Wednesday, February 18, 2009

Menyelami Makna

Hujah TV9
Siapa Yang Cerdik

MALAM tadi berlangsung rancangan Hujah, di TV9 .. dekat di hati, yang menampilkan tiga calon ketua Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir, Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin. Penampilan itu bolehlah dilihat sebagai satu peluang dan ruang untuk umum meninjau pemikiran serta gaya kepimpinan ketiga-tiga calon itu. Dari rancangan selama sejam itu sedikit sebanyak dapatlah penonton membaca peta pemikiran ketiga mereka dan melihat sejauh mana wibawa masing-masing.

Saya turut sama mengikutinya dari awal hingga ke akhir dengan penuh minat. Saya percaya juga orang lain begitu kerana peluang mereka duduk di satu pentas mungkin tidak dapat dilihat lagi selepas ini.

Secara keseluruhannya prinsip, keyakinan dan idea mereka berhubung Umno tidak banyak perbezaan. Mereka adalah anak-anak Umno sejati! Isu-isu yang dikemukakan juga tidak ada yang baru. Sudah kerap mereka melontarkan pandangan dan gagasan mereka berhubung isu-isu itu. Begitu janji untuk dilakukan jika jadi ketua pemuda pernah didendangkan oleh calon-calonnya lama sebelum ini. Mungkin itulah juga yang menjadi modal dan bahan kempen mereka untuk menjawat jawatan ketua pemuda Umno.

Walaupun ada persamaan pemikiran dan keyakinan Umno masih boleh bangkit, – dari segi pemikiran dan kepercayaan, namun pendekatan yang hendak digunakan pakai agak berbeza. Inilah yang ditunggu oleh para penonton untuk menilai idea siapa lebih bernas dan gaya kepimpinan siapa relevan dengan anak-anak muda zaman IT dan era globalisasi ini.

Bekas MB Selangor, Khir Toyo cuba menonjolkan bahawa beliau berpengalaman dengan cuba membawa ilmu kepada Umno khasnya pemuda. Beliau mahu pemuda Umno diberikan pendidikan dan jati diri yang sudah sirna. Beliau menggunakan istilah tarbiah. Pendidikan itu memberi kefahaman mengenai perjuangan Umno yang harus menjadi suara rakyat dan bukan tuan, taukeh.

Khir juga masih yakin Melayu akan selamat di tangan Umno sehingga beliau menyebut, tiada Umno tiadalah Melayu. Semangat Melayu dalam diri Khir sungguh begitu tebal sekali.

Bagi Khir roh Melayu dalam Umno sudah terhakis dan inilah yang ingin diisikan. Beliau memberi gambaran kerana masalah inilah Umno kalah teruk dalam pilihan raya lalu termasuk beliau sendiri kehilangan jawatan dan kerajaan di Selangor. Cuma kesilapan Khir menyedari hal itu selepas beliau menghadiahkan penyapu kepada pegawai PBT!

Secara jelas Khir meletakkan kelemahan dan kekalahan itu kerana kenaifan kepimpinannya. Contohnya kepimpinan begitu lambat untuk bertindak termasuk menggunakan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti mana berlaku terhadap Karpal Singh. Gara-gara kelemahan itulah menyebabkan rakyat marah dan kesannya kepada Umno dalam pilihan raya lalu.

Di sini Mukhriz ada persamaan pandangan dan keyakinan dengan Khir yang juga meletakkan kekalahan dan kelemahan UBN ialah kerana kepimpinan yang lemah. Mukhriz berpandangan undang-undang sudah ada tersedia tetapi disebabkan kelemahan kepimpinan (melaksanakannya) menyebabkan ia memberi kesan buruk kepada UBN.

Beliau cuba memberi gambaran kenapa dulu Umno kukuh ialah kerana ketegasan dan keberanian pemimpinnya, yakni ayah beliau.

Berlainan dengan Khiry Jamaluddin, yang sudah tentu akan mempertahanakan kepimpinan bapa mertuanyanya tidak secara melampau, bagi Khairy masalah yang dihadapi Umno kini ialah kerana senerio sudah berubah. Persekitaran politik yang menerima mekanimse baru, media, internet, blog dan sebagainya. Keadaan ini menjadikan orang ramai ingin tahu dan mengambil peduli kepada Umno. Keadaan kritikal ini menurutnya perlu diberi keprihatinan dan melakukan perubahan kerana ia menjadi cabaran baru kepada parti itu.

Lantaran itu menurutnya, beliau mahu pendekatan baru yang lebih rasional dan realistik diambil dan tidak lagi bergantung kepada slogan semata-mata. Justeru, tekannya peralihan kepimpinan yang dirasakan oleh Khir dan Mukhriz itu tidak akan berlaku begitu saja tanpa perubahan dan pengisian berkesan.

Bagi Khairy dalam konteks ini pemuda harus dibangunkan dengan kesedaran dan tututan semasa yang lebih bersifat mesra alam, kontenporari dan bersifat memahami naluri mereka dan tidak memaksa pemuda menelan ubat-ubatan bagi menyelamatkan diri sebaliknya perlu kepada bingkasan fizikal dan akal.

Jelas pemikiran dan keyakinan Khairy bersifat semasa, bila mana beliau kurang senang dengan akta Keselmatan Dalam Negeriu (ISA) yang banyak diperkatakan. Baginya ISA perlu perubahan dan tidak menyerahkan kuasanya kepada seorang saja dan suara diluar perlu diambil kira.

Kesediaan beliau untuk membincang bagi merubah ISA menjadi akta yang ‘selamat dan sihat’ ini mencerminkan Khairy lebih bersikap fleksible dan peka dengan tuntutan semasa. Sebaliknya Khir masih percaya ISA harus dijadikan benteng menguatkan kedudukan UBN. Ini bermakna Khir lebih kejam dalam usaha memperkasakan partinya dan enggan bersikap terbuka terus dengan tekanan ke atas lawan dan rakyat.

Begitu juga dengan isu PPSMI yang sedang beralun dan dituntut oleh khalayak sekarang ini. Walaupun Khairy masih bersetuju namun ia perlu dipindah, perlaksanaan PPSMI itu sesuai untuk sekolah menengah saja dan bukan sekolah rendah sebab ia masih banyak kelemahan dan kecacatan. Dalam masa sama Khairy tidak tolak kepentingan bahasa Inggeris juga perlu ditingkatkan dari masa ke semasa. Sekali lagi Khairy cuba menggambarkan beliau peka dengan kehendak semasa dan suka memberi tindak balas menyenangkan rakyat.

Berbeza dengan Mukriz yang mempertahankan polisi yang dibuat oleh ayahnya dengan berselindung di sebalik PPSMI yang diwujudkan untuk membangun bangsa. Menurutnya bahasa hanya alat saja yang penting dibangunkan ialah bangsa itu. Mukhriz menerima pandangan atau falsafah apalah ada pada nama. Dapat disimpukkan di sini bahasa bagi Mukhriz bukan sesuatu yang perlu diagungkan tetapi kemajuan bangsa itu perlu diutamakan. Perbezaan perspektif ini sangat ketara dan mengelirukan.

Dalam kesempatan di rancangan itu semalam juga, Khir telah menggunakan untuk menjaja dan menampilkan dirinya sebagai seorang pemimpin Islamik. Mungkin Khir mahu membawa pemuda ke zone agama kerana menyedari akan kedudukan pemuda hari ini jauh dari ‘masjid’ dan ‘surau’. Beliau juga cuba menunjukkan dia adalah pejuang marhean. Tanpa beliau sedari dasar pembersihan setinggan di Selangor yang dilaksanakan dulu menafikan keinginannya itu. Dan Khirlah juga yang menguncikan surau untuk politik.

Keyakinan Khir bahawa kontrak sosial yang dipraktikan hari ini sama dengan Piagam Madinah sekali lagi memberi gambaran bahawa Khir pencinta Islam dan percaya kepada pendekatan kerohanian untuk membangun pemuda dan mengukuhkan parti kebangsaan berfahaman kebendaan itu. Walaupun dakwaan Khir itu meragukan namun setidak-tidaknya sebagai bakal ketua pemuda Khir telah membaca kitab-kitab mengenai pembangunan yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Manakala Mukhirz mengekalkan sikap sedarhana dan ketaksuban yang tinggi kepada bentuk dan pemikiran bapanya. Beliau yang menjadikan bapanya sebagai idoa, menyakini dan mendambakan kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan. Cara Mukhriz mengambil ikon itu beliau terus menafikan kemampuan bapa mertua Khairy dan memperlecehkannya.

Sedang Khairy pula menampilkan dirinya sebagai anak muda yang berjiwa dan bersemangat orang muda. Yang percaya pemuda perlu dibangunkan dengan semangat baru dan berjiwa kemudaan serta dalam lingkungan semasa yang kian mencabar. Dengan keyakinan itulah beliau menawarkan dirinya untuk memimpin pemuda. Baginya bentuk kepimpinan lama, bermain dengan slogan dan ucapan retorik sudah berakhir dan tidak memberi banyak guna dalam merubah pemuda dan Umno. [wm.kl. 6:30 am 18/02/09]

Tuesday, February 17, 2009

Gangguan Talian

Apakah Akan Berlaku Pilihan Raya Kecil Di Tiga Bukit?

APAKAH kebetulan ataupun telah ditakdirkan demikian, Tuhan mahu menguji kekuatan dan keimanan rakyat negara ini! Kerana menyedari bahawa orang Melayu dan rakyat Malaysia suka dan gila berpilihan raya maka ditakdirkan berlaku pilihan raya kecil di dua dua bukit, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Maka disebabkan tidak cukup dengan dua bukit itu maka sebuah lagi bukit, (kemungkinan) kali ini Bukit Lanjan pula akan diadakan pilihan raya kecil.

Bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pun sahih. Tarikh pilihan rayanya pada 7 April hadapan. Manakala bukit Lanjan dalam perhitungan. Seperti kebetulan juga, tiga bangsa mewakili kerusi-kerusi berkenaan. Bukit Gantang calonnya berbangsa Melayu, Roslan Shahrom (Pas) meninggal dunia, manakala di Bukit Selambau calonya V Arumugam (PKR) bangsa India yang meletakkan jawatan atas sebab-sebab peribadi.

Dan calon yang bermasalah di Bukit Lanjan ini pula berbangsa China, Elizabeth Wong (PKR). Jadi eloklah ketiga-tiga bangsa berhadapan dengan masalah dan ia disengajakan demikian bagi menguji politik semua bangsa negara ini.

Pagi tadi Elizabeth Wong telah pun menawarkan diri untuk melepaskan jawatan Exco dan juga kerusi Bukit Lanjan. Tawaran itu jelas menunjukkan beliau mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Memang Elizabeth tidak boleh menafikan apa yang berlaku adalah kesalahannya. Lagipun rahsianya sudah pun tersebar sangat luas!

Beliau kena ambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada beliau atas tanggungjawab itu. Tidak sampai 48 jam isu gambar bogelnya yang terdedah didedahkan, (setengah orang tidak pun tengok macam mana gambar itu) beliau sudah ambil tanggungjawab.

Keputusan itu tepat. Saya tidak percaya ianya atas desakan pembangkang Selangor, tetapi itulah ketegasan dan wibawa yang ada kepada seorang pemimpin dan aktivis seperti Elizabeth. Kalau dia sudah merasakan dirinya menjatuhkan maruah parti dan kerajaan dia kena berhenti. Jangan sampai didesak dan diarah suruh berhenti baru nak berhenti atau tidak mahu berhenti juga. Ahli politik begitu (enggan berhenti walaupun ada masalah) yang tidak tahu malu dan babil.

Elizabeth menerima padahnya. Tetapi dengan keputusannya itu dia harus dipuji sebagai seorang yang ada wibawa dan rasa tanggungjawab sosial yang tinggi. Berhenti bukan bermakna beliau tidak boleh meneruskan khidmat baktinya kepada masyarakat, tapi mungkin bukan menerusi dunia politik yang sensitif sampai kalau kuku kaki ‘sebayan’ pun akan diungkit oleh lawan.

Persoalan kini terletak di bahu pucuk pimpinan PKR bagi menentukannya. Khabarnya perbincangan dan mesyuarat diadakan bagi memutuskan apakah tindakan terbaik baik. Pada saya, dengan apa yang berlaku dan berdasarkan pengakuan segera Elizabeth, beliau menawaran letak jawatan dan kosongkan kerusi Bukit Lanjan itu, wajar dipertimbangkan. Jalan paling baik kalau PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat hendak bersihkan diri, terimalah tawaran Elizabeth itu.

Tetapi apakah dengan mengambil tindakan itu musuh akan diam? UBN akan berhenti dari menggerudi punggung PKR? Sekiranya PKR merasakan keputusan menerima tawaran itu bukan jalan penyelesaian, mungkin tawaran itu harus ditolak.

Atau kalau PKR ingin menerimanya, tetapi mungkin tidak untuk waktu ini. Kerusi Exco boleh dikosongkan tetapi mungkin bukan kerusi Bukit Lanjan. Untuk menghadapai pertarungan di tiga bukit sangat memerikkan. PKR harus memikirkan sebaik mungkin sebelum membuat keputusan.

Sekiranya PKR dan kerajaan Pakatan merasakan perlu juga kerusi Bukit Lanjan itu dikosongkan, rasanya tidaklah perlu disegerakan sekuraang-kurangnya PKR harus meninjau dulu keputusan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu. Mendengar desakan mungkin baik, tetapi kalau terlalu akur kepada desakan ia tidak baik juga. Kerana mungkin desakan akan menjadi strategi pembangkang untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan di Selangor.

Bila dan hari apa kerusi itu akan dikosongkan terletak kepada Elizabeth dan bukannya pihak-pihak atau agensi lain jadi PKR tidak perlu gaduh.

Saya percaya pemimpin PKR termasuk penasihatnya, Anwar Ibrahim punya kebijaksanaan siasah dalam menentukan ini. Perundingan juga tentu akan dibuat bersama rakan kongsinya DAP dan Pas. [wm.kl 4:30 pm 17/02/09]

Langsung dari Parlimen

GMP Menghangatkan Parlimen Pagi Ini

PERJUANGAN Gerakan Memansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI - GMP) kini memasuki fasal ketiga dan lebih kritikal apabila pagi ini jawatankuasa GMP yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad telah melangkah masuk ke lobi parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli Parlimen bagi mendesak PPSMI dimansuhkan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimne Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamazah, Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub adalah antara ahli-ahli Parlimen yang diserahkan memorandum yang mengandung 12 muka surat berkenaan yang merupakan sinopsis mengenai isu PPSMI.

Kemuncak penyerahan memorandum itu pada sebelah pagi tadi ialah kepada Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein, yang tiba-tiba meminta agar jawatankuasa GMP berjumpa dengan beliau. Hishamuddin menerusi seorang pegawainya meminta Dr Hassan menemui Hishamuddin untuk menyerahkan memorandum berkenaan selepas beliau selesai menjawab soalan di Dewan.
Memorandum itu berjaya diserahkan di muka pintu Dewan sebaik menteri pelajaran itu keluar dari Dewan. Sambil menerima memorandum itu Hishamuddin dalam gelak tawa besar sambil memberi semangat agar ianya diteruskan!

Kata-kata Hishamuddin itu mempunyai konotasi, menteri pelajaran itu seolah-olah memperli usaha GMP berkenaan dan tidak mahu melayani dengan sewajarnya. Sebelum ini GPM sudah beberapa kali minta untuk berjumpa dengan menteri pelajaran itu tetapi tidak dilayani.

Apa yang diharapkan GMP kepada menteri itu semasa penyerahan memorandum kepada Hishamuddin tadi benar-benar mengecewakan ahli GMP dan pendokong bahasa yang lain sehingga seorang ahli GMP mengatakan anak bangsawan tidak layak menjadi menteri pelajaran!

Penyerahan memorandum hari ini adalah sebagai kesenimbungan usaha GMP turun padang untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matemetik dimansuhkan serta merta di mana majlis perasmiannya acara turun padang itu bermula di kompleks beli belah di Sogo dua minggu lalu. Kesanggupan GMP menjejaki tangga parlimen pagi ini juga melambangkan kesungguhan dan keprihantinan para pejuang bahasa agar PPSMI dihapuskan.

Antara tokoh bahasa dan sastera yang turut sama mengiringi Dr Hassan menyerahkan memorandu ialah Sasterwan Negara A Samad Said, timbalan pengerusi GPM, Prof Shahril Md Zain, Prof Hassan Abdullah, penulis dan pelopor pemikiran leteral, Ainon Mohd, Setiausaha Peguam Pembela Muslim, Radzi Mustafa, Hasni Abas dan lain-lain.

Satu yang sangat jelas rata-rata yang menerima memorandum hari ini adalah ahli-ahli Parlimen pembangkang saja, sebaliknya ahli Umno semacam cuba mengelak diri daripada terbabit dengan isu berkenaan. Ada juga ahli Parlimen pembangkang hanya sekadar jadi pemerhati sahaja tidak berani atau bersungguh untuk mendokong GMP.

Penyerahan memorandum itu mungkin bukan cerita hangat di parlimen padi tadi, tetapi apa yang hangat dan sempat menjadi perhatian hingga terbawa ke dalam sidang parlimen ialah bagaimana ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mukhtar Raden ‘diserang’ oleh ahli jawatankuasa GMP berhubung ucapannya di parlimen yang menyifatkan mereka yang menyerahkan memorandum itu sebagai anasir yang cuba mengeruhkan keadaan.

Kata-kata Bung Mokhtar itu benar-benar menyinggung dan menyakit hati jawatankuasa GMP dan pencinta bahasa lain menyebabkan sebaik mereka melihat Bung Mukhtar keluar dewan mereka menyerbu ke arah Bung Mokhtar.

Serbuan yang berlaku di birai kafeteria ahli parlimen itu mulanya seolah bercanda sahaja apabila ada yang bertanya mengenai rasional Bung Mukhtar yang menggunakan istilah anasir itu kepada para pejuang bahasa. “Apakah Yang Berhomat bermaksud para professor dan ahli akademik ini semua sebagai anasir jahat,” begitulah satu persoalan diajukan kepada Bung Mokhtar.
Bung cuba menjawab dan menenangkan keadaan, dengan berselindung dengan kata-kata; “semua kita sayangkan bahasa Melayu..” Tetapi belum sempat beliau meneruskan kata-kata beliau sudah diserang dengan kata-kata agak keras Bung Mukhtar sebagai kurang ajar oleh Datuk Abu Bakar Chik salah seorang ahli GMP yang begitu tersinggung dengan ucapan Bung Mukhtar.
“Yang berhormat sudah kurang ajar,” kata Abu Bakar Chik sambil menujukkan telunjuk menghampiri ke muka Bung Mokhtar dan meminta ia menarik balik. Muka Bakar Chik kelihatan merah padam dan geram.

Tidak cukup dibelasah dengan kata-kata oleh Abu Bakrt Chik Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad sendiri pula mendekati Bung Mukhtar untuk kali kedua. Sebelum itu Hassan sudah dilihat menghampiri Bung Mukhtar tetapi mundur semula apabila terlalu ramai sangat mahukan penjelasan daripada ahli parlimen dari Sabah itu.

Apabila Bakar Chik mundur, Dr Hassan masuk dan menyoal Bung Mukhtar dengan beberapa persoalan termasuk sejauh manakah penguasaan bahasa Ienggeris di kalangan murid-murid sekolah di Sabah. “Apakah Yang Berthomat pandai berbahasa Inggeris?” tanya Hassan dan menyebabkan Bung Mukhtar terdiam.

Hassan juga mendesak supaya Bung Mukhtar menarik balik ucapannya yang menyifatkan GMP sebagai anasir. “Saya harap Yang Berhormat tarik balik kata-kata itu,” tegas Hassan serius. Bung Mukhtar kelihatan keberatan dan memberi jaminan akan menarik balik.

Sebaik memasuki Dewan selepas itu Bung Mukhtar yang mendapat kesempatan untuk berucap terus melaporkan kepada Dewan apa yang berlaku sekejap tadi. Katanya, “saya telah diserang di luar tadi oleh satu kumpulan. Seorang berpakai kupiah dan saya memanggilnya haji telah mengatakan saya kurang ajar,” cerita Bung Mukhtar merujukkan kepada sikap Abu Bakar Chik.

Ketika ini ahli GMP sudah pun meninggal Parlimen selepas tugasan mereka menyerahkan memorandum itu sudah selesai. Ahli Parlimen terakhir menerima memorandum itulah, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut Tengku Razaleigh isu PPSMI ini sudah lama diperjuangkan beliau hairan kenapa ia tidak diselesaikan lagi. [parlimen 3:00 pm 17/02/09]

Monday, February 16, 2009

Selepas Subuh

Mahathir dan ular tedong?

ORANG politik patut belajar berpolitik daripada Dr Mahathir Mohamad. Satu-satu ilmu atau kepandaian yang ada kepada Mahathir ialah konsisten dan tidak tahu jemu dalam memperjuangkan sesuatu. Dr Mahathir juga seorang yang tidak berhati perut dalam melihat musuh politiknya. Seorang ahli politik yang tergamak melakukan apa saja demi survivel politiknya.

Melihat politik Mahatir dalam memerangkap dan menjatuhkan musuhnya samalah seperti ular tedong. Ular tedong akan menggunakan kaedan dan ilmu yang sama dalam memerangkap mangsanya. Tidak kira sama ada mangsanya itu kecil atau besar kaedah yang sama diamalkan. Dan inilah menjadikan tedong hebat.

Dia akan menerkam anak kambing dan membelitnya sehingga patah tulang temulang anak kambing berkenaan sebelum memakannya. Begitu juga kalau ia berjumpa dengan tikus yang jauh lebih kecil daripada anak kambing, dia akan menerakam dan membelitnya sekuat-kuat agar tulang temulang anak tikus itu patah baru dia menelannya.

Walhal dengan kudrat tikus tidak seberapa itu ia bisa membedal dengan ekor saja, tikus itu sudah 'khuluhum'. Namun kerana itu tabiiatnya tedong tetap menggunakan taktik dan strategi itu tidak kira kecil atau besar mangsanya.

Jadi kaedah ular tedong itu digunakan pakai oleh Mahathir sebab itu dia jarang kecundang dalam permainan politiknya.

Inilah ilmu dan kepandaian yang Dr Mahathir ada dan jarang dimiliki oleh orang lain. Setengah orang politik dia cepat merasa jemu dan malas untuk berhempas pulas dalam melawan dan memastikan musuhnya tewas. Ada setenganya setelah dua kali mencuba dan satu kali jatuh terus meninggalkan gelanggang. Tetapi tidak dengan Dr Mahathir dia akan terus berlawan dan berlawan sehingga berjaya. Inilah yang menyebabkan dia berjaya seperti hari ini.

Dalam sejarah menjatuhkan lawannya, Dr Mahathir mencatatkan berjaya menumbangkan Tunku Abdul Rahman dengan cara surat layang. Beliau mendedahkan keburukan Tunku sehinggakan bapa kemerdekaan itu berundur. Kedua ialah Mahathir berjaya menyingkirkan Tun Hussein Onn secara bijaksana. Beliau telah melakukan mental torture ke atas Hussein Onn dengan merancang supaya Sulaimen Palestin melawan jawatan Presiden Umno.

Akhirnya walaupun Hussein menang dalam perlawanan itu tetapi kerana beliau seorang bermaruah Hussein meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dan ketiga mangsa politik paling besar dan menggerunkan Mahathir ialah Anwar Ibrahim. Beliau berjaya memerangkapkan Anwar sehingga musuhnya itu terjerut dengan jerat politiknya tahun 1998. Cara Mahathir memerangkap Anwar adalah paling buruk dan jelek dalam sejarah politik negara ini.

Kini, sampai disaat-saat Abdullah hendak bersara dan berundur pun beliau masih menyerang dan memprovok Abdullah. Dr Mahathir tidak percaya Abdullah akan berundur Mac ini selagi matanya tidak mehyaksikan Abdullah berbuat begitu. Baginya, Abdullah yang lemah itu masih boleh hidup maka Abdullah kena dihentam selumat-lumatnya biar Abdullah mati seperti mana si tedong membelit anak tikus.

Dalam tulisan terbaru dalam blognya beliau membayangkan keadaan itu; Abdullah tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri Mac ini. Itu adalah tektiknya untuk melihat keabsahan Abdullah berundur, tetapi itulah cara Dr Mahathir. Beliau meluahkan ilusinya dengan membawa berita angin mengatakan ada usaha orang Tingkat Empat menasihati Abdullah agar jangan berundur.

Katanya juga orang Tingkat Empat akan melakuklan apa saja termasuk menggunakan wang untuk memastikan Abdullah terus kekal. Beliau memberi logik kalau selama ini orang tingkat empat berusaha mengumpul wang masakan mereka akan kehilangan kuasa begitu saja. Sudah tentu mereka akan menggunakan kebijaksanaan untuk menasihati Abdullah jangan berundur. Mahathir menggunakan ilmu logik dalam hal ini dan bukan mengambil kira hakiki politik semasa yang berlegar di kelilingi diri Abdullah.

Orang tingkat empat yang dimaksudkan itu ialah Khairy Jamaluddin bersama geng-gengnya. Orang ini Mahathir sangat mempercayai menjadi pensihat 20 persen kepada Abdullah. Dr Mahathir dia tidak percaya kepada apa yang beraku kini. Dia tidak percaya kalau Khairy tidak berusaha untuk mempertahankan bapa mertuanya itu. Sikap ketidakpercaya inilah membawa kejayaan Dr Mahathir dalam membendungkan pengaruh Anwar Ibrahim dulu.

Siapa lagi hari ini yang tidak percaya bahawa Khairy sudah tidak berkuasa? Abdullah juga sudah pun tidak ada nafsu untuk jaga negara kerana masanya untuk berundur sudah pun sampai. Semua orang percaya. Kedudukan Abdullah hari ini sepertilah orang yang sudah menunggu panggilan Izrael bila-bila masa saja, sudah tidak ada angin untuk memperkatakan mengenai dunia lagi.

Kalangan penyokong Abdullah sudah pun berkira-kira untuk mencari kerja baru selepas ini kerana ada yang akan dipecat dari menjadi menteri Kabinet. Namun ini tidak dipercayai oleh Dr Mahathir!

Apakah beliau tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling diri anaknya sendiri, Mukhriz. Sudah ada agenda untuk meletakkan Mukriz di kementerian pelajaran kalau anak bongsu lelakinya itu berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda Maca ini. Apakah Mahathir tidak dengar khabar angin mengenai hal ini?

Provokasi Mahathir dalam soal ini sungguh hebat. Dia melakukan apa saja untuk memastikan agendanya berjaya. Sampai sanggup beliau membayangkan kemungkinan Abdullah akan menggunakan undang-undang darurat bagi mengekalkan kedudukannya sekiranya Najib cuba menenetang!

