Tuesday, January 31, 2017

Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM

ULASAN ISU

Annuar Musa
Ismail Sabri Yaakub menteri yang bertanggungjawab terhadap Mara kata dia tidak dimaklumkan mengenai penggantungan tugas Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara dan juga Pengerusi Pelaburan Mara.

Tambah beliau lagi dipetik, beliau tahu ada mesyuarat ahli majlis Mara hari ini tetapi tidak mengetahui apakah agendanya. Apakah kedudukan ahli majlis Mara tidak dibawah penyeliaan Ismail Sabri selaku menteri?

Dalam pada itu Ismail Sabri juga tidak tahu apakah ahli majlis ada kuasa menggantung atau memecat Annuar kerana setahunya pelantikan pengerusi atau pemecatannya dibawah bidang kuasanya selaku menteri dan diketahui oloh perdana menteri.

Saturday, January 28, 2017

Melihat dan jamah "bbidas" gergasi Namrud untuk bakar Ibrahim a.s.

MUSAFIR KEMANUSIAAN (4)

Inilah dua tiang gergasi digunakan Namrud untuk
melontar Nabi Ibrahim ke dalam api
.
HIDUP ini tidak pernah terduga menjadikan kita sebenarnya terus-terusan berlalu dilorong takdir. Selepas sesuatu itu berlaku dan terjadi baharu kita memahami sesuatu maksud dan rahmat takdir itu. Dapat merasakan kehebatan, keberuntungan atas setiap apa yang berlaku.

Ada kalanya sesuatu yang kita lalui itu tidak pernah terfikir pun, jauh sekali berniat atau mengimpikannya. Kerana itu hidup ini bagaikan kuntum-kuntum yang indah, harum dan adakalanya mentragiskan. Ia bagaikan sebuah mimpi yang kadang kala diselangi igauan mencemaskan.


Thursday, January 26, 2017

Isu pertikaian tanah: Beberapa perkara dalam afidavit dipadamkan, kenapa?

BAHAGIAN (7)

Apa kesudahan cerita pertikaian dan penuntutan hak penjualan tanah ditepi lebuh raya Rantau Panjang - Pasir Mas yang melibatkan pemimpin dan tokoh parti agama (Pas) Kelantan dengan Pas Pusat. Apakah sudah selesai, sudah ditemui formula win-win antara yang terbabit? Lima puluh untuk kau lima puluh untuk aku, bukan tiga puluh untuk aku tetapi tujuh puluh untuk kau?

Atau masih tergantung tegang, tunggu masa untuk putus? "Peah"....

Pengungkitan skandal BMF tidak berbekas kepada Dr Mahathir

ULAS ISU

Isu skandal BMF tak berbekas buat Dr Mahathir.
Sekonyong-konyang skandal BMF yang merupakan skandal kewangan terhitam ditangung negara diungkit semula. Skandal itu berlaku dalam tahun  1979 hingga1983 dan ia asing kepada generasi muda hari ini. Pengungkitan semula skandal berkenaan dilihat bermotif politik bukan untuk kepentingan negara jauh sekali bertujuan menambah nilai ringgit. Ia diungkit semata-mata untuk menyerang Dr Mahathir Mohamad yang ketika ini menyerang Najib bertubi-tubi.

Apa yang dibangkitkan mengenai skandal itu, kononnya ada dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengatakan Dr Mahathir bertanggungjawab dengan skandal melibatkan wang ratusan juta itu dan menyebabkan seorang pegawai kewangan bernama Jalil Ibrahim mati dibunuh.

Tuesday, January 24, 2017

Badiuzzaman Said Nursi: Mengenalinya setelah kaki pijak bumi kematiannya

MISI KEMANUSIAAN (3)

Badiuzzaman Said Nursi
Sejujurnya saya sudah lama mengetahui dan menyebut-nyebut nama Badiuzzaman Said Nursi, tetapi tidak tahu secara intim siapakah sosok ini.

Apakah beliau seorang penyair, ahli politik, ahli sejarah, sosiologi, pengembara, falsafah atau sufi, atau apa? Apakah dia seorang bertaraf wali warsatur anbia yang memimpin sebuah jemaah tarikat hakikat di pascra zaman Uthmaniyah.

Yang saya fikir dan kira, beliau adalah seorang tokoh rakyat, penggerak kemerdekaan dan pejuang kebebasan - kemanusiaan. Secara jujur juga saya tidak mengetahui di mana bumi kelahirannya serta latar belakang keluarganya dan bidang keilmuan yang dipanggunginya. Yang saya tahu dia adalah asal dari Mesopotamia - Asia Barat atau Eropah Timur.

Monday, January 23, 2017

Perkembangan terbaharu tanah jadi rebutan di Kelantan

Isu perebutan sibidang tanah di lebuh raya Paisr Mas - Rantau Panjang yang sebahagiannya kini dibangunkan perumahan awam oleh Syarikat Perumahan 1Malaysia (Prima), semakin menarik. Pertikaikan bukan sahaja di antara tiga pemimpin dan tokoh Pas, tetapi ia membabit pihak lain.

Khabarnya pihak kertiga yang merupakan tuan asal tanah berkenaan bercadang untuk "masuk daun" cuba mendapatkan haknya. Ada maklumat mengatakan pihak ketiga itu bercadang untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Jikalau cadangan ini berterusan pertikaian tanah itu jadi semakin melebar dan mendebarkan.

