Tuesday, July 16, 2019

Isu video lucah sudah ke titik hujung

SUSUPAN PETANG
SUDAH ada riak-riak kes video lucah Haziq Aziz sudah mahu menemui titik akhirnya. Pihak polis walaupun nampak sedikit slow menyiasat kes ini, tetapi mereka terus menjalankan tugas seperti biasa dengan caranya tersendiri.

Asakan dan desakan rakyat berhubung kasus itu menyebabkan polis tidak boleh tidur malam. Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador sendiri dilaporkan berkata kes video gay merugikan masanya. Kenapa merugikan masanya, apakah jenayah itu tidak penting bagi polis?

Kerana video itu membabitkan menteri kanan ia bukan sembarangan. Ia bukan macam video pondan di Lorong Haji Taib atau pun sama dengan video pemuda cabul gadis di mini merket yang tular di media sosial. 
Siasatan bukan sahaja untuk tangkap dalang pembikin dan penyebarnya, tetapi bagi menentukan status video itu palsu atau tulen. Khabarnya identiti dua lelaki dalam video itu sudah diserahkan polis kepada dan mahkamah akan menentukannya nanti. Ini bermakna video itu tulen kerana kalau tidak tulen untuk apa diserahkan untuk mahkamah menentukannya?

Sejak isu video ini tular, menteri terbabit dalam keadaan yang cukup mencabar dan terganggu emosinya. Berat badannya mungkin sudah susut? Justeru dia perlu dibersihkan. Kalau dia difitnah, dia dalam keadaan teraniaya dan situasi tidak elok bagi seorang pemimpin. Dia perlu dibebas dan dibersihkan. Pengampunan penuh daripada rakyat diperlukan. 

Sebaliknya kalau dia benar-benar terlibat dan dibiarkan bebas, rakyat dan negara teraniaya. Rakyat tidak sanggup untuk bermenterikan seorang yang rendah moral, homosek. Dia perlu berundur secara terhormat dan gentleman.

Jadi polis jangan main-main dalam kes ini. Integriti polis juga terutamanya PDRM di era Malaysia baharu akan disemak dan diawasi oleh rakyat. Rakyat Malaysia baharu tidak mahu ada kes-kes membabitkan orang politik disonglap atau disilentkan seperti sebelum ini.

Hamid dan pasukannya tidak perlu takut dan terikat dengan sesiapa. Beliau harus berkhidmat kepada rakyat dengan penuh jujur dan beretika bukannya tunduk kepada mana-mana individu berkuasa. Sekiranya Hamid terikat dengan cara bekerja dan bertindak seperti polis di zaman sebelum ini, maka proses Malaysia baharu yang sedang dibangunkan ini akan rosak. Trims. [tmn. permata. 5:55 pm 16/07/19]

No comments: