Thursday, July 18, 2019

Perbalahan Azmi - Anwar Majlis Presiden perlu bertindak

PANDANGAN

MEMANDANGKAN kemelut dalam Keadilan kini makin merebak dan boleh menghanyirkan dan berpotensi mengganggu kesejahteraan kerajaan PH elok kalau majlis presiden membuat satu pernyataan sebagai memberi panduan kepada Keadilan. 

Rakan komponen PH, Keadilan itu kini dalam keadaan hilang arah panduan dan terhapus pedoman. Mereka yang beremosi lebih ramai daripada yang waras.

Jika tidak dipandu, keadaan boleh memberi kesan buruk kepada PH. Presiden parti komponen, PH, Muhyiddin Yassin (PPBM), Mohamad Sabu (Amanah) dan Guan Eng (DAP) tidak boleh duduk diam dan merasakan diri selesa kerana parti sendiri tidak ada masalah. Itu bukan sikap rakan yang baik.

Sebagai rakan kongsi dalam pakatan mereka patut alert kepada apa yang berlaku dalam Keadilan itu. Mereka kena ingat masalah menimpa dalam Keadilan - perbalahan antara Azmin dengan Anwar jika tidak dibereskan ia akan ikut menyusahkan PH. Jika perlu kedua yang menjadi masalah itu (Azmin dan Anwar) diselam air, elok selam air biar mereka kabar (sedar).

Saya raya kalau majlis presiden menegur Keadilan dalam mereka dalam situasi seperti hari ini tidak dilihat sebagai mencampuri urusan Keadilan, sebaliknya ia adalah kewajiban bersama dan suatu yang bijaksana.

Jangan mengharap Mahathir akan memulakan cetusan untuk menasihati Keadilaan ini kerana beliau sendiri terjempit di antara dua nilai dalam dirinya sendiri; Double standard dan integriti. Sesungguhnya perbalahan di antara Azmin dan Anwar itu juga mengganggu tanggung awab dan tugasnya untuk membaiki negara yang dirosakkan Najib kini. Trims. [wm. kl. 1:29 pm 18/07/19]

No comments: