Showing posts with label Video Lucah. Show all posts
Showing posts with label Video Lucah. Show all posts

Thursday, January 9, 2020

Kes video lucah Haziq boleh dibuka semula bila kerajaan PH tumbang

SEBELUM ini saya telah mengatakan isu video lucah Haziq tidak akan membawa sesiapa ke mahkamah walaupun ia telah memburukkan individu tertentu dengan pengakuan Haziq dan penyebaran video berkenaan.

Bila orang tanya saya, "apa jadi dengan kes video berkenaan?" saya kata, "polis akan membuat kenyataan berbunyi begini; "video berkenaan asli tetapi watak di dalamnya palsu."

Apa yang saya kata dan bayangkan itu hampir tepat apabila hari ini Peguam Negara Tommy Thomas telah mengatakan, "pakar forensik AS "gagal" mengenali pasti individu dalam video berkenaan kerana solusi rendah.

Friday, July 19, 2019

Isu video lucah Haziq hanya Mahathir boleh selesaikan

SEBELUM JUMAAT

ISU video lucah Haziq Aziz nampaknya masih berterusan. Tangkapan dan remand oleh polis terhadap lima individu termasuk Haziq Aziz tidak mudah menamatkan siasatan. Sehingga ini individu yang diremand termasuk Haziq masih belum dibebaskan. Kenapa?

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador telah pun mengeluarkan kenyataan yang nampak mudah tetapi sedikit berbelit-belit nadanya. Katanya, status video itu didapati tulen, bagaimana pelakunya tidak dapat dipastikan. Satu kenyataan yang agak aneh dan pelik bunyinya. Mengikut kenyataan Hamid Bador ini tiba-tiba saya teringat kepada AR Badul, seorang pelakon, pengarah yang penuh dengan humour.

Mengenai kes video lucah Haziq itu boleh diibaratkan kisah kerbau yang dicuri sudah ditemui, tetapi belum dapat dipastikan apakah kerbau itu yang direport sebagai yang dicuri.

Tuesday, July 16, 2019

Isu video lucah sudah ke titik hujung

SUSUPAN PETANG
SUDAH ada riak-riak kes video lucah Haziq Aziz sudah mahu menemui titik akhirnya. Pihak polis walaupun nampak sedikit slow menyiasat kes ini, tetapi mereka terus menjalankan tugas seperti biasa dengan caranya tersendiri.

Asakan dan desakan rakyat berhubung kasus itu menyebabkan polis tidak boleh tidur malam. Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador sendiri dilaporkan berkata kes video gay merugikan masanya. Kenapa merugikan masanya, apakah jenayah itu tidak penting bagi polis?

Kerana video itu membabitkan menteri kanan ia bukan sembarangan. Ia bukan macam video pondan di Lorong Haji Taib atau pun sama dengan video pemuda cabul gadis di mini merket yang tular di media sosial. 

Thursday, June 13, 2019

Kes video lucah berbeza dengan kes kematian Orang Asli

TANPA PREJUDIS

KETIKA kita masih menunggu apakah hasil siasatan dan kajian untuk mengetahui punca sebenar menyebabkan 14 Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh meninggal, kita rakyat Malaysia dihidang pula dengan satu lagi kemisterian, dengan munculnya klik video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan.

Wednesday, June 12, 2019

Penyebaran video lucah mengotorkan politik kita

REAKSI

BELUM habis kita semua bertasbih dan bertahmid memuji dan membesarkan nama Tuhan sempena Aidifitri tiba-tiba kita dikejutkan dengan penyebaran kilik video porno yang katanya membabitkan seorang pemimpin kanan negara.

Dalam media sosial apa-apa sahaja boleh diakses kerana manusia menjadi tidak malu dan hilang moral, sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk merakam aksi sendiri dan menyebarkan untuk tontonan ramai. Cara itu dibanggakan pula. Jadi saya tidak mempercayai apa yang dimasukkan itu, video berkenaan, apabila ia turut sama terselik dalam wall media sosial saya. Saya ignorekan begitu sahaja kerana itu sebaik-baik caranya untuk tidak sama berbolot dengan kerja syaitan.

Tuesday, May 24, 2011

Susupan Petang

Bekas PM Juga Ada Video Lucah?

Prolog: Saya tidak mahu mempercayai berita ini tetapi saya paparkan juga untuk tatapan umum. Sama ada hendak percaya atau tidak walahu'am. Orang yang membuka cerita ini tidaklah sampai bersumpah laknat untuk mengesahkan apa yang didakwa diketahuinya.

Mungkin ada yang bertanya kenapa saya dedahkan ini kalau tidak yakin? Inilah saya nak tunjuk dan nyatakan bahawa permainan video lucah bagi memburukkan seseorang bukan saja terbatas kepada orang-orang desprate dan sudah putus asa dan putus urat perut, tetapi para vvip juga. Mereka juga cenderong kepada aktiviti mungkar ini, video lucah digunakan sebagai senjata ugutan.

Semuanya bermula apabila kami berbual fasal politik dan terkait dengan video lucah membabitkan Anwar. Dia bertanya kepada saya, apakah sudah tenguk atau belum. Saya jawab tidak tenguk, alasannya mudah saja, kalau saya tenguk saya akan menjelaskan sama ada ia benar atau tidak.

Bila saya tidak tenguk saya berada dalam konfius, sama ada hendak percaya atau tidak. Saya bukan macam Tok Guru Nik Aziz mengatakan tidak walaupun tidak tengok. Saya faham kenapa beliau mengambil sikap begitu kerana tidak harus baginya untuk melihat maksiat dan juga menghebuhkannya. Bila beliau kata ia fitnah dan orang fitnah tidak akan bau syurga itu adalah kaedahnya. Iya usahkan nak tengok video lucah naka tengok 'burung didik' sendiri pun malu dan makruh.

Di sinilah bermula dengan kisah macam mana bekas PM juga ada video lucah. Ceritanya dia pergi ke pejabat bekas PM berkenaan, saja borak-borak. Memang dia selalu diajak oleh bekas PM berkenaan untuk berbual kosong. Kebetulan dia sudah pergi dan dia bertanya mengenai sesuatu yang diberi tahu kepadanya, iaini mengenai video lucah.

"Mana gambar tu saya nak tenguk?' kata dia kepada bekas PM itu tiba-tiba.
"Gambar apa!" kata bekas PM itu berhelah dan terkejut.
"Ala you jangan nak sembunyilah, I tahu you ada.."katanya.
"Tak adalah..." kata bekas PM itu.

Menurut orang itu muka bekas PM itu berubah. "Saya tahu dia berbohong kerana tengok mukanya pun saya nampak dia berbohong," katanya.

Gambar itu dia tidak terima dan bekas PM itu tidak beri kepadanya. Macam mana dia boleh tahu gambar itu ada dengan bekas PM itu apabila bodyguard bekas PM itu memberi tahunya.

Ceritanya bodyguard bekas PM itu telah dihantar khas ke bekas PM itu untuk mengambil (intip) gambar bekas PM berkenaan. Dia pergi bersama dengan bodyguard bekas PM itu juga. Ertinya misi ini menggunakan bodyguard sama bodyguard.

"You tahu gambar ini lebih lucah dari yang dikatakan video kucah membabitkan Anwar," katanya sambil tergelak kuat.

Saya hanya diam membisu. Dalam hati sama banyak hendak percaya atau tidak. Tetapi melihat kepada kesungguhan dia bercerita mungkin ada asasnya. Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa kerja-kerja sebar atau memilik video lucah ini adalah perkara biasa digunakan untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa, bukan saja dikalangan haprak dan wanita longkang tetapi vvip juga. Cis! [ttdi.kl 5:30 pm 24/05/11]

Friday, April 1, 2011

Sebelum Jumaat

Kebenaran Video Lucah Terus Ditunggu

Perkembangan terbaru mengenai video lucah yang membabitkan tokoh politik masuk frasa kedua.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata menurut penelitian pakar tempatan video berkenaan tulen dan bukan palsu.

Satu perkara sudah terjawab kini. Tetapi mungkin boleh dipersoal lagi sejauh mana ketulenannya.

