Abdul Ghani telah lama keuzuran dan sering berulang alik ke hospital. Saya pernah melaporkan keadaan Allahyarham. http://msomelayu.blogspot.com/search?q=us+abdul+ghani+abdul+rahman

Catatan belasungka akan menyusul. [wm.kl.1:06 pm 19/05/14]

Saturday, May 17, 2014

Peguam muda Melayu calon DAP di Teluk Intan

TERKINI                                                                                               

Seperti yang telah diramalkan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 (foto) telah diumumkan calon DAP dalam pilihan raya kecil parlimen P76 Teluk Intan yang hari penamaan calon 19 Mei dan hari mengundi 31 Mei. Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng lewat tengah hari ini di Teluk Intan.

Pengumuman Dyana Sofya seorang peguam muda itu menunjukkan keberanian dan kelainan DAP dalam politik. Parti itu senantiasa membuat peralihan dan perubahan yang dinamaik khasnya dalam pemilhan calonnya.

Disaat parti lain masih meletakan calon-calon lama yang sudah luruh gigi, atau sering berak-berak tetapi DAP mendahului dan pantas membaca selera rakyat khasnya generasi baru yang inginkan calon yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan berketrampilan dengan mengambil generasi muda.

Friday, May 16, 2014

Keunikan Melayu yang memusnahkan diri

RENCANA                                                                                            

Kalau diperhatikan banyak sifat, perwatakan, cara berfikir atau kemanusiaan orang Melayu yang anih-anih dan pelik. Setengah dari kevarsian itu membezakan atau mengenalkan orang Melayu dengan kaum bukan Melayu. Selalu kita dengar salah satu sifat unik orang Melayu yang tidak ada kepada kaum lain ialah suka "mengamuk" dan suka "latah".

Dua sifat ini menjadikan bangsa Melayu berbeza dengan kaum-kaum lain dan kononnya sifat unik yang negatif ini tidak ada kepada kaum lain. Saya bersetuju kalau latah tidak ada kepada kaum lain, tetapi tidak setuju kalau amuk atau mengamuk juga tidak ada.

Selalu kita dengar ada kejadian di negara luar ada orang yang nekad melakukan sesuatu yang trajis, misalnya membunuh kerana dirangsang sesuatu elemen, atau pun merempuh bangunan dengan memandu kereta dan sebagainya. Ada juga yang bertindak membunuh orang ramai di tempat-tempat awam. Itu adalah amukan yang berlaku apabila seseorang tidak berjaya mengawal emosi dan dilanda stress peringkat lima hingga 10 bintang.

Penyelesaian krisis Umno Terengganu kebijaksanaan Najib

KAMUS POLITIK                                                                              

Mengenai gerimis politik di Terengganu sehari dua lalu saya hendak puji tindakan bijak politik Najib Razak yang cepat menampung kain carit dalam Umno yang berkemungkinan boleh memalukan parti berkenaan kalau tiada tindakan pantas.

Tepat Najib mengambil tindakan memecat Ahmad Said dan menggantikan dengan Ahmad Razif Abdul Rahman. Orang politik harus belajar dari Najib.

Kenapa saya kata bijak, kerana kalau Najib lambat bertindak, kemungkinan Ahmad boleh meneruskan agendanya atas dendam kerana rasa malu dan kecil hati apabila ditamatkan menerusi perjanjian memegang jawatan setahun. Kononnya Najib mengatakan dia keliru bahawa kenduri kahwin anak Ahmad itu sudah pun selesai 10 Mei, adalah disengajakan sahaja. Kata-kata dan pengakuan Najib serta apolegetik itu hanya sandiwara Najib semata-mata.

Betulkah ada Yang diPertua Pas kawasan di Selangor letak jawatan?

BERITA PAGI                                                                                   

Pas Selangor dibawah pimpinan Iskandar Abd Samad sebagai Pesuruhjaya sedikit tercabar apabila salah seorang Yang Dipertua kawasan di negeri itu dikatakan telah meletakan jawatan beberapa minggu lalu kerana tidak berpuas hati dengan penggunaan wang yang diperuntukan untuk rakyat menerusi Pengarah Parlimen.

Yang Dipertua berkenaan katanya mengambil keputusan itu selepas pertikaian beliau berhubung penggunaan wang itu gagal dijelaskan oleh pucuk pimpinan parti. Katanya beliau mahu pucuk pimpinan parti memberi penjelasan atau menghentikan terus pemanipulasian wang rakyat yang disalurkan menerusi Pengarah Parlimen digunakan untuk kepentingan parti.

Thursday, May 15, 2014

PKR perlu tegas dengan pengacau dalam parti

SUSUPAN PETANG                                                                              

Tindakan PKR menggantungkan lapan orang anggotanya termasuk bekas ahli parlimen kerana melakukan berbagai kesalahan semasa pemilihan parti minggu lalu dikira sebagai langkah tepat dan perlu dihormati oleh semua pihak dalam parti berkenaan.

Penggantungan itu tentu untuk kebaikan parti.

Mereka digantungkan melakukan berbagai kesalahan, paling ramai ialah apabila menghebuhkan masalah dalam parti ke media massa dan juga laman sosial.

Penggantungan mereka dibuat apabila jawatankuasa disiplin yang bermesyuarat semalam dipengerusikan Mohamed Azmin Ali. Turut sama hadir dalam mesyuarat itu ialah Anwar Ibrahim dan Abdul Khalid Ibrahim.