Nafsu politik Mahathir memang hebat. Melihat kepada keberanian, kedegilan dan kekerasan hatinya dalam memperjuangkan nasib anaknya, Dr Mahathir mungkin berjaya. Dan kejayaan inilah juga mungkin adalah pengakhiran dalam hayatnya sebagai seorang ahli politik. Mungkin! Meletakkan Mukriz dalam kabinet adalah legasi politiknya yang akhir. [wm.kl. 11:00 pm 16/02/09]

Ulasan Isu

Gesaan Abdullah kekal PM
Saya harap Tok Guru Nik Aziz tidak ikhlas


SAYA berharap gesaan Tuan Guru Haji Nik AbdulAziz Nik Mat supaya Abdullah Ahmad Badawi terus memegang jawatan Perdana Menteri bukan terbit dari dhamir atau kalbun yang ikhlas. Saya berharap gesaan itu hanya bersifat politik (hipokrit) yang mana sekiranya Abdullah terdengar gesaan itu Pas akan menangguk sedikit keuntungan daripadanya kelak.

Kenapa saya berharap begitu? Kerana seruan yang dibuat oleh Nik Aziz itu dalam keadaan Abdullah sudah terlalu semput. Jika boleh diibaratkan keadaan Abdullah saat ini samalah dengan nasib si Jamil dalam filem Madu Tiga yang dikejar oleh isterinya.

Jamil tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana ketiga isterinya sudah menjejakinya dan akan menggomolkannya. Nah begitulah nasib Abdullah hari ini masanya sudah terdesak benar. Abdullah sudah pun bersiap sedia untuk pindah dan sebahagian barangan peribadinya sudah pun dikemaskan.

Yang di-Pertuan Agong juga semasa bertitah merasmi sidang Parlimen pagi tadi telah merakam ucapan penghargaan kepada memanda Perdana Menterinya. Jadi kitab Abbullah sebagai PM akan ditutup tepat pada waktunya, Mac depan.

Nik Aziz dilaporkan membuat gesaan itu di lapangan terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa, Kelantan sebelum berlepas ke Kuala Lumpur semalam. Gesaan Nik Aziz itu agak ganjil sedikit dan ianya seakan mengiringi apa yang dilakukan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Jarang kedengaran kenyataan Nik Aziz menuruti kenyataan Abdul Hadi. Selalunya Abdul Hadi menuruti pandangan Nik Aziz.

Nik Aziz memberi alasan dan hujah sendiri kenapa Abdullah perlu kekal. Antaranya keperluan itu kerana politik masa kini kalut. Jadi untuk meredakan kekalutan ini Abdullah perlu terus jadi PM. Padanya beliau yakin kekalutan hari ini disebabkan oleh Mohd Najib Razak. Peristiwa penculikan dua Adun di Perak baru-baru ini sangat-sangat mengesal dan membimbangkan Menteri Besar itu.

Saya setuju dengan pandangan itu. Tetapi yang menarik dan menjadi saya terfikir ialah kenapa tiba-tiba Nik Aziz membuat gesaan itu. Apakah beliau tidak pernah nampak apa-apa kebaikan kepada Pas sebelum ini sekiranya Abdullah terus menjadi PM. Dan apa yang tidak nampak itu cuma dapat dilihat kini setelah saat Abdullah hendak melepaskan jawatan itu. Kalau benar begitu sungguh malang sekali.

Perubahan sikap dan pandangan politik MB Kelantan ini menarik dan mengejutkan juga. Jika dilihat kepada sikap dan pandangan politiknya sebelum ini mengenai Abdullah ia agak kontras. Apakah berlaku perubahan besar dalam poltik Nik Aziz dalam sehari dua ini. Ataupun beliau sudah memperbetulkan semula panduan politik yang diberikan oleh beberapa orang penasihatnya selama ini? Bahawa teori politik yang diterima sebelum ini silap?

Pada saya kalau Nik Aziz ikhlas dengan gesaan itu, beliau patut membuatnya lama sebelum ini. Sebelum meletusnya pelan peralihan kuasa dalam Umno. Mungkin kalau beliau membuat gesaan ketika itu ia mampu menggamit hati Abdullah. Sudah tentu gesaan dan sokongan itu akan menjadi sokongan kepada Abdullah.

Tetapi sayangnya sebelum ini Nik Aziz seakan suka kalau Abdullah tidak terlalu menjadi Perdana Menteri. Beberapa kenyataan dan sindiran beliau kepada Abdullah menjelaskan rasa kurang senang beliau kepada Abdullah. Misalnya sindiran di hadapan mata sewaktu Abdullah merasmikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akhir tahun 2007 menjelaskan sikap Nik Aziz kepada Abdullah. Pada majlis itu beliau terang-terangan mengkritik Abdullah di hadapan ribuan tetamu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau sebagai tok guru.

Begitu juga semasa beberapa pimpinan Pas mengadakan pendekatan dengan Umno – pertemuan dengan Abdullah, Nik Aziz melahirkan rasa kurang senangnya. Beliau lebih menyokong pihak yang menentang ura-ura untuk bermuzakarah bagi mencari persefahaman itu. Beliau sendiri menukar muzakarah kepada muqabalah, di mana pertukaran itu menunjukkan Nik Aziz tidak bersetuju dan senang hati dengan pendekatan yang diambil itu.

Daripada tindak tanduk politik Mursyidul Am Pas itu jelas memberi gambaran beliau tidak seronok dengan Abdullah. Seolah-olah Nik Aziz tidak yakin Abdullah boleh membawa pendekatan politik terbuka serta membawa dimensi baru politik orang Melayu.

Justeru bila hari ini beliau menggesa Abdullah agar terus pegang jawatan PM ia sungguh ganjil. Walhal dalam situasi sekarang ini beliau patut meminta Abdullah menyegerakan tempoh pengunduran itu. Apakah Nik Aziz sudah dapat menghidu bahawa Pas akan berhadapan dengan kesulitan apabila UBN dipimpin leh Mohd Najib Razak maka beliau perlu membuat gesaaan yang boleh dianggap anih dan kontras dengan pendiriannya sebelum ini itu?

Apapun pada saya gesaan itu sudah terlewat. Sekiranya Nik Aziz merasai masa depan Pas khasnya dan Pakatan Rakyat lebih sulit selepas ini, terimalah dengan penuh ketebukaan. Meminta Abdullah kekal di kerusinya dengan harapan ia meredahkan kekalutan poltik dan memberi keuntungan kepada Pas umapama seperti ingin mabalikkan sebuah bukit yang besar dengan kudrat yang tidak seberapa.

Samada selepas ini Pas akan berhadapan dengan ujian paling hebat dan pengkhiantan politik paling dahsyat dari pengganti Abdullah itulah hakiki politik yang kena diterima oleh kerana kurang bijaskana Pas dalam mengambil peluang dan mencuri ruang politik yang ada.