Kerja-kerja pengumpulan dokumen dan bukti katanya sedang dilakukan dan ia sudah pun diserahkan kepada sebuah firma guaman yang terkenal di ibu negara, Kuala Lumpur.

Sebelum perkembangan ini diulas, esok saya akan sambung catatan sterusnya mengenai perebutan tanah berkenaan. Apakah isu yang sudah dibawa ke mahkamah sudah selesai atau macam mana? Berapakah nilai atau jumlah yang patut diterima setiap mereka yang terbabit dalam kes berkenaan?

Dan disebabkan pembelian tanah itu oleh pemimpin menggunakan duit parti, berapakah parti agama itu sepatutnya menerima wang itu? Tunggu. Wassalam. [wm.kl.3:15 pm 23/01/17]

Saturday, January 21, 2017

Ada usaha untuk jatuhkannya - apakah Zahid sindir Hishamuddin?

KATA SABTU

Semalam Zahid Hamidi mendedahkan ada usaha untuk jatuhkan dia sebagai ahli Parlimen Bagan Datuh dalam Piraum akan datang. Beliau menyifatkan usaha itu sebagai "rosak bermula di kapala".

Zahid tidak menyebut puak manakah yang berusaha menjatuhkannya? Saya tidak fikir ianya oleh pembangkang, DAP, PKR atau Amanah. Tidak perlu untuk Zahid mendedahkan kalau usaha itu dilakukan oleh parti Pakatan Harapan itu. Sememangnya kerja mereka hendak menumbangkan Zahid.

Lagi pun dengan kedudukan dan pengaruhnya di Bagan Datuh dia tidak perlu bimbang kepada usaha pembangkang itu. Jawatan TPM dengan segala macam kemudahan yang dimiliknya dengan mudah beliau melemahkan usaha itu.

Sikap Pas yang kini telah berpisah dengan parti pembangkang memberi keuntungan kepada Zahid. Pengaruh Pas disitu boleh dikira kuat juga, apa lagi kerusi Bagan Daduh pernah menjadi kerusi Pas. Saya mengira orang Pas akan bersama Zahid salam pilihan raya akan datang.

Thursday, January 19, 2017

Manan seorang kawan yang setia

BELASUNGKAWA

Jenazah diusung untuk disembahyangkan.
Perlaluan Manan Osman (Dato') di atas maya ini berakhir jam 7:14 minit petang semalam dalam usia kira-kira dua bulan lagi untuk cecah usia 82 tahun. Allahyarham meninggal seorang balu dan tiga anak serta lapan cucu. Manan seorang politik berasal dariTerengganu.

Dalam sepanjang kerjaya politiknya beliau memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dua penggal tahun 1978 atas tikit BN dan tahun 1990 atas tikit Parti Semangat 46.

Pernah dilantik menjadi Menteri Perusahaan Utama dan Menteri Pertanian.  Allahyarham sempat menjadi menteri di bawah dua perdana menteri, Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad. Sebelum menjadi menteri, Allahyarham menjadi timbalan menteri.

Apabila Mahkamah Rayuan beri setitik cahaya buat Anwar

SUARA MALAM

Salah satu aksi Anwar di mahkamah.
Ketukan tukul Mahamah Rayuan yang memberi peluang kepada Anwar Ibrahim mengemukakan rayuan semakan undang-undang berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak permohonannya menitikkan setompok cahaya buatnya.

Keputusan itu menggembirakan semua orang dan ia akan membahagikan semua rakyat jika rayuan Anwar di Mahakamah Persekutuan untuk menafikan keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak permohonan pengampunannya itu menjadi kenyataan. Apakah ada cahaya di hujung terowong buat bapak Reformis itu?

Penerimaan rayuan itu nanti apa lagi jika Mahakamh Persekutuan berpihak kepadanya, bermakna Anwar mempunyai peluang mendapat pengampunan Yang D
ieprtuan Agong seterus membolehkan beliau menyedut udara bebas semula bagi memaknai lagi perjuangan membela rakyat secara bebas.

Wednesday, January 18, 2017

Dr Mahathir bukan memomokkan isu

CATATAN DI RANTAU


Dr M: Dakwaanya ada benarnya?
[kemaskini] Di kejauhan ini teringin juga saya hendak menyentuh sedikit mengenai polemik (perbalahan kata-kata) antara Dr Mahathir Mohamad dengan seorang sultan di negeri bahagian selatan Semenanjung.

Sultan berkenaan diaporkan terkilan dengan cara Dr Mahathir mempertikaikan pembangunan di negeri itu yang boleh menguntungkan orang asing dan akhirnya menyebabkan kemungkinan negeri itu tergadai.


Isu dibangkitkan bekas PM itu ialah mengenai kemasukan warga Cina ke negeri itu menerusi projek dinamakan Forest City yang merupakan bandar hijau ala tropika yang bebas cukai. Apabila terlaksananya projek itu nanti menyebabkan 700,000 warga Cina akan bermukim di situ.

Dr Mahathir menaruh kebimbangan apabila mereka bermukim di situ dengan membeli aset, kediaman dan hartanah lain dalam bandar itu akhirnya mereka akan menjadi penduduk kekal, dan boleh mendaftar sebagai pemilih - menentukan geopolitik Malaysia.