Saya percaya kalau ia tertakdir di bawa ke mahkamah penyiasatan untuk mengesahkan benar atau palsu akan melibatkan pakar 'forensik' video dari luar negara.

Apa yang ditunggu kini ialah siapakah watak dalam video berkenaan dan untuk apakah ianya dirakam dan didedahkan. Apakah ia tulen atau pun tidak?

Yang perlu dicari (wajib diketahui) siapakah yang merakamnya. Menjadi tugas polis membawa mereka yang bertanggungjawab.

Sekali lagi kalau ia dibawa ke mahkamah menyebabkan pakar 'forensik' dari luar akan di bawa untuk mengesahkannya keaslian watak-watak dalam video berkenaan.

Persoalan lain apakah kalau benar yang terlibat itu tokoh politik negara ini pihak berkuasa ada kuasa untuk mendakwanya?

Ini yang sedang ditunggu dan dinantikan penuh debaran dan kesalan. Boleh jadi pendakwaan akan dilakukan sekiranya dengan berbuat begitu pihak yang menguasai perundangan merasakan mereka mendapat untung darinya.

Game video lucah ini masih belum selesai. Masih banyak game overnya. Yang benar tetap akan dibenarkan walaupun macam mana sekalipun. [ttdi.kl 12:57 t/hari 01/04/11]

Monday, March 28, 2011

Susupan Petang

Dah Ada Pemimpin Pas Tonton Video Lucah? KATANYA sudah ada pemimpin Pas yang saksikan video lucah membabitkan Anwar Ibrahim. Kalaulah maklumat ini benar, sukar untuk dibayangkan apakah jadi lepas ini. Mungkin pemimpin Pas berkenaan sedia tonton kerana ingin kepastian. Dan sudah tentu pihak producer memilih hanya kalangan pemimpin Pas tertentu saja. Rasanya tidak semua pemimpin diundang untuk menyaksikan video berkenaan. Pemimpin yang sebelum ini tidak senang dengan tindak tanduk Anwar tentu akan berlarian untuk menyaksikannya bila dipelawa. Tetapi mereka yang taksub kepada Anwar akan menolak. Biarlah diupah mereka tidak akan menyaksikanya. Apa lagi mereka sama sekali tidak akan ditawar dan diajak untuk sama-sama menyaksikannya. Apakah wajar dalam keadaan sekarang untuk mana-mana pemimpin Pas menyaksikan video berkenaan? Sama ada untuk mengesahkan atau sebaliknya rasanya tidak wajar. Atas semangat setia kawan tidak elok kalau ada yang berlari untuk menyaksikan video berkenaan. Bila ada yang pergi tengok sudah pasti kesetiaan kawan mereka boleh dipertikaikan. Walaupun itu hak mereka tetapi dari sisi lain ia boleh dipersoalkan. Dalam keadaan sekarang apa juga boleh berlaku. Begitu juga dalam pihak musuh berusaha untuk memburukkan Anwar mereka boleh melakukan apa saja. Tindakan pemimpin Pas itu tentulah atas sifat peribadi. Ia tidak akan melibatkan Pas seluruhnya. Cuma apa yang hendak ditanya apakah keperluan mereka menonton video berkenaan. Kesimpulan mudah yang dapat saya katakan di sini kerana mereka meragui Anwar. Nah, kalau sudah meragu untuk apa mereka dalam keadaan tertentu mendamping Anwar? Wajar kalau mereka membuat keputusan menjauhi saja Anwar. Tetapi nampaknya dalam keadaan tertentu mereka cuba merapatkan diri dan menunjukkan sokongan kepada Anwar dan dalam masa lain pula memaki hamun dan menyesali Anwar. Apakah sikap dan tindakan demikian lebih munafik daripada apa yang dikatakan kepada Anwar. Saya sangat berharap pemimpin Pas yang menyaksikan video berkenaan selepas ini menjelaskan kepada Pas. Mereka kena jelaskan apa video berkenaan palsu atau original. Tidak ada gunanya kalau mereka menyaksikan tetapi tidak membuat sebarang penjelasan. Apanya untung dan rugi buat Pas. [wm.kl. 6:01 pm 28/03/11]