Sekali lagi saya berharap gesaan Nik Aziz itu tidak ikhlas dan bermotifkan politik kerana kalau ianya ikhlas ia semacam memperlihatkan kekecewaan Nik Aziz di atas apa yang berlaku sebelum ini. [wm.kl. 8:20 pm 16/02/09]

Susupan Petang

Gambar Bogel Elizabeth Sudah Kecoh

Berkaitan: Saya baru menerima email kenyataan media dari Ketua Wanita Keadilan, Zuraidah Kamaruddin yang mengutuk pengedaran gambar bogel Elizabeth Wong. Berikut disiarkan sepenuhnya, tanpa edit:

Kenyataan Media
16 Februari, 2009


Pencabulan Hak Asasi Wanita

Wanita KeADILan mengutuk sekeras-kerasnya taktik keji, kotor dan mencemar nama baik mana-mana wakil rakyat wanita atau lelaki dari mana-mana kumpulan atau parti politik tanpa kewajaran yang munasabah. Gambar-gambar peribadi seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat telah diedar dan disebarkan kepada orang ramai, khususnya wartawan, sejak semalam.

Tindakan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini melangggar hak asasi wanita dan merendahkan hak kemuliaaan insan. Tindakan ini merupakan satu gangguan seksual yang boleh didakwa di Mahkamah.

Wujud juga precedent Mahkamah untuk mensabitkan kesalahan merakam tanpa izin dalam kes yang melibatkan seorang artis Malaysia . Pesalah telah dihukum penjara.

Negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi, sosial dan politik. Kemelut ekonomi menunjukkan kadar pengangguran yang meningkat, pemberhentian pekerja yang terus bertambah dan permintaan pasaran yang menjunam. Gejala-gejala sosial semakin ketara dan membimbangkan. Permainan kotor yang menimpa wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat ini berniat jahat sekaligus menambahkan kekusutan suasana politik negara. Perbuatan dalang-dalang politik ini sengaja mencipta isu-isu remeh yang bertujuan melencongkan perhatian wakil rakyat dari menjaga kepentingan dan urusan rakyat.

Wakil-wakil rakyat seharusnya menitikberatkan isu-isu yang mencengkam rakyat seperti pemilikan tanah, perumahan yang mengecewakan, kos kehidupan yang tinggi, masalah kemiskinan rakyat yang telah meningkat dan seribu satu permasalahan rakyat.
Apakah motif tindakan yang menjatuhkan maruah ini? Adakah ia suatu tindakan
bermotif politik?

Adakah ini juga salah satu siri dalam gerakan mencemar maruah wakil-wakil rakyat negeri Selangor yang mempunyai tujuan tertentu?

Pembelaan dan siasatan rapi yang profesional adalah dituntut daripada pihak polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini diheret ke muka pengadilan dengan kadar segera.
Pencabulan hak asasi dan peribadi ahli politik atau mana-mana rakyat bukanlah adat dan amalan bermasyarakat yang murni dan berakhlak mulia. Rakyat Malaysia yang beradab dan sedar perlu bangkit dan bersatu mengecam perbuatan durjana yang memalukan ini.

Hajah Zuraidah Kamaruddin
Ketua Wanita
KeADILan16 Februari, 2009



[kemaskini] SEMUA pihak kena bersabar menunggu kesudahan isu edaran foto bogel Elizabeth Wong. Polis sudah pun memulakan siasatan akan memanggil wartawan Malay Mail yang menerima gambar berkenaan. Wartawan berkenaan pasti tahu siapa dia pengirimnya. Kalau wartawan itu menyiarkan tanpa mengenali maka jelas dia telah melakukan satu kesalahan besar dan sebagai bersengkokol dengan kospirator politik untuk menjatukan Elizabeth dan memalukan kerajaan Pakatan Rakyat.

Apakah tujuan wartawan itu memberi tahu Elizabeth sebelum menyiarkannya?

Elizabeth juga tahu siapa yang berkemungkinan mengambil gambar itu. Kalau benar ianya dirakam dalam rumahnya, di Bukit Gasing pasti Adun berkenaan tahu sesiapa yang berada di dalam rumahnya. Bagi tahu nama itu kepada polis biar polis cari. Kes ini perlu dipercepatkan memandangkan ia sudah merebak jauh dan menjadi minat semua orang.

SEKARANG ini kecoh dengan cerita gambar separuh bogel Exco Selangor, Elizabeth Wong yang diedarkan kepada umum dan juga menerusi MMS dan internet. Sejauh mana kebenaran sukar untuk dinyatakan sebab sehingga kini saya masih belum melihat gambar berkenaan - sejauh mana bogelnya!

Elizabeth sudah pun membuat laporan polis di balai Polis Damansara jam 11: 00 pagi tadi berhubung pengedaran gambar berkenaan. Berita mengenai gambar itu kini sudah memasuki beberapa pasaran politik terkemuka negara. Dia juga mengaku menjadi mangsa keadaan (politik).

Kemungkinan gambar yang diedarkan itu ketika Adun Bukit Lanjan itu sedang tidur atas kerusi dan dalam keadaan intim dengan bekas kekasihnya. Siapa kekasihnya itu? Ianya bersifat personal. Tetapi kerana Elizabeth adalah seorang wakil rakyat maka gambarnya itu dikomersil dan dijadikan isu.

Pada 6 Februari lepas saya sudah mendengar cerita mengenai Elizabeth ini dari seorang bekas seorang wartawan akhbar berbahasa Inggeris. Apa yang saya dengar hari itu bukan setakat itu saja, tetapi lebih dari itu itu. Dia disebut mempunyai skandal! Bila saya ajukan kepada seorang rakan media lain mengenai Elizabeth itu, kata kawan itu ia tidak ada masalah, sebab kehidupan begitu sudah biasa bagi Elizabeth! Saya tidak faham kenapa teman media itu berkata begitu dan apakah juga maksud kata-katanya itu.

Sejak mula saya mendapat maklumat itu sudah timbul dalam kepala, kes Elizabeth ini akan menjadi isu panas. Umno Barisan Nasional (UBN) akan mengambil kesempatan sepenuhnya. Kerajaan Selangor sedikit sebanyak akan bergoncang. Atau setidak-tidaknya Khalid Ibrahim akan jadi panas punggung dan panas hati dengan isu ini. Nampaknya apa yang saya bimbangkan itu sudah menjadi kenyataan. Hari ini isu gamabr bogel itu sudah benar-benar panas, ia juga sudah sampai ke pengetahuan Khalid Ibrahim yang mengatakan ia akan dirujuk kepada pucuk pimpinan PKR.

Bekas MB Selangor, Khir Toyo sudah desak supaya Elizabeth letak jawatan Exco dan kosongkan kerusi Bukit Lanjan. Katanya apa yang menimpa Elizabeth itu memalukan PKR. Jadi untuk membersihkan PKR Elizabeth kena letak jawatan. Cepat sangat Khir menjatuhkan hukuman. Khir jangan cepat sangat dalam melihat keburukan orang. Cuba berpaling ke diri kita tengok apa yang ada tertampal di sekeliling kita. Baik dan bersih sangat ke diri kita itu?

Bagi saya Khir juga patut kosongkan kerusi Sungai Panjang yang disandangkan kini. Kalau beliau seorang yang bersih dan bertanggungjawab beliau harus ambil tanggungjawab dengan apa yang dilakukan isterinya, Zaharah Kechik berhubung dengan wang persatuan isteri-siteri wakil rakyat Selangor itu bernilai jutaan ringgit itu. Kes wang itu kini dalam siasatan BPR. Jadi kalau Khir bertanggungjawab dan nak bersihkan Umno beliau juga kena kosongkan kerusi. Elok kalau Khir kosongkan serentak dengan Elizabeth Wong.

Berbalik kepada isu Elizabeth tadi, elok kalau PKR menyiasat apa yang berlaku. Sekiranya Elizabeth telah melakukan perbuatan tidak bermoral beliau hendaklah diambil tindakan. Jangan kerana sayangkan kerusi maka PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat berkompromi dengan Eizabeth. Seorang wakil rakyat adalah pemimpin, dan pemimpin hendaklah bukan saja perlu kelihatan bersih tetapi kena bersih. Kalau zahir nampak bersih tetapi dalam tidak bersih itu hipokrit namanya. Rakyat tidak sanggup dipimpin oleh pemimpin yang rendah moral.

Dalam soal ini bukan soal kerusi atau kedudukan tetapi yang lebih penting ialah menjaga intergriti PKR dan juga kerajaan Pakatan Rakyat. Pengakuan Elizabeth dia adalah mangsa politik tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan begitu saja isu ini. Seorang wakil rakyat harus menjaga keperibadian dan intergriti dirinya. Kalau dia sudah tercemar maka elok berundur dan kosongkan kerusi. Bukan saja Elizabeth tetapi mana-mana Adun lain juga.

Begitu juga jika ianya diperangkap dan dijadikan isu tidak boleh salah UBN kerana itu adalah kerja mereka. UBN akan mengambil apa saja kesempatan yang boleh digunapakai untuk memburukan Pakatan Rakyat semahu-mahunya. Bagi mereka atau politik yang sejenis dengannya mereka tidak akan peduli soal halal dan haram lagi.

Dalam kes-kes seperti ini tida timbul soal menjadi mangsa, diperangkap ataupun dianiaya. Yang pentingkan wakil rakyat kena jaga maruah dan jaga diri sendiri. Jangan mendedahkan diri kepada keadaan yang boleh eksploitasikan oleh pihak musuh. Selalunya dalam kes-kes terperangkap seperti ini kenapa ia terjadi ialah kerana wakil rakyat mendedahkan diri mereka ke dalam perangkap sebegitu.

Banyak contoh kalau hendak disebut. Sepatutnya semua itu dijadikan iktibar dan peringatan. Nampaknya bahaya ini seperti diabaikan oleh kebanyakan wakil rakyat. Dan bagi saya kata-kata Elizabeth yang gambar itu diambil semasa dia tidur bukan jawaban yang membebaskan dia daripada permasalahan itu. Kerana kalau dia mengikut peraturan dan adat-adat tidur yang sebenarnya mungkin kejadian itu boleh dielakkan. [wm.kl. 6:15 pm 16/02/09]

Sunday, February 15, 2009

Ulasan Isu

Mansuhkan PPSMI
Kenapa Gapena Tidak Bergabung Dengan GMP?


TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada Gabungan Pernulis Nasional (Gapena) kerana telah mengotakan kata-katanya semalam untuk membuat laporan polis hari ini berhubung desakan memansuhkan PPSMI. Gapena dengan diketuai Ketuan 1, Ismail Hussein dan diiringi 20 tokoh bahasan dan penulisan telah membuat laporan polis berhubung penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI).

Laporan itu dilihat langkah paling berani dan serius Gapena setakat ini berhubung usaha bagi memansuhkan PPSMI. Sebelum ini Gapena bercadang untuk membawa kerajaan ke mahkamah berhubung PPSMI. Gapena memberi tempoh sehingga 31 Disember untuk kerajaan memansuhkannya jika tidak kerajaan akan berhadapan dengan mahkamah.

Bagaimana pun cadangan itu diralat oleh Gapena dengan alasan pihaknya ada cara tersendiri. Sebagai badan yang berhubung rapat dengan kerajaan (dan juga mendapat kontrak kerajaan) Gapena nampaknya berlunak dalam menyentuh apa-apa juga isu yang membabitkan kerajaan. Laporan polis itu mungkin adalah langkah yang tersendiri dimaksudkan Gapena.

Sewajarnya kalau Gapena mengambil tanggungjawab ini memandangkan badan itu mempunyai tanggungjawab sosial dan menjadi badan yang dipercaya tinggi masyarakat dalam hal ehwal bahasa dan sastera di negara ini. Ia juga mempunyai pengaruh luas memandangkan kerabat gabunganya wujud di seluruh negara.

Gapena patut memperjaungnya sejak awal-awal lagi. Tetapi sayang selama ini Gapena tampak teragak-agak dan lebih banyak memerhati sejauh mana keberkesanan dan bahayanya PPSMI itu kepada kedaulatan bahasa Melayu.

Dengan laporan polis hari ini, yang saya kira sebagai formaliti sahaja Gapena terus menggerakan perjuangan untuk memansuhkan PPSMI. Segala kelemahan dan kepincangan serta implikasinya sudah pun diketahui ramai. Adalah diharap selepas ini Gapena tidak akan surut ke belakang lagi. Waima Gapena mendapat teguran dan ancaman dari mana-mana pihak atau mendapat tambahan kontrak Gapena hendaknya terus dengan niat sucinya itu. Para pendokong Gapena harus meletakkan kepentingan bahasa jauh lebih penting daripada hal-hal lain!

Mungkin dalam memastikan PPSMI ini akan dihapuskan Gapena boleh bergerak serentak dan duduk sekali dengan NGO bernama Gerakan Memansukan PPSMI - GPM yang diketaui oleh bekas Pengarah DBP, Dr Hassan Ahmad.

GMP telah pun mernancang untuk mengadakan perarakan 100,000 ala Bersih pada 7 Mac depan. Adalah elok kalau Gaperna ikut sama atau bergabung dengan GMP. Sudah tentu kalau Gapena bergabung perarakan itu akan menjadi lebih besar dan ia akan lebih menggerunkan lagi pihak kerjaaan dan ini akan mempercepatkan lagi pemansuhan PPSMI itu.

Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh bergabung di antara satu sama lain, ataupun ia satu strategi politik orang-orang sastera?

Cuma apa yang membimbangkan saya bila wujud dua kumpulan takut ia akan dijadikan alasan oleh kerajaan untuk melengah-lengkah desakan itu. Mungkin kerajaan akan menjadikan alasan dengan menyifatkan dengan wujud dua kumpulan itu menyebabkan desakan itu tidak sekata atau perlu disegerakan.

Begitu juga masyarakat di luar, mungkin tertanya-tanya kenapa ada dua kumpulan yang nampak berbeza dalam hal ini. Sekilas pandang kedua badan itu GMP dan Gapena semacam sedang bertarik tali pula untuk menonjolkan diri merekalah yang wira dalam desakan itu.

Saya rasa saya seorang beranggapan demikian. Hendaknya kedua usaha badan itu ikhlas dan benar dan ia akan mencapai maksudnya seperti mana dirancangkan. Kalaulah selepas ini PPSMI masih diteruskan juga ini bermakan dua ekor gajah tidak boleh menumbangkan seekor kancil yang cerdik. [d' kota kl 5:40 pm 15/02/09]

Saturday, February 14, 2009

Susupan Tengahari

Tidak Akan Lari Gunung Dikejar

SAYA merasakan baik juga SPR melewatkan dua pilihan raya kecil Bukit Gantang, di Perak dan Bukit Selambau di Kedah. Kedua pilihan raya itu diadakan serentak pada 7 April sementara hari penamaan calonnya pada 29 Mach. Nampaknya keputusan SPR ini tidak berapa disenang oleh pihak pembangkang.

Inilah tempoh pilihan raya kecil paling lewat diadakan selepas kerusi diistyharkan kosong. Kerusi parlimen Bukit Gantang kosong kerana penyandangnya, Roslan Shahrom meninggal dunia manakala DUN Bukit Selambau kosong apabila penyandangnya V Arumugam telah mengosongkan kerusi berkenaan.

Pembangkang, Pakatan Rakyat kalau boleh mahu kedua pilihan raya itu disegerakan. Bagi pembangkang mood dan isu politik yang masih panas sehari dua ini iaitu pergolakan politik di Perak dikira akan berpihak kepada mereka. Pembangkang mahu menjadikan mood sebagai modalnya.

Umno sehingga ini tidak memberi apa-apa komen berhubung tarikh itu. Mungkin Umno senang kalau pilihan raya itu dilewatkan. Isu dan gelora yang ada sekarang ini perlu disejukkan dulu. Jika ianya dilaksanakan ketika isu masih panas mungkin peluang Umno Barisan Nasional - UBN untuk menang sukar.

Bukan itu saja Umno juga sibuk dengan proses pemilihan pemimpin pada Mach ini. Pertandingan dalam parti itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada kempen di kedua pilihan raya berkenaan.

Gara-gara kelewatan itu Pakatan Rakyat menuduh ianya disengajakan kerana untuk memberi nafas ke pada Umno. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali mengatakan keputusan SPR itu berpihak kepada UBN.

Kalau tuduhan itu benar ia tidak asing sebenarnya. SPR walaupun badan bebas tetapi kebebasannya tidak mutlak. Mereka selamanya akan berpihak dan bias kepada UBN selagi UBN menjadi kerajaan. Kalau hendak tunggu SPR adil nantilah Pakatan Rakyat memerintah negara ini!

Bukankah SPR sebelum ini dikategorikan sebagai komponen BN yang ke 16 atau ke 17. Sebagai komponen BN sudah pasti SPR akan melakukan apa saja untuk kepentingan UBN.

Bagaimana pun bagi saya kelewatan itu ada baiknya juga. Biarlah suasana di Perak tenang dan pulih dahulu. Pakatan Rakyat tidak perlu merasa garun dan takut untuk menghadapi kedua pilihan raya itu. Kalau mereka lebih baik daripada UBN mereka tetap akan disokong.

Sekiranya apa yang berlaku di Perak itu - rampasan kuasa, tidak mememuhi kehendak hati pengundi mereka akan memilih calon Pakatan. Mereka akan terjemahkan dalam peti-peti undi di kedua-dua kawasan pilihan raya itu kelak. Tugasnya sekang ini Pakatan perlu perkuatkan parti, susun jentera pilihan raya bagi menghadpai BN dengan penuh persiapan.

Ada baik sesuatu keputusan itu dibuat dalam keadaan hati dan jiwa yang tenang. Biasanya keputusan yang dibuat dalam suasana tenang ia mencerminkan kebenaran. Kalau dibuat dalam keadaan amarah sedang terbakar akhirnya nanti keputusan itu rosak juga. Kalau pun menang tetapi kemenangan itu akan hancur juga akhirnya.

Kes ini samalah kita meletakkan calon yang dikira boleh memberi kemenangan tetapi tidak mengambil kira kritria-kritria lain seperti peribadi, keazaman serta keimanan yang tebal kepada seseorang calon. Jika mereka menang sekalipun disebabkan kerana mereka bukan seorang yang dipilih atau disaring dari dengan sebaik memberi masalah akhirnya.

Apa yang berlaku ke atas Adun Behrang dan Changkat Jering itu sepatutnya menjadi pengajaran paling baik dalam membuat pemilihan calon. Kali ini atau di masa akan datang Pakatan atau mana-mana parti saja harus benar-benar mengenali latar belakang calon masing-masing untuk tidak dikhianati.

Berbalik kepada tindakan SPR yang lewat untuk mengadakan pilihan raya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu dan dikatakan menunggu selepas Umno selesai mengadakan pemilihan, Mac ini, hendaklah diterima. Biarkan Umno menyelesaikan urusan rumah tangga mereka. Pembangkang harus terbuka dan gentelman dalam soal ini. Berhadapan dan berlawanlah dengan dalam keadaan mereka siap sedia.

Bukankah pembangkang itu berani dan yakin? Jadi jangan peduli apakah pilihan raya itu cepat atau lambat pembangkang tetap akan mempertahankan kedua kerusinya itu. Jangan bimbangkan kalau keputusan SPR itu merupakan strategi, kerana kalau Pakatan menampilkan calon yang baik dan benar-benar berjuang untuk rakyat, mereka akan tetap disokong walaupun ditindas dan ditekan.

Tidak akan lari gunung dikejar. [wm.kl. 1:45 t hari 14/02/09]

Friday, February 13, 2009

Berita Tengahari

Nizar Sudah Saman Zambry Kadir

BEKAS Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin telah mefailkan saman memohon mahkamah memberi dikri berhubung perlantikan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru sebagai tidak sah.

Nizar tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan diiringi kira-kira 300 para penyokongnya termasuk pemimpin Pakatan Rakyat. Berikut disiarkan gambar yang dirakam oleh Zamzarina di perkarangan mahkamah semalam.

Nizar mengangkat tangan mananda proses memfailkan saman selesai.


Sebahagian orang ramai yang memberi sokongan kepada Nizar

Kaum wanita juga turut memberi sokongan kepada Nizar.

Terkini dari Putrajaya

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Selambau Serentak 7 April

PILIHAN raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan pilihan kecil DUN Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Mohd Yusuf telah mengumumkan tarikh penamaan calon pada 29 Mac manakala hari mengundi pada 7 April.

Writ kekosongan kedua kerusi itu akan dikeluarkan 16 Februari manakala notif pilihan raya pada 17 Februari.

Teka teki samada samada kerusi Dun Bukit Selambau yang diwakili Arumugam kosong atau tidak terjawab dengan pengumuman itu. [wm.kl 11: 50 am 13/02/09]