PENDAPAT
SEMUA orang mengakui antara alat propaganda sakti digunakan oleh pembangkang ketika itu (Umno dan Pas) untuk meretakkan kerajaan PH kemudian menumbangkannya ialah DAP.
Senjata propaganda itu dengan memomokkan DAP sebagai parti huduh dan jahat dengan agenda yang boleh menggugat kelestarian agama dan bangsa.
DAP diletakkan sebagai pesalah jenayah yang perlu dihukum dibawah Kanun Keseksaan 302, mati mandatori ditali gantung.
Tanggapan buruk dan huduh kepada DAP ini menjadi masalah besar buat parti itu sendiri dalam usaha menjadikan ia sebuah parti diterima rakyat berbilang bangsa untuk menjadi pemerintah.
Aspirasinya menjadikan Malaysian Malaysia tidak mudah tercapai kerana hambatan disebabkan persepsi itu. Sekaligus ia juga membebankan parti-parti rakannya dalam Pakatan Harapan (PH). PKR dan Amanah telah menanggung liabilitinya digelar sebagai parti tunggangan DAP.
Modal ampuh.
Kebetulan isu perkauman (rasis) dan agama menjadi modal ampuh dan lunak oleh politis Melayu, maka nasib DAP tambah buruk dan kotor. DAP digambarkan sebagai musuh bangsa dan agama oleh Melayu. Sampai DAP dianggap sebagai parti Komunis, sementara Komunisme pula menjadi rancun dan kebencian kepada bangsa Melayu yang sampai ke tulang hitam.
Walhal belum ada dosa-dosa besar yang nyata dilakukan parti klonan daripada PAP itu pimpinan Lee Kuan Yew itu sehingga menggugat keamanan negara. Prejudis kepada Kuan Yew serta sejarah dicatatnya membawa Tumasik keluar daripada Malaysia (1965) menghantui orang Melayu, padahal dalam keadaan tertentu diam-diam orang-orang Melayu sendirilah yang menyuburkan PAP dan alpa kepada tanah air menyebabkan PAP membawa lari Singapura daripada Semenanjung Melayu.
Tokoh atau pemimpin "supremo" DAP Lim Kit Siang dilihat sebagai kembar siam kepada Kuan Yew dan pewaris pusaka PAP di Malaysia. Justeru dalam konteks ini Lim Kit Siang sudah jadi liabiliti bukan lagi aset.
Kelemahan dan kejadian itu akhirnya dijadikan mitos, DAP pun dianggap konon akan berbuat perkara sama seperti PAP. Maka direkayasa sebegitu rupa dengan berlatarkan sejarah itu "membagarkan" bayangan menakutkan bagi menguasai orang Melayu, dengan naratif kononnya DAP akan tawan Selangor, Perak, Johor sesudah berjaya menawan Pulau