Friday, November 2, 2018

Cara kerajaan Pakatan Harapan hendak tipu pengundi?

RENUNGAN PAGI

ANTARA orang yang berkobar-kobar memberi keyakinan dan harapan baharu kepada kira2 130,000 warga peneroka ialah sdr Mazlan Aliman. Beliau yang juga sebagai Presiden Anak, sebuah Ngo yang ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib dan masa depan para peneroka yang dikatakan sebagai ditekan dan ditindas oleh kerajaan UBN.

Ada beberapa janji yang diberikan oleh Mazlan dan pemimpin lain kepada peneroka. Dan ianya sangat menarik dan sungguh merujakan. Sesiapa yang mendengar janji dan harapan yang diberikan Mazlan, bayi atau janin dalam perut anak-anak atau cucu para peneroka pun mahu segera keluar menjenguk dunia walaupun tidak cukup bulan kerana mereka yakin kalau lahir awal pun tidak akan menghadapi kesusahan kerana kehidupan mereka terjamin dengan mendengar janji diluahkan oleh Mazlan.
Ada empat perkara yang utama dijanji harapan Mazlan.

1. Sekiranya PH menang hutang peneroka yang ditanggung sebanyak RM100,000 hingga RM200,000 akan dihapuskan sehingga 50%.

2. Akan semak balik terma hutang yang dikenakan terhadap peneroka, dimana jika disusun semula, dipercayai hutang peneroka tidak sampai RM30,000, dan dalam tempoh 10 tahun peneroka tidak akan menanggung apa-apa hutang lagi.

3. Interest yang dikenakan kepada peneroka sebanyak 6.2% yang disifatkan sebagai riba' (haram), akan dihapuskan.

4. Akan garap dasar baharu Felda agar memberi peluang kepada anak muda untuk mengurus Felda dan mereka muncul sebagai usahawan Felda berjaya sehingga ke taraf usahawan bertaraf jutawan.

Aduh, enak, indah dan mengrangsangkan sekali apa yang dijanjikan oleh Mazlan Aliman dalam ceramah-ceramahnya dalam kawasan Felda. Beliau menegaskan perkara itu akan dijadikan atau dimasukkan ke dalam manifesto PH.

Kita kurang pastikan apakah semasa beliau menggariskan apa-apa yang dijanjikan itu, beliau dalam keadaan sedar atau tidak, dan apakah beliau memikirkan implikasi sekiranya apa yang dinyatakan itu tidak terbuat?

Nah, hari ini PH sudah pun memerintah. Bagi peneroka perkara utama mereka mahu lihat dan dilaksanakan apa yang dijanji dan diberikan harapan oleh Mazlan itu. Kerajaan Harapan kini sudah berlalu setengah tahun. Banyak agensi dan institusi kerajaan sudah dipenuhi untuk membina kerajaan.

Sayangnya kerajaan tidak memberi apa-apa peranan kepada Mazlan dalam apa-apa institusi atau agensi Felda. Sebaliknya Mazlan dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) walaupun berkaitan pertanian tetapi agak jauh dan tidak mempunyai kuasa eksekutif terhadap Felda.

Pelantikan beliau ini agak pelik sedikit. Sewajarnya beliau ditempatkan dalam Felda bukannya dalam LPP. Peletakan beliau di Felda untuk membolehkan Mazlan membayar titik peluh peneroka yang mengundi PH. Dan pelantikan beliau disitu juga sebagai mengeringkan keringat juang Mazlan untuk mengajak peneroka mengundi PH. Tetapi ia tidak berlaku, kenapa?

Macam-macam cerita yang saya dengar, kononnya Mazlan tidak ada kepakaran dan kelulusan untuk diletakkan di Felda. Khabarnya menteri bertanggungjawab dengan Felda tidak mahukan beliau berada di situ. Dan macam-macam lagi.

Kerana itu maka jadi ternanti-nantilah Mazlan untuk duduk di mana-mana kerusi enak selepas kemenangan. Mungkin apabila melihat Mazlan masih "melampung-lampung" tanpa jawatan itulah maka Salahuddin Ayub Menteri Pertanian yang merupakan kawan setia perjuangannya meletakkan Mazlan di LPP. Mungkin begitu?

Tetapi saya ada perkiraaan lain kenapa Mazlan tidak diberikan apa-apa peranan dalam Felda. Ia adalah untuk menyelamatkan Mazlan daripada diburu oleh peneroka. Kalau beliau berada dalam Felda, sudah pasti peneroka akan menuntut janji harapan yang ditaburkan itu. Janji-janji Mazlan itu kini hidup subur dalam kawasan peneroka.

Kesimpulannya, tindakan tidak meletakkan Mazlan di Felda adalah untuk mengelakkan kerajaan daripada "terpaksa" memikirkan bagi menunaikan janji harapan diberikan Mazlan yang didambakan oleh peneroka. Dalam masa sama juga, tindakan kerajaan Harapan yang tidak menghargai jasa dan pengorbanan Mazlan untuk mengubah nasib peneroka itu sebagai satu bola tanggung diberikan kepada peneroka untuk melipat Mazlan hidup-hidup.

Dengan apa yang berlaku itu satu kemalangan dan kekecewaan peribadi kepada Mazlan kerana selepas ini beliau mungkin tidak dapat menjejak kaki ke kawasan Felda lagi sebab itu beliau "disendur", di ladang-ladang tanaman kontang sahaja bukan kawasan Felda.

Inilah cara dan taktik kerajaan bernama Harapan untuk perdayakan rakyat. Trims. [wm.kl.9:08 am 02/11/18]

No comments: