Wednesday, September 19, 2018

Husam sifatkan tindakan Mustapa langkah waras

JELANG SUBUH

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Keantan Husam Musa menyifatkan tindakan ahli Parlimen Jeli dan Adun Air Lanas Mustapa Mohamed meninggalkan Umno sebagai langkah semula jadi yang tepat bagi pemimpin yang waras.

Sambil mengalu-alukan langkah itu, menurut Husam, PH perlu membuka laluan kepada ahli parlimen bukan PH lain yang boleh dikategorikan positif serentak dengan membanteras MP yang telah terbukti merosakkan negara.

Dalam kenyataan sebagai mengulas tindakan Mustapa itu, Husam juga menyifatkan tindakan itu sebagai pembersihan ke atas salah laku pentadbiran lalu yang perlu digiatkan untuk meyakinkan rakyat bahawa PH menuju laluan  betul dalam memenuhi aspirasi rakyat.
 positif.


Dalam erti kata lain tindakan Mustapa itu menurut Husam sebagai mengiyakan tindakan kerajaan hari ini dan ia disambut dengan positif.

Husam yang kini seorang Senator berharap Mustapa akan bersama PH selepas bekas menteri MITI dan ahli Umno selama 40 tahun itu habis tempoh bertenang.

"Selaku pengerusi PH Kelantan, saya bersikap terbuka untuk Dato' Mustapa dapat bersama selepas 'cuti iddah' beliau," kata Husam.

Mustapa malam tadi telah mengumumkan keluar daripada parti yang disertainya selama 40 tahun antara lain memberi alasan kerana parti itu sudah hilang defisit keyakinan rakyat.

Sehubungan langkah mengejutkan Mustapa itu yang mengejutkan Umno Kelantan khasnya dan Umno Malaysia amnya tetapi disambut gembira oleh rakyat Kelantan.

Bagi rakyat Kelantan yang kecewa dengan kepimpinan kerajaan Kelantan kini melihat tindakan Mustapa itu membuka peluang untuk berkombinasi dengan Husam melakukan perubahan di Kelantan. [wm.kl.6:03 am 19/09/18]

Kenyataan penuh Husam seperti berikut:

PAKATAN HARAPAN PERLU BUKA LALUAN KEPADA MP BUKAN PH

Langkah YB Dato Mustapa Mohamed adalah 'logik semula jadi yang tepat' bagi mana-mana pemimpin yang waras.

Pada masa yang sama, PH perlu membuka laluan kepada MP bukan PH yang boleh dikategorikan positif serentak dengan langkah membanteras MP yang telah terbukti merosakkan negara.

Jika PH dapat menggerakkan Konsolidasi Nasional berpaksikan sokongan kepada usaha Reform dan membangunkan semula negara yg dibawa oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir, DSAI dan kepimpinan PH sekarang, ia boleh mengukuhkan lagi negara dan mempercepat pemulihan.

Serentak dengan itu, pembersihan ke atas salah laku pentadbiran yang lalu juga perlu digiatkan untuk meyakinkan rakyat bahawa PH menuju laluan yang betul dalam memenuhi aspirasi rakyat.

Dalam rangka ini, saya melihat langkah Dato Mustapa perlu disambut positif.

Saya juga berharap lebih ramai MP Umno lain mengikuti jejak beliau.

Selaku Pengerusi PH Kelantan, saya bersikap terbuka untuk Dato Mustapa dapat bersama selepas 'cuti iddah' beliau.

YB Senator Husam Musa,
Naib Presiden Parti AMANAH Negara,
Pengerusi PH Kelantan,
18 September 2018

No comments: