Friday, March 4, 2022

Zahid tumpang berkat Najib Razak

Kemesraan Najib dan Zahid, 
apa yang mereka ketawakan?
 
MENURUT Zahid Hamidi aura "boos"nya (boosmu) Najib Razak tidak pernah pudar walaupun Najib tidak lagi menjadi perdana menteri. Katanya walaupun Najib dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM140 juta beliau masih mendapat sokongan kuat.

“Aura bossku tidak pernah pudar. Malah ketika jadi perdana menteri, auranya cukup tinggi.

“Selepas tidak jadi perdana menteri, aura dia tetap terus tinggi,” memetik kata-katanya kepada pemberita di Mersing hari ini.

Zahid merujuk kehebatan Najib itu kepada pencapaian BN dalam pilihan raya kecil yang dilalui oleh parti itu semasa menjadi pembangkang ketika PH menjadi kerajaan, dimana BN menang 7 kali pilihan raya kecil disamping dapat merampas semula kerajaan Melaka dan Sabah dalam pilihan raya negeri lalu.

Sunday, February 27, 2022

Sementara menanti kubur besar siap di Johor

ULASAN

PILIHAN RAYA negeri Johor sudah bermula dengan rasmi mulai semalam selepas berlangsung dan selesainya proses penamaan calon. Walaupun Pirane Johor diadakan dalam keadaan pandemik yang kembali menggila, tetapi ia tetap menjadi tumpuan umum khususnya parti politik. Orang politik ini gila semacam.  

Pilihan raya itu menjadi gelanggang menguji kekuatan parti-parti politik yang wujud dalam negara ini. Walaupun Melaka dan Sarawak baharu mengadakan pilihan raya masing-masing, tetapi ia berbeza dengan apa yang berlaku di Johor. Pirane Johor dikira penting kepada semua parti politik utama; Umno, Bersatu, Keadilan dan DAP. 

10 buah parti politik mengambil bahagian dengan pembabitan seramai 239 orang calon termasuk 16 bertanding atas tikit Bebas.

Tuesday, February 22, 2022

Pas jangan terus biarkan Hadi jadi Kaduk

 ULASAN

Usah biarkan Hadi jadi kaduk.
SAYA tidak tahu sampai bila parti agama (Pam) akan membiarkan presidennya Abdul Hadi Awang melalut alias "mengapur", tanpa tentu fasal yang gara-garanya bukan menjatuhkan martabatnya sebagai presiden, tetapi secara tidak langsung turut mencalarkan imej parti itu sebagai parti agama. Pam adalah parti kedua tertua selepas Umno seharusnya mempunyai leadership cukup bertamadun.

Kenyataan, pandangan, ulasan dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi akhir-akhir tidak menggambarkan kemantapan daya akal intelektual beliau sebagai pemimpin. Kemusyidannya sebagai pemimpin kian tumpul dan ada kalanya mengelirukan. 

Monday, February 14, 2022

Semua pihak bertelagah mengenai fahaman perlu cease fire

PENDAPAT

Idris Ahmad perlu ambil inisiatif.
PERBALAHAN dalam memahami sesuatu perkara berhubung dengan agama, seperti memahami maksud al Quran, hadith sunnah dan lain-lain subjek menjadi polemik berterusan yang membimbangkan. 

Perbahasan secara terbuka menerusi media sosial makin menjadi-jadi kini.  Kebebasan bersuara yang dicapai sekarang ini telah dipergunakan secara tidak berperaturan dan ada kalanya menyerlahkan "kedangkalan" manusia yang mengaku ada agama.

Friday, February 11, 2022

"Rakyat Hakim Pru-15" gerakan politik tanpa parti

 Catatan Perjalanan.

Sembang dengan Basir Ismail di Jitra.
KELMARIN saya ke negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman. Bukan ada apa-apa pun, sahaja jalan untuk melepas angin dan makan angin. Duduk di ibu Kota Kuala Lumpur tanpa keluar tidak sedap juga. Jadi keluarlah untuk ambil angin. 

Kedah antara negeri yang menjadi kesukaan saya, seronok berada di sana, selain daripada dapat melihat bentangan sawah padi menghijau, terhibur juga melihat sepak terajang politik di negeri itu.  

Friday, February 4, 2022

Nilai hasil hutang di Kelantan lebih besar dari royalti?

ULASAN

Satu pemandangan kawasan
pembalakan di hutan Kelantan.
SERONOK dan melegakan hati rakyat Kelantan apabila membaca laporan Bernama bertarikh 28 Februari 2022 yang berbunyi "Hutan Simpn kekal Kelantan lebih luas daripada hutan pengeluaran". 

Laporan itu merupakan kenyataan Timbalan Menteri Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah, yang menekankan juga HSK Kelantan makin bertambah dalam tempoh lima tahun (2017 -2021) menjadikan keluasan HKS melebihi keluasan hutan pengeluran.

Thursday, February 3, 2022

Ismail Sabri tidak perlu layan desakan partinya

PANDANGAN 

Ismail Sabri tidak perlu tunduk dengan
tekanan.
POLEMIK dan perdebatan tidak henti kini mengenai masa bilakah pilihan raya umum (Piraum) ke-15 akan diadakan dan perlukah Piraum diadakan dan sejauh mana kewajaran diadakan?   

Memahami MoU ditandatangani di antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dengan pembangkang (PH) pada 13 September 2021, mengandungi tujuh subjek dengan persetujuan Piraum tidak akan diadakan sebelum Julai tahun ini. Tetapi tampaknya persetujuan tempoh itu tidak disetujui oleh semua komponen parti politik. 

Monday, January 31, 2022

Dongeng itik patah kaki dengan berudu

RENUNGAN

APABILA rintisan tahlul syiasi antara Pas dengan Umno, Umno dan Pas ditularkan, ramai yang terkejut antara yakin dengan tidak. Tidak kurang juga yang tersenyum membaca laporan itu dengan pesimis dan menganggap ia suatu lelucon. Majlis yang berlangsung di PWTC dengan menanda tangani piagama Muafakat Nasional (MN) pun dijadikan persendaan, tetapi membawa isyarat seperti mahu jadi kenyataan. 

Kenapa ada yang pesimis kerana mengingati apa yang pernah dilakukan dan berlaku kedua buah parti itu. Mereka pernah bersama tahun 1970-an, kemudian tidak sampai setengah hari bergaduh dan berpecah semula. 

Sunday, January 30, 2022

Perhatian

 

Khamis ini usia saya genap 62 tahun. Sempena itu saya bersyukur dan bermunajat kepada Allah Swt anugerahkan saya dan kita semua kesihatan dan kewarasan fikiran untuk terus menulis dan menulis. 

Sempena dengan kedatangan tarikh itu saya, ingin mengenang dan memberi tanda kasih saya kepada pembaca blog ini khasnya, tawaran buku baru saya, MENGAPA ANWAR BELUM JADI PM? bagi cetakan kedua yang masih ada dalam simpanan. Buku ini sudah masuk cetakan dua kali, terima kasih atas perihatian anda budiman semua.   

Tawaran istimewa sebagai tanda kasih ini hanya 31 naskah sahaja. Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk memiliki sila hubungi segera saya nombor 019-2336996 atau 016-8443996. Siapa yang segera dia yang punya tawaran ini. [wm.kl.1:06 pm 30/01/2021] 

Thursday, January 27, 2022

Pirane Johor: Jangan mati beramai-ramai hidup berasingan.

PANDANGAN

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor telah pun dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya pada minggu pertama bulan depan. Tampaknya SPR tidak begitu "gaduh lorak" untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang perihal Pirane Johor itu. Kelambatan ini menyebabkan timbul persoalan, apakah Pirane Johor akan diadakan serentak dengan Piraum ke-15?