Wednesday, January 3, 2018

Beberapa "kenapa" untuk Pakatan Harapan

PANAHAN RASA

Soal siapa yang akan diangkat menjadi PM masih terus menjadi persoalan dan tidak selesai dalam komponen Pakatan Rakyat. Kenapa? Soal ini sebenarnya tidak penting tetapi ia cukup "memakan" kepala orang ramai. Bila soal ini terus didebatkan ia boleh mengganggu kosentrasi rakyat untuk menyokong PH.

Mulanya nama Dr Mahathir Mohamad sudah dipersetujui untuk diangkat jadi PM manakala nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya. Tunggu lagi menunggu saat untuk diistyharkan secara rasmi saja lagi. Semua kelihatan seperti sudah beres.

7 Januari sempena konvensyen PH dicadangkan untuk mengumumkan nama-nama itu. Semua beranggapan ia selesai dan soal siapa PM tidak menjadi masalah lagi.

Bicara Anak Kelantan, gambar keberanian dan tanggungjawab Husam


ULASAN LEWAT

Tiga hari sebelum kelendar tahun 2017 ditutup berlangsung Biacara Anak Kelantan Merungkai 1001 Persoalan Bersama Husam Musa di Kota Bharu Kelantan. Mulanya bicara itu dirancang untuk menampilkan bersama dengan wakil-wakil dari Pas dan Umno.

Maksud penganjur, ialah untuk menampilkan ketiga-tiga pihak, Amanah, Umno dan Pas bagi bersemuka untuk berbual mengenai isu-isu panas dan terkini di Kelantan di hadapan anak-anak Kelantan secara telus dan terbuka.

Monday, January 1, 2018

Nilai pertemuan Dr Mahathir - Anwar, Najib - Hadi sama.

RESPON PENJENGOK

Seorang penjengok blog ini yang menamakan dirinya sebagai Dr Sofiyan telah membuat ulasan ke atas satu posting saya sambil bertanya saya dengan soalan berikut?

"Assalam..penyakit pakatan rakyat sudah mula hinggap pakatan harapan..rakyat bawahan menilai dari jauh..inilah kelemahan pembangkang malaysia..tiada kata sepakat..di bawah BN nampaknya solid sebelum menuju PRU 14..cuma saya ingin bertanya pak sayuti..jika Tun M bertemu anwar merupakan rahmat kepada PH,bagaimana pula pertemuan Hadi-Najib..bukankah ini seni berpolitik?

Soalan ini bagi saya sangat menarik dan ia ada dalam hati banyak penjengok lain tetapi mungkin malu-malu atau tidak tergamak untuk bertanyakan pandangan saya kerana mengira saya hanya menyenangkan Pakatan Harapan tetapi tidak BN. Tetapi bagi mereka yang mengenali saya, tahu membaca pegangan dan penghayatan politik saya tidak seharus gerum untuk menanyakan demikian atau pun persoalan lebih sofisikated dari itu.

Saturday, December 30, 2017

Syarat dikenakan kepada Dr Mahathir perlu dimansuhkan

PANDANGAN MALAM

Jumpa dengan Anwar suatu pengorbanan besar Dr Mahathir.
Langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan syarat kepada Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri dilihat sebagai lelucon dan dalam masa sama menggambarkan syarat itu dikemukakan mereka yang tidak begitu mantap dan geliga akal politiknya.

Dari satu segi pula syarat itu semacam mahu sengaja menimbulkan keributan dalam Pakatan Harapan menjelang pilihan raya. Keraguan kepada Dr Mahathir memancarkan busuk hati mereka yang mempunyai idea berkenaan. Jauh dari itu mereka yang tidak bijaksana dalam berpolitik serta mempunyai layer politik selepas.

Monday, December 25, 2017

Siapa tokoh pilihan saya untuk jadi perdana menteri?

PANDANGAN 

Siapa yang akan jadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang terus menjadi polemik. Melainkan DAP, ketiga-tiga parti komponen PH telah mengangan-angankan pemimpin mereka sebagai PM. PKR terus mahu Anwar Ibrahim sebagai PM, menakala PBBM pula mahu menobatkan Dr Mahathir Mohamad sebagai PM sekali lagi. Itulah nama tunggal bagi kedua-dua parti itu di samping ada nama penduanya.

Saturday, December 23, 2017

Himpunan solidariti Palestin: Kenapa Hadi tidak hadir?

MENAKSIR PERISTIWA

Najib dan Zahid kurang bersemangat. 
Himpunan solidariti menyelamatkan Palestin yang diadakan di perkarangan masjid Putrajaya semalam akan jadi selonggok lagi kenangan yang berlalu seperti himpunan-himpunan seumpamanya sebelum ini. Ia akan menjadi kenangan serta lambang kepada dunia yang rakyat negara ini juga peduli dengan permasalahan dan nasib bumi Palestin yang merana sudah setengah abad itu.

Thursday, December 21, 2017

Jangan politikan nasib rakyat Palestin...

MENCAMPAK RASA

Besok akan berlangsung himpunan solidariti untuk menyelamatkan Baitulmuqdis di Putrajaya. Media massa kerajaan memwara-warakan agar orang ramai hadir memberi sokongan. Majlis itu seperti digerakan sendiri oleh kerajaan. Sekali lagi Najib Razak akan berganding dengan Hadi Awang memberi pidato utama kemanusiaan Palestin dalam masa sama mengutuk Amerika Syarikat. Seberani manakah Najib mengecam US esok?

Himpunan esok juga merupakan sambungan kepada solidariti untuk Rohingya yang pernah diadakan sebelum ini. Seperti mana diketahui solidariti Rohingya tidak pun dapat mengatasi masalah yang ada sebaliknya himpunan di Taman Tasik Titiwangsa tempoh hari lebih untuk mengutip laba politik oleh Najib dan UBN. Setidak-tidak himpunan Rohingya itu Umno berjaya menyandingkan Hadi Awang dengan Najib.

Saturday, December 16, 2017

Kementerian patut ringankan beban bukan tambah beban

SUSUPAN SORE


Kejadian jemaah tidur di lobby hotel disebabkan
ketiadaan bilik gara-gara travel agen biasa berlaku.
Pelaksanaan apa dinamakan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang akan mengendalikan urusan pengeluaran visa umrah dan ziarah di negara ini telah menimbulkan pro-kontra dan menjadi polemik di dalam media sosial. Menerusi sistem itu semua visa umrah dan ziarah akan diuruskan secara tunggal oleh badan berkenaan menerusi sistem itu.

Rasional yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan (KPK) yang bertanggungjawab membenarkan sistem ini wujud, ialah untuk menambah-baikan urusan pengeluaran visa juga kebajikan jemaah mengerjakan umrah dan ziarah. Namun awal-awal sudah ada kecurigaan sejauh mana alasan dan hujah itu benar dan boleh dipercayai?

Thursday, December 14, 2017

Isu Bugis tidak ubah pendirian rakyat

ULAS ISU

Dr Mahathir dan Siti Hasmah serah darjah kebesaran.
Pertengkisan antara Dr Mahathir Mohamad dengan Sultan Selangor berkaitan isu Bugis bukan isu politik sebenar, bahkan isu itu meluas kerana salah anggap oleh satu pihak kepada satu pihak. Ia pula dilihat panas apabila dihangatkan dengan “heater” politik.

"Pemerangatan" isu itu menunjukkan ada pihak yang sudah kehabisan isu atau pun kebasian isu untuk dicampak kepada rakyat.

Isu itu tidak pun menjadi penentu masa depan negara apa lagi memberi impak sampai boleh mengubah minda rakyat yang sudah disetkan untuk menghadapi Piraum ke 14 nanti. Isu Bugis itu adalah isu tidur yang dipaksa jaga.

Selamat pulang dari mengerjakan umrah

Selama dua minggu saya tidak mengaktifkan blog ini disebabkan saya bermusafir mengerjakan umrah. Seperti biasa selama mendiami dua tanah haram saya cuba untuk tidak berfikir masalah rutin biasa di tanah air, dengan tidak melakukan apa-apa coretan. 

Pagi semalam, tepat pukul 6:30 pagi waktu Malaysia saya bersama rombongan selamat sampai ke tanah air. Perjalanan mengerjakan umrah kali ini sangat mencabar sekali, namun tetap bersyukur kerana akhirnya dapat pulang mengikut jadual dengan selamatnya. 

InsyaAlah suka duka dan kenangan umrah berkenaan akan saya kongsikan dalam blog ini untuk diambil tauladan oleh semua, khasnya mereka yang berhajat untuk mengerjakan umrah.  

Sehubungan itu tidak pernah terlupa terima kasih banyak kepada pihak yang membantu saya dan anggota di sepanjang musafir kali ini. [wm.kl.11:13 am 14/12/17]