ULASAN
Naifnya penguatkuasa undang-undang yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan induknya Majlis Agama Islam Selangor (Mais), sehinggakan terpaksa "berdindong dingdong" mengenai kitab Bible yang dirampas dikatakan tidak mengikut peruntukan undang-undang.
Di mana silapnya entahlah. Walhal Peguam Negara Abdul Ghani Petail sudah pun memutuskan tidak ada pendakwaan berhubung rampasan kitab berkenaan dan kes ditutup. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga telah membuat arahan sesuai dengan keputusan peguam negara agar ia dikembalikan.
Kedua-dua keputusan dan arahan itu tampaknya tidak dihormati langsung oleh institusi agama itu menyebabkan mereka menanti pandangan Sultan Selangor sebagai institusi yang berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam.
Kenapa degil sangat Jais untuk tidak mengembalikan kitab-kitab berkenaan? Apakah untungnya kalau ia terus dipertegangkan begitu. Dalam proses biasa, bahan kes adalah keputusan pihak pendakwa sama ada ia hendak dipulangkan atau dilupuskan. Pendakwa akan meminta mahkamah mengarahkan tindakan selanjutnya.
Dalam kes rampasan 231 naskah Bible itu, kitab berkenaan tidak boleh dianggap sebagai bahan kes sebab tidak ada pendakwaan. Apabila ada pendakwaan baru ada perbicaraan dan kitab itu dibawa sebagai bahan kes. Jais sepatutnya boleh berfikir sendiri mengenai logik perkara ini. Penasihat undang-undang Jais seharusnya berifkir diluar kotak kongkongan parti politik.
MB Selangor pun satu hal. Bila Jais atas nasihat induknya Mais tidak berani bertegas dengan arahan awalnya agar kitab berkenaan dipulangkan. Kalau Khalid sendiri penakut dan tidak yakin dengan keputusannya kenapa diarahkan ia dipulangkan. Khalid sepatutnya tegas dengan arahan dan tidak perlu takut kepada Jais kerana ia adalah agensi kerajaan Selangor.
Keputusan atau hasrat Sultan Selangor hari ini agar hal itu diselesaikan mengikut undang-undang. Ertinya baginda tidak menggunakan kuasa vetonya dalam hal ini. Keputusan Sultan itu sesuatu yang bijaksana dan adil. Jadi Jais atau Mais tidak perlu banyak kerenah lagi berhubung kes Bible itu ikutlah prosuder yang ada.
Malu kat orang eh!
Sudah tentu kalau kitab itu tidak dikembalikan atau dihapuskan pihak PBM akan mengambil tindakan seterusnya. Tindakan yang pasti akan memohon kepada mahkamah. Hak itu dipelihara oleh undang-undang. Jadi kes yang bertele-tele disebabkan dibuat berlandaskan nafsu ini akan jadi panjang dan menimbulkan keadaan yang tidak baik. Macam mana negara nak maju hendak, jalan penyelesaian isu remeh seperti kitab Bible itu pun terkial-kial.
Eloklah kes Bible ini diselesaikan dengan segera dan kalau teringin nak bergaduh dan bertekak lagi kerana mencari untung dan laba politik bagi pihak tertentu carilah isu lain pula yang lebih besar. Hamlau. [wm.kl.5:37 pm 19/06/14]
1 comment:
Tuan,
Dari awal lagi rampasan bible ini bertujuan untuk meraih sokongan politik di dalam PRU 13. Rupa ada pihak yang masih mengaut keuntungan poltik dari isu ini yang sepatutnya sudah selesai dengan keputusan AG tempohari.
Post a Comment