Monday, February 24, 2020

Untuk apa Anwar dan Guan Eng berkejar jumpa Mahathir?

RAMPASAN KUASA TERKINI

Foto dari MalaysiaGazette: Anwar tiba di pejabat
perdana menteri, tetapi patah balik. 
Terkini. Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berkejar untuk menemui Mahathir pada pagi ini. Untuk apa? Kalau Mahathir tidak bersedia untuk berjumpa, tentu mereka tidak bersusah payah untuk cari Mahathir.

Mulanya mereka ke pejabat PMO di Putrajaya, tetapi gagal menemui Mahathir di situ.


Mahathir diam di rumahnya di The Mines. Anwar dan Guan Eng berkejar pula ke The Mines pula untuk dapatkan Mahathir. Khabarnya Mahathir semalaman demam dan tidak larat untuk ke pejabat.  Semua acaranya pagi ini juga dibatalkan.

Persoalan sekarang, apa lagi yang ketiga mereka hendak bincang? Apakah Anwar dan Guan Eng merayu kepada Mahathir atau memberitahu Mahathir gagal untuk bentuk kabinet baru tanpa PKR pro Anwar, DAP dan Amanah? Atau pun mereka berdua hendak memberitahu, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan keselamatan negara terjamin?

Bagi Mahathir pula, dia masih menunjukkan sikap terbuka sedia berunding apabila sedia menerima Anwar dan Guan Eng itu? Ertinya masih ada setitik cahaya untuk meredakan keadaan yang ada. Kerajaan PH kini berada dalam zone merah, ICU. Yang pastinya rampasan kuasa yang dikoordinator oleh Azmin Ali masih belum berhasil. Wajar kalau Mahathir mempersoalkan wibawa Azmin dalam jenayah berkenaan.

Kalau ia berjaya, pasti tidak timbul Anwar dan Guan Eng berkejaran mencari Mahathir. Anwar dan Guan Eng boleh bersiap mengaturkan gerakan reformasi 2.

Yang hendak disoalkan sedikit kenapa dalam kejadian kejar mengejar perdana menteri itu tidak ikut sama Mohamad Sabu. Dimana presiden Amanah itu. Atau bagi Anwar, Mat Sabu tidak ada nilai langsung. Atau pun Anwar sudah berpuas hati dengan pendirian dan sikap Mat Sabu yang dikatakan menyokongnya?

Sebaik-baiknya pertemuan dengan Mahathir perlu dilibatkan ketiga pemimpin tertinggi parti itu. Jangan hanya babitkan dua pihak sahaja, PKR dan DAP. Nampak sangat bila Mat Sabu ditinggalkan Amanah tidak berkedudukan sebagai sebuah parti penentuan.

Jangan pula terkejut kalau Amanah berubah angin dan Mohamad Sabu membuat kenyataan yang bernada lain. Kena ingat Amanah adalah parti penyendak atau bertindak sebagai baji yang boleh mengemas dan melonggarkan kedudukan. Bersambung. [wm.kl.11:22 am 24/02/2020]

No comments: