Wednesday, July 8, 2020

Sidang parlimen bermula 13 Julai ini pasti hangat

ULASAN MALAM

SIDANG parlimen 13 Julai ini tentu menjadi perhatian umum. Sidang berkenaan adalah sidang kedua penggal ke tiga parlimen 14 dan merupakan sidang pertama selepas sidang pembukaan 18 Mei lalu dibawah kerajaan Perikatan Nasional.

Sidang pertama (pembukaan) yang mulanya dicadangkan berlangsung dalam tempoh panjang tetapi diadakan sekerat hari sahaja semata-mata untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendirinya. Pendemik Covid-19 dijalankan alasan memendekkan sidang.

Keadaan itu wujud ekoran berlaku pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada PN.

Agenda utama sidang 13 Julai adalah pelantikan Yang diPertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan baru bagi menggantinya Mohamd Ariff Md Yusuf dan Nga Kor Ming selaku timbalan yang diberhentikan.

Pengerusi SPR Azhan Azian Harun dan Azalina Othman Sid telah disebut-sebut akan menggantikan Arif dan Kor Ming. 

Setakat ini dua nma itu sahaja yang dinotiskan untuk pelantikan itu. Tidak ada nama daripada pihak pembangkang. Sebenarnya pembangkang tidak perlu menamakan sesiapa kerana Arif dan Kor Ming adalah daripada kelompok mereka.

Walaupun seorang lagi Timbalan Yang Dipertua, Rashid Hasnon daripada kelompok sama yang dilantik semasa kerajaan PH tetapi dia kekal kerana pengorbanan besarnya untuk sama-sama melakukan mengkhianat terhadap kerajaan PH.

Persoalan yang bermain dikepala kini, apakah cadangan melantik Azhar dan Azlina itu akan berjalan seperti dirancangkan? Apakah pihak pembangkang tidak melakukan sesuatu? Apakah usul menggugurkan Mohamad Arif dan Nga Kor Ming diluluskan apabila ia dibentangkan nanti?

Sehingga kini tidak ada pernyataan rasmi daripada kelompok pembangkang khususnya PH berhubung pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baru itu atau usul mengenai pengguguran Arif dan Kor Ming berkenaan. Apakah mereka menanti dan menunggu untuk bertindak apabila sidang dibuka kelak? Nampak begitulah...

Kalau ikut perkiraan biasa dan munasabahnya, pembangkang tentu akan bertindak dan membuat sesuatu di dewan nanti. Pelantikan Azhar dan Azlina itu pasti akan dipersoalkan dan dibahas hangit. Tetapi tidak dapat dipastikan persoalan dari sudut mana? Sisi mana akan dipersoal dan diperdebakatkan nanti.

Tindakan pembangkang kali ini agak aneh sedikit, kerana mereka seakan buat-buat tidak peduli dengan usul menukar Yang DiPertua dan seorang timbalan Yang Dipertua itu. Apakah pembangkang ada strategi lain yang lebih licit?

Yang tentunya ia bukan setakat membantah dengan cara bertindak memboikot dewan, keluar ramai-ramai seperti seirng dilakukan oleh pembangkang apabila tidak bersetuju dengan sesuatu usul penting. Umno dan Pas semasa menjadi pembangkang dahulu bertindak keluar dewa apabila tidak bersetuju dengan pelantikan Mohammad Arif sebagai Yang Dipertua Dewan dengan alasan dangkal.

Pembangkang mungkin ada cara lain dan teknik yang lebih serius dan berkesan lagi yang pasti akan dilakukan 13 Julai nanti. 13 Julai mungkin ada kejutan besar selain keriuhan yang huduh.

Sidang parlimen dalam normal baru ini juga akan membawa sidang itu kepada normal yang mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini. Ada pihak terutamanya yang mengharap kuasa dan mandat rakyat dapat dikembalikan, berharap sidang dewan itu akan berkemuncak (klimeks) dengan usul undi tidak percaya kepada Muhyuiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Hal ini saya fikir tidak akan terjadi kerana Muhyiddin kini sudah berada didahan kukuh sementara pembangkang pula masih berkecamukan sesama sendiri.

Walaupun notis usul undi tidak percaya tidak diserahkan dalam tempoh 14 hari, tetapi mungkin sudah difikirkan cara dan teknik lain, seperti menggagalkan apa-apa rang undang-undang yang memerlukan sokongan dua pertiga dewan atau sebagainya. Dengan cara itu juga parlimen boleh mengukuhkan apakah kedudukan Muhyiddin sebagai PM cukup nombor atau pun tidak.

Notis usul undi tidak percaya dibawa ahli parlimen Langkawi yang diserahkan kepada parlimen sebelum ini semasa Mohamad Arif mungkin sudah tidak valid lagi?  Ertinya sidang selama 15 hari bermula 13 Julai ini tanpa usul undi tidak percaya kepada perdana menteri.

Bagaimana pun yang pastinya sidang 13 Julai itu akan kecoh dan sangat mencemaskan pihak kerajaan. Menteri Dalam Negeri juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara, agar mengawal bangunan parlimen. Parlimen pula mengadakan SOP baru mengenai kehadiran di sidang parlimen.

Kehadiran pemerhati dibatas dan dihadkan. Kalau kerajaan tidak menjangkakan sesuatu buruk bakal berlaku, masakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuat arahan itu.

Kita sama-sama tunggu sidang parlimen 13 Julai nanti, pertarungan dan telatah politis yang boleh menyentuh perasaan kita selaku pemerhati mungkin menjadikan kita yang sudah loya-loya bunting muda ini menjadi jeluak pula menyaksikan sidang berkenaan. [wm.kl.8:17 pm 08/07/2020]

No comments: