Thursday, September 4, 2008

Belasungkawa

A Samad Ismail Kembali Ke Rahmatulah

Tokoh wartawan negara A Samad Ismail (Pak Samad) telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5:20 minit petang ini di Pantai Hospital, demikian mengikut pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan oleh Datuk Ibrahim Ali sekejap tadi.

Pak Samad dimasukkan ke hospital sejak 24 Ogos lalu kerana mengalami paru-paru berair.

Keadaan paru-paru Pak Samad semalam dikatakan semakin merosot sejak buah pinggangnya mengalami kegagalan dan terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat! Al Fatihah. [wm.kl 6:40 pm 04/09/08]

No comments: