SUSUPAN MALAM
KERAJAAN kena muktamadkan segera cadangan untuk meraktifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskiminasi Kaum (ICERD) yang kini sudah mulai menjadi isu politik yang sedang mematang.
Perkara ini tidak perlu ditangguh-tangguhkan. Kerajaan PH tidak perlu bermain dan terpaksa melayani isu ini kerana masih banyak kerja lain yang perlu ditangani. Beberapa tuntutan yang menjadi rintihan rakyat bawahan seperti saraan hidup mereka belum tuntas.
Dengan membiarkan isu ini tanpa ada pemuktamadan menyebabkan kerajaan sedikit terganggu.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga telah mengeluarkan isyarat menyatakan ICERD ini tidak perlu diberi keutamaan. Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub juga menyatakan sikap partinya menolak cadangan mereaktifikasi perkara itu. Begitu juga pihak-pihak lain dalam kerajaan sendiri. Dengan suara berkenaan sudah cukup untuk diambil alasan bagi memuktamadkan (menutup) terus isu berkenaan daripada disebut dan difikir-fikirkan.
Seharusnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorty yang menimbulkan isu ini memahami keadaan dan mengambil sikap tegas dan tidak perlu cuba mempertahankan hasratnya agar ICERD itu direaktifikasikan.
Dalam jawaban kepada pertanyaan mengenai isu itu oleh ahli parlimen, beliau masih membayangkan untuk melaksanakan reaktifikasi ICERD apabila mengatakan jaminan Perkara 153 dealam Perlembagaan Persekutuan tidak dimansukan sekiranya kerajaan bersetuju meratifikasikan ICERD.
Katanya komitmen Malaysia terhadap konvensyen dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah bersifat realistik, praktikal, boleh dipatuhi dan tidak bercanggah dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan khasnya yang menyentuh kedudukan istimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Apa makna Moorty menyebut itu?
Jawaban itu bukan muktamad dan ia menggambarkan kerajaan masih bersikap terbuka dan mengira-ngira untuk melaksanakan perkara itu. Diingatkan pihak kerajaan atau mana wakil tidak perlu cuba menjolok saran tebuan, isu ICERD boleh dianggap sebagai mahu menjolok sarang tebuan.
Dibimbangi jika ia tidak dimuktamadkan segera dengan menolak cadangan itu ia akan terus menular menjadi isu politik dan modal rangkup kepada oposisi. Pas menerusi Presidennya Abdul Hadi Awang semasa berucap membahas Bajet 2019 di parlimenh menyatakan tidak ragu-ragu akan mengerahkan jutaan rakyat untuk berdemonstrasi menentang cadangan itu. [wm.kl.9:39 pm 15/11/18]

No comments:
Post a Comment