Membuka bicara maudu' politik selepas berihat lebih sebulan kerana berpuasa, saya ingin mengisahkan perihal Ibrahim Ali yang saya panggil dia sebagai Selentia. Saya kira Inchik Ibrahim tidak tersinggung kerana saya memanggilnya demikian kerana dia sendiri menganggap dia sebagai sang "Raja Katak".Apa yang hendak saya perihal hal Ibrahim kali ini ialah mengenai hasratnya atau angan-angan dipasangnya menjelang Piraum -- pilihan raya umum akan datang. Kandati beberapa kali dia menafikan untuk tidak mahu mengambil bahagian dalam pilihan raya alasan sudah tua, tetapi penafian itu hanya dibibir sahaja. Tiadak ada sesiapa mempercayainya.







