SEBELUM JUMAAT
ISU video lucah Haziq Aziz nampaknya masih berterusan. Tangkapan dan remand oleh polis terhadap lima individu termasuk Haziq Aziz tidak mudah menamatkan siasatan. Sehingga ini individu yang diremand termasuk Haziq masih belum dibebaskan. Kenapa?
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador telah pun mengeluarkan kenyataan yang nampak mudah tetapi sedikit berbelit-belit nadanya. Katanya, status video itu didapati tulen, bagaimana pelakunya tidak dapat dipastikan. Satu kenyataan yang agak aneh dan pelik bunyinya. Mengikut kenyataan Hamid Bador ini tiba-tiba saya teringat kepada AR Badul, seorang pelakon, pengarah yang penuh dengan humour.
Mengenai kes video lucah Haziq itu boleh diibaratkan kisah kerbau yang dicuri sudah ditemui, tetapi belum dapat dipastikan apakah kerbau itu yang direport sebagai yang dicuri.
Mengenang kes ini saya ingin macam mana cerita yang pernah diceritakan oleh mendiang Karpal Singh bapak Gobind Singh Deo, kepada saya kira-kira lebih 30 tahun lampau. Beliau pernah membela seorang yang dituduh pencuri kerbau di negeri Kedah. Apabila dibicarakan Karpal Singh sebagai peguam pembela memohon kepada mahkamah supaya barang kes, (kerbau) itu dibawa ke mahkamah.
Kerana sukar untuk dibawa kerbau (barang kes itu) ke mahkamah, maka mahkamah membenarkan agar lawatan (kawad cam) kepada kerbau itu dibuat untuk memastikan barang kes itu. Maka peguam pembela dan pihak pendakwa serta tertuduh di bawa ke tempat kerbau yang berkenaan.
Sampai di sana, (bendang) pendakwa gagal untuk mengesahkan yang kerbau itulah yang dicuri oleh tertuduh kerana saksinya (tuan kerbau) tidak dapat mengesahkan kerbau yang ditunjuk itu yang dicuri kerana kerbaunya ramai.
Tertuduh juga tidak dapat mengesahkan kerbau mana yang dicurinya, seperti dituduh itu. (Dia lupa tanda, hehe...) Pendek cerita, hakim tidak dapat memastikan dan membuat keputusan pencuri itu dibebaskan kerana pihak pendakwa gagal menunjukkan bahan kes (kerbau) yang dikatakan dicuri itu. Kata Karpal Singh dia menang kes itu.
Wajah tak jelas.
Seperti sama sahaja apa yang berlaku dalam kes video lucah Haziq ini. Video itu sudah didapati sebagai benar setelah dianalisis oleh CyberSecurity, namun tidak dapat mengesahkan watak dalam video berkenaan kononnya wajahnya tidak berapa jelas. Facial recognition kata Hamid tidak dapat dikaitkan dengan pelaku.
Kenyataan Hamid ini ramai dipertikaikan dari segi logiknya. Benar ada situasi sama ada berlaku dalam dunia ini, seperti mana kisah Maryam melahirkan Nabi Isa, tanpa bapak. Tetapi keajaiban itu dijelaskan sendiri oleh Allah mengenai kejadian itu, dan secara tidak langsung ia menunjukkan mukjizat Nabi Isa.
Apa yang memelikkan dan menghairankan dengan kenyataan serta sikap Ketua Polis Negara itu ialah kerana sebelum ini Haziq Aziz telah pun mengaku bahawa salah seorang watak dalam video itu adalah dirinya. Pengakuan itu dibuat secara bersumpah menggunakan nama Tuhan tiga kali. Apakah pengakuan Haziq itu tidak dapat diterima sebagai keterangan dan persaksian kerana dia mengaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali? Begitukah? Hah?
Apabila pengakuan Haziq itu tidak dapat diterima, bermakna bagi polis pengakuan Haziq itu sebagai pembohongan? Tidak memelikkan juga kalau polis "meragui" pengakuan Haziq itu kerana dalam masa sama Hamid ada membayangkan projek video itu dibuat untuk menjatuhkan Azmin dengan dibayar ratusan ribu ringgit dan ia melibatkan seorang pemimpin parti politik.
Saya yang pandir ini sedikit jadi bodoh-bodoh gajah, apabila melihat sikap polis ini. Satu masa ia mengatakan watak dalam video itu tidak dapat dicam dari sudut facial recognition, manakala dalam masa lain menyebut ia adalah satu perancangan untuk menjatuhkan Azmin? Macam mana pula jadi begitu. Kalau watak dalam video itu tidak dapat dicamkan wajah siapa kenapa menyebut ia perancangan hendak jatuhkan Azmin?
Apakah polis berkata begitu setelah menerima apa disebut Haziq bahawa dalam video itu Azmin yang (mengekok) dengannya, dimana pengakuan Haziq sengaja mahu mengheretkan Azmin, begitukah. Atau pun polis mengambil kira kecaman Azmin ke atas penyebaran video itu adalah untuk membunuh kerjayanya? Begitukah?
Budak-budak belum baligh politik mungkin sukar untuk memahami dan menyelami makna kata-kata Ketua Polis itu. Tetapi bagi orang tua, apa lagi yang sudah mahir dengan seluk belut politik serta sudah hafal mengenai sejarah konspirasi yang berlaku sebelum ini, sangat mudah untuk memainkan apa yang dihidangkan oleh Hamid Bador itu.
Untuk mengenali apa yang berlaku ini tidak usah pergi jauh hingga ke Amerika atau Antartika. Cukup perhati sahaja kepada apa dilakukan oleh bekas Ketua Polis sebelum ini bernama Abdul Rahim Nor.
Apabila mata Anwar didapati lebam semasa hadir ke mahkamah, Rahim tidak mengaku. Beliau memberi tahu Anwar dalam keadaan baik-baik sahaja. Perdana Menteri ketika itu juga (terlupa nama), memberi kenyataan ketika mengulas kejadian mata lebam itu kerana kununya Anwar mengantuk mukanya ke lutut.
Setelah ditubuhkan Penyiasatan Di Raja (RCI) didapati kenapa mata kiri Anwar lebam ialah kerana di TUMBUK (berdebuk.. bedebuk... bedebuk...)oleh Ketua Polis Negara.
Saya tidak mahu menuduh Hamid Bador cuba membuat, buat-buat tidak tahu mengenai hakikat video lucah Haziq itu. Tetapi sikap Dr Mahathir dalam kes video membabitkan Azmin ini hampir sama dengan sikap beliau 20 tahun lepas ketika mengulas mengenai mata lebam Anwar.
Mengenai video lucah Haziq ini, awalnya Mahathir kata ia sebagai palsu. Tidak wajar untuk beliau mengatakan demikian semasa video itu belum dianalisis. Melainkan beliau sudah menerima video itu tiga bulan lepas, dan mengatakan ia palsu kerana ingin mempengaruhi umum.
Kenyataan Mahathir itu tidak bijak, tidak saksama dan tidak menggambarkan dia sebagai seorang PM bersifat ayah. Di sini sangat jelas kalau kisah lampau itu dijadikan iktibar ia memudahkan kita untuk fahami mengenai kasus video lucah Haziq itu.
Seperkara lagi, belum apa-apa Dr Mahathir setelah mengatakan video itu palsu, beliau "membela" Azmin agar tidak perlu bercuti. Bagaimana pun setelah Abdul Hamid mengatakan video itu tulen, Mahathir sudah berubah sedikit letak punggungnya dengan menyerahkan kepada Azmin, sama ada hendak bercuti atau tidak. Untuk apa Mahathir bersandiwara, masalah sebagai Perdana Menteri dia juga tahu lewat mengenai video itu seperti Pak Mat Tempang di Gua Musang?
Tanpa mahu memanjang catatan ini, setakat apa yang berlaku hari ini, saya beranggapan isu video lucah Haziq membabitkan Azmin itu semacam dibela oleh Mahathir dan Ketua Polis Negara. Mereka berdua semacam mahu melindunginya. Sekiranya Hamid bertindak begitu tidak pelek kerana kedududukannya di bawah naungan Perdana Menteri. Dia akan ikut apa yang dikehendaki oleh PM.
Dari senario hari ini menampakkan Mahathir semacam ada kecenderungan untuk membela Azmin. Sekiranya dia tidak mahu membela Azmin dan berdiri atas seorang ketua yang kununnya berpegang kepada prinsip, dia perlu mengambil tindakan memecatkan Azmin, kerana perkara sama dia pernah buat kepada Anwar dahulu.
20 tahun lalu Mahathir terus pecat Anwar Ibrahim walaupun kesalahan yang dituduhkan kepada Anwar belum dibicarakan dan Mahathir berpegang kepada keterangan saksi sahaja. Salah seorang saksi "baligh" yang dipercayai Mahathir ialah Umi Halfida binti Ali. Hari ini saksi sama telah muncul memberi kesaksian ke atas tertuduh (Azmin), tetapi Mahathir tidak pula segera mempercayainya? Bak'pa kata orang Kelantan.
Sikap double standard jelas diamal Mahathir, ataupun beliau kini sudah termakan dengan sajaknya sendiri yang berjudul Melayu Mudah Lupa?
Akhirnya sebelum ke masjid, kalau Mahathir dan Ketua Polis negara tidak mahu memperpanjangkan isu video lucah Haziq ini, dan sekiranya ada udang di sebalik batunya dengan kes ini ia sangat mudah untuk diselesaikan.
Mahathir sebagai Perdana Menteri dan juga Pengerusi PH memanggil kedua-dua orang itu sedang bertelagah itu, Azmin dan Anwar dan memberi nasihat secara baik. Suruh mereka berdamai. Selepas itu panggil pula Abdul Hamid Bador agar menutup segala kertas siasatan kes berkaitan kedua-dua pihak itu. Mudah.
Saya yakin isu video lucah Haziq ini tidak "memborak" jauh sehingga ia boleh mencederakan kerajaan PH. Apa yang perlu diselamatkan ialah jangan sakiti hati rakyat yang ikhlas untuk melihat kerajaan PH ini menjadi kerajaan baharu Malaysia yang juga mengguna pakai sistem dan stail baharu. [wm.kl.1: 13 pm 19/07/19]
Glossori:
Memborak = merebak.
Mengekok = sanggama.

No comments:
Post a Comment