Thursday, July 30, 2020

Usaha rampas kerajaan Warisan Sabah gagal, DUN bubar

NOTA PETANG

PEMBUBARAN DUN Sabah menyelamatkan kerajaan Shafei daripada ditumbangkan seperti mana kerajaan PH di peringkat Persekutuan. 

Kemelut politik Sabah meruncing sehari dua ini apabila Musa Aman berjaya mendapat sokongan beberapa orang Adun untuk bersamanya menumbangkan kerajaan Wairsan. Beberapa orang Adun termasuk daripada PKR, DAP dan Warisan dikatakan telah bersetuju untuk berpaling tadah dan bersama Musa Aman. 

Musa yang pernah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas Piraum lalu, kemudian dinafikan oleh Shafei mula menggerakkan agenda merampas kerajaan Warisan sebaik sahaja beliau dibebaskan daripada kesemua 47 pertuduhan pengubahan wang haram apabila selepas kerajaan PH ditumbangkan. 
Pembubaran DUN Sabah hari ini yang sudah pun diwarta (foto di atas) mengecewakan Musa Aman dan menjadikan lompatan beberapa Adun tidak berkesan dan mencapai matlamat. Khabarnya mereka yang berpaling tadah ditawarkan wang jutaan ringgit untuk belut dan meninggalkan kerajaan Warisan. 

Dalam pada itu tindakan Shafei memohon pembubaran DUN Sabah dianggap sebagai satu tindakan tepat dan bijak serta sekaligus telah menghalang Musa daripada kembali berkuasa. Tindakan itu juga dialu-alukan oleh sekutu Warisan, Pakatan Harapan (PH).  

PH dalam satu kenyataan menyatakan sokongan kepada Warisan dan mengencam tindakan Musa Aman itu. 

"Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya politik khianat yang dilakukan Musa Aman, PM, Menteri Dalam Negeri dan Perikatan Nasional serta tawaran sehingga RM32 juta seorang termasuk dengan tawaran jawatan timbalan menteri," kenyataan itu dipetik. 

PH juga menyifatkan tindakan Musa itu sebagai tidak mengutamakan kesihatan orang ramai berbanding usaha merebut pangkat dan kuasa. Kenyataan itu ditanda tangani Anwar Ibrahim, Mohammad Sabu dan Lim Guan Eng. 

Masing-masing kini sedang menanti pengumuman dan penetapan tarikh Pirake Sabah yang akan dibuat oleh SPR. Menurut perlembagaan pilihan raya akan diadakan dalam termpoh 60 hari. Insya-Allah kalau ada kesempatan dan kerajinan saya akan sorot perkembangan seterusnya dari masa ke semasa. [wm.kl.7:55 pm 30/07/2020]

No comments: