Monday, June 30, 2014

Pecat Dr Redzuan Umno tidak yakin diri

SUSUPAN T HARI                                                                                

Hari ini kita dikejutkan dengan laporan mengatakan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) yang juga Pengarah UMcedel Dr Redzuan Othman akan meninggalkan UM? Berita awal menyebut Redhuan telah melepas jawatan itu atas arahan Kementerian Pendidikan.

Dr Redzuan Othman
Kontraknya sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang tamat hari ini juga tidak disambung.

Kalau berita ini benar satu kemalangan buat dunia akademik di negara ini kerana kehilangan seorang tokoh yang berkhidmat penuh profesionalisme.  Dr Redzuan menerusi UMcedel sebuah badan kajian awam sosial politik telah banyak membuat kajian dalam isu sosial dan politik dimana dapatannya memberi faedah kepada banyak pihak.

Bagaimana pun dapatan dan kajian UMcedel itu tidak disenang Kementerian Pendidikan apabila dapatan dalam kajian tidak memihak kepada kerajaan.

Saturday, June 28, 2014

Khalid Ibrahim sudah menurun Mahathir

SUARA MALAM                                                                             

Sebelum ini Dr Mahathir Mohamad dikenali sebagai politician yang "rohok" untuk melepaskan kuasa dan meninggalkan kerusi perdana menteri. Seakan habis ikhtiar dilakukan oleh mereka yang tidak sebulu dengannya berusaha agar beliau meninggalkan Putrajaya, tetapi tidak berhasil. Mahathir tetap juga bekeras dan kekal dengan jawatannya sehinggalah takdir yang tak dapat ditadbirkan berlaku.

Mahathir menggunakan apa sahaja helah dan makenisme untuk mempertahankan kedudukan dan kekuasaanya. Setiap seteru politiknya atau orang yang ditakuti akan mencabarnya juga diambil tindakan. Satu demi satu dikehel dan dilempar jauh tanpa mengira untung dan rugi kepada perjuangan bangsa.

Thursday, June 26, 2014

Kekecohan dalam PKR kerana jawatan Menteri Besar

PANDANG TERUS                                                                           

Semalam sebuah setesen tv internet datang menemubual saya, perbicaraannya berkisar soal pemilihan dalam parti PKR yang kalut dan masih belum berakhir sampai kini. Tv itu mahu tahu pendapat saya kenapa sampai berlaku demikian, dan apakah kekecohan itu tidak memberi kesan kepada PKR sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pucuk pimpinannya.
Wan Azizah MB Selangor?

Iya, saya juga naik hairan dan muak kenapa sampai begitu lama sekali masa diambil parti berkenaan untuk menyelesaikan pemilihan kepimpinan mereka. Dan kekecohan yang berlaku menampakkan seolah-olah PKR sebuah parti yang diuruskan oleh mereka yang tidak cukup pengalaman.

Apa yang berlaku, kata saya tetap memberi kesan kepada PKR, menyebabkan orang akan mempersoalkan standard atau pun kelas parti berkenaan. Setiap apa yang berlaku orang akan mengingatkan kepada peristiwa yang sering meletus dalam mesyuarat parti MIC sebelum ini. Mesyuarat MIC tidak akan sah kalau tidak berlaku baling kerusi atau pun tumbuk meja.

Wednesday, June 25, 2014

Najib beri hadiah sebelum larian tamat

ULASAN                                                                                            

Petang tadi Najib Razak telah mengumumkan kemasukan enam orang pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinetnya. Tiga dilantik menjadi menteri, iaitu Presiden MCA Liow Tiong Lai, timbalannya Wee Kah Siong dan Presiden Gerakan Mah Siew Keong. Tiga lagi ialah Naib-Naib Preisden MCA masing-masing dilantik menjadi timbalan menteri.

Alasan Najib untuk menambah anggota kabinetnya, kerana menerima keputusan MCA dibawah pimpinan Tiong Lai yang mahu sertai semula kabinet. Sebelum ini MCA tidak menyertai kabinet dan tidak menerima apa-apa lantikan politik (kerajaan) kerana sebagai "kifarat" atas kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Tindakan MCA yang ketika itu dibawah pimpinan Chua Soi Lek dilihat tegas dan itulah integriti politik MCA. Bukan sahaja orang Cina tetapi orang lain juga memadang tinggi atas ketetapan Chua Soi Lek berkenaan. Pemerhati merasakan tindakan MCA itu sebagai tepat sekali dan hukuman yang setimpal.

Kesediaan Ahmad Zakie berkhidmat di PMBK merupakan satu tuah

KENYATAAN                                                                                   

CEO baru PMBK, Ahmad Zakie.
Perbadanan Menteri Besar Kelantantan (PMBK) dikhabarkan akan mendapat Ketua Pegawai Eksekutif baru pada 1 Julai nanti yang merupakan tokoh besar dalam dunia kewangan, korporat dan broker saham tempatan dan antarabangsa yang tidak asing lagi, Ahmad Zakie Ahmad Shariff.

Beliau berasal dari Kedah tetapi isterinya orang Pasir Mas Kelantan.

Nama Ahmad Zakie tidak perlu diperkenalkan lagi. Pengalaman luas serta kejayaannya di beberapa buah firma mengurus kewangan dan ketrampilan dalam bidang ekonomi menjadi sebutan di kalangan kolongmarat. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di pelbagai firma kewangan dan broker saham terkemuka.

Pernah berkhidmat sebagai ketua eksekutif di FA Securities Sdn Bhd, selain itu pernah berkhidmat di beberapa pusat broker saham tempatan dan juga luar negara. Selalu diundang menyampaikan bicara kewangan dan saham di peringkat antarabangsa.

Monday, June 23, 2014

Abu Bakar Chik, pemimpin Terengganu yang akrab dengan saya


BELESUNGKAWA                                                                           

Menggeletar jari jemari ini untuk menulis dan mencatat sedikit kenangan sebagai pengiring keranda Ustaz Abu Bakar Chik bersama ribuan yang lain lewat petang ini. Dikhabarkan jenazah tokoh Pas itu akan dikebumikan petang ini di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah, Tok Jiring Jalan Kuala Berang, Terengganu. Berita pemergiannya sungguh mengejutkan saya.
Allahyarham hadir program parti buat terakhir malam tadi.

Allahyraham dikhabarkan meninggal dunia jam 4:30 pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Ajil - Bukit Besi. Beliau meninggal seorang balu Zaitun Salleh dan lapan orang anak.

Betapa tidak dini tadi Solat Subuh saya terganggu dengan deringan telefon sebanyak dua kali. Dalam hati berdebar-debar sebaik mendengarnya. Berasa lain sekali irama dering itu dan seakan mahu segera diangkatnya.

Abu Bakar Chik kembali ke Rahmatullah

BERITA SEDIH                                                                                 

Bekas Exco Terengganu Abu Bakar Chik telah kembali ke Rahmatullah jam 4:30 pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Ajil-Bukit Besi.

Menurut Adun Chukai Kemaman Hanafiah, yang dihubungi mengesahkan maklumat ini, Allahyarham dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur setelah menziarahi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Jenazah Allahyarahm masih di hospital Kuala Berang,Terengganu.

Allahyarham pernah menjadi Ketua Pemuda Pas dan beberapa jawatan penting lain dalam parti. Al Fatihah. [wm.kl.7:22 am 23/06/14]

Sunday, June 22, 2014

PKR patut gantung cabang kecoh dalam pemilihan

RESPON                                                                                                      

Kekecohan yang berlaku di tiga cabang PKR yang diarah mengadakan pemilihan semula hari ini sudah cukup bukti untuk parti itu mengubah semula cara pemilihan parti kepada cara lama. Ternyata sistem baru yang diperkenalkan tidak membawa kebaikan bahkan memburukkan imej parti berkenaan.

Pemilihan di tiga cabang hari ini, Kota Raja, Nibong Tebal dan Hulu Langat dilaporkan kecoh. Dalam kejadian itu ada ahli yang cedera, cuba membatalkan pengundian dengan cara memasukkan puting rokok ke dalam peti undi dan menyediakan kertas undi palsu.

Friday, June 20, 2014

Tiada pengumuman Muhyiddin lepas jawatan

ULASAN PETANG                                                                           

Ternyata tidak ada pengumuman atau laporan Muhyiddin Yassin telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini. Semalam Muhyiddin menafikan desas desus mengatakan beliau akan meletak jawatan dan mengakui dia masih bersama Najib.

Hari ini pula Najib telah memberi tahu umum yang berita Muhyiddin akan meletak jawatan hanya rekaan di laman-laman sosial semata-mata.

Semalam saya menolak spekulasi berkenaan atas beberapa sebab. Pertamanya tidak ada petanda zahir yang Muhyiddin akan meletak jawatan. Jawatan TPM bukan senang untuk diperolehi. Bagi mereka yang menjadikan jawatan sebagai tempat cari makan dan meraih glamour, tidak sesekali akan melepaskan jawatan itu begitu sahaja, kecuali dipecat.

Thursday, June 19, 2014

Jais dan Mais jangan perpanjangkan isu Bible

ULASAN                                                                                            

Naifnya penguatkuasa undang-undang yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan induknya Majlis Agama Islam Selangor (Mais), sehinggakan terpaksa "berdindong dingdong" mengenai kitab Bible yang dirampas dikatakan tidak mengikut peruntukan undang-undang.

Di mana silapnya entahlah. Walhal Peguam Negara Abdul Ghani Petail sudah pun memutuskan tidak ada pendakwaan berhubung rampasan kitab berkenaan dan kes ditutup. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga telah membuat arahan sesuai dengan keputusan peguam negara agar ia dikembalikan.

Kedua-dua keputusan dan arahan itu tampaknya tidak dihormati langsung oleh institusi agama itu menyebabkan mereka menanti pandangan Sultan Selangor sebagai institusi yang berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam.