Tuesday, November 27, 2018

Terpadamnya mentari Gual Periok

BELASUNGKAWA (i)

Kenangan bersama Allahyarham di suatu petsa buku
(2015), beliau hadir mempromosikan novelnya, Guran.
JIKALAU P. Ramlee boleh dianggap sebagai mentari dalam bidang seni muzik dan perfilemen negara, yang mana kehilangannya sebagai terpadamnya bintang timur dalam industri itu, nah begitu pula dengan pemergian seorang lagi penulis dan sasterawan Kelantan Norhisham Mustafa.

Permegiannya sore Jumaat (23 November 2018) lalu bagaikan pemergian sebuah kapal yang kesekian lama belajar dan tidak akan pulang pulang ke pengkalan lagi.

Pemergian itu menjadikan pelabuhan akan senyi sepi sampai ke kapan pun dan menjadikan para penantinya terus resah dan panasaran. Pengkalan (bumi) yang ditinggalkan hanya boleh dikenang selamanya dan tersimpan indah dalam lipatan sejarah. Begitulah apa yang boleh diumpamakan dengan kembali ke Rahmatullah, sasterawan unnggul Kelantan itu - Allahyarham Norhisham Mustapa semalam.

Bagi penduduk Gual Periok, Pasir Mas khasnya tanah dan bumi kelahirannya, dan negeri Kelantanan  pemergian satu kehilangan besar yang tidak akan ada gantian.

Sesungguhnya bumi Gual Periok dan Kelantan juga sangat bertuah mempunyai putera seperti Allahyarham. Jasa dan budinya kepada Gual Periok sangat besar. Nama Gual Periok itu adalah senonim dengan nama Norhisham. Bukan terhad kepada khayalak di Kelantan sahaja, bahkan kalau sebut saja nama Norhisham para peminat seni dan sastera dari Selatan hingga ke Utara, juga Sabah, Sarawak, Brunei dan Temasik tahu dan kenal nama itu dan kenal dengan Gual Periok.

Rushdan ketika menziarahi Allahyarham tiga minggu
sebelum ketiadannya.
Allayarham boleh dianggap duta besar Gual Periok ke negara ini menerusinya karya-karya dan kegiatan seninya. Tahun-tahun 60an membawa ke tahun 90an nama Gual Periok indah dan tersohor kerana disebut setiap kali karyanya khasnya drama radio berkumandang di radio, atau tertulis di dada-dada akhbar dan majalah.

Tidak salah jika dikatakan beliau adalah salah seorang insan yang mengharumkan nama bumi kelahirannya dengan kerja seninya selain nama seorang lagi sdr M Jusoff Taib yang juga rakannya. Dan bagi saya dan kawan-kawan lain yang berada dalam satu bidang - penulisan dan wartawan, sangat berbangga memiliki mereka bedua, mereka adalah obor penyerah kepada dunia penulisan dan karjaya kami.

Berlalu selepas Jumaat.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam usia 68 tahun jam 2:30 petang di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, sebaik usai solat Jumaat. Kepulangannya pada sore Jumaat itu memberi petanda keteduhan dunia akhiratnya. Beliau meninggalkan dua balu dan tiga orang anak, akibat mengalami masalah jantung dan buah pinggang. Di samping itu Allahyarham meninggalkan ribuan hasil karya kreatifnya, berupaka, manuskrip, novel, antologi sajak, cerpen dan pelbagai makalah untuk dipusakai oleh kita semua. 

Bagai saya secara peribadi pemergiannya sesuatu yang mengilankan. Tiga minggu lepas apabila mengetahui beliau uzur saya pulang ke Kelantan untuk menziarahinya di kediamannya di Lati Pasir Mas. Kesegeraan untuk saya mengunjunginya ekoran saya menerima satu pesanan (massages)  daripadanya menerusi telefon. Pesan itu beliau mengkhabarkan keadaan dirinya yang uzur dan meminta sesuatu pertolongan.

Disebabkan kesuntukan masa, saya meminta aktivis politik yang juga rakan saya, sdr Rushdan Mustapa untuk menziarahinya dan bertanya khabar sebagai mewakili saya. Beberapa hari selepas itu baharu saya pulang dan menziarahinya. Ketika itu walaupun keadaanya agak lemah kerana kurang selera makan, tetapi masih bersemangat bercakap soal penulisan.

Tujuan pesan yang beliau hantar kepada saya, dan inilah yang amat mengilankan saya, beliau mahu sedikit bantuan bagi mendapatkan rawatan lanjutan di IJN di Kuala Lumpur. Allahyarham berhajat untuk mendapatkan penerbangan ihsan kerana tidak daya untuk berkereta dari Kelantan ke Kuala Lumpur sejauh kira-kira 500 km. Beliau minta saya memohon dengan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan.

Saya turunkan mesej Allahyarham di sini:

"Salam Ti, Ti tahu dah masalah penyakit abang bukan? Ni abang nak minta tulung. Abang kena buat angiogram susulan di IJN. Cara nak gi IJN tu lah masalah. Nak gi dengan kereta tak larat. Nak naik kapal terbang pun badan tak daya..."

Saya membalas: "Oh ... jadi ada pilihan dan cadangan. Angio tak boleh buat di KB ke..? Apa solusi..?"

"Tidak boleh peralatan tidak cukup, buat dah di Kota Bharu. Lalu tulunglah kkecek (bercakap) dengan YB Mat Sabu, kalau boleh penerbangan ihsan TUDM atau mana-mana agensi lain. 

Saya jawab: "Oh insyaAllah. Akan diajukan. Tetapi tarikhnya bila?

"Baik. Harap begitulah. dapat tarikh dari IJN, abang akan maklumkan ke Ti."

Semasa mengunjungi saya memberi jaminan akan cuba uruskan untuk pernerangannya ke Kuala Lumpur. Saya bercadang akan berjumpa dengan Mohamad Sabu segera atau mana-mana pihak bersangkutan. Bagaimana pun apa yang dirancangkan itu tidak kesampaian kerana beliau pergi lebih awal. Apa juga yang mengilankan saya, berita kematiannya itu sampai kepada saya ketika saat saya berada di bilik persiapan untuk berangkat ke luar negara.

Sebenarnya hati sudah berat untuk ke luar negara selepas menerima khabar yang Allahyarham berada di ICU, dua tiga hari sebelum itu, dan bercadang untuk pulang menziarahi sebaik pulang dari luar negara. Malang apa boleh buat segala apa yang dirancang dan dihajati tidak kesampaian.

Kepada keluarga Allahyarham khasnya isterinya Fauziah Mat Zain (Kak Zie) serta anak-anak dan keluarga seluruhnya diucapakan salam takziah dengan iringan doa semoga roh Abang Sham dicucuri rahmat sepanjang masa. [wm.kl.9:37 am 27/11/18]

No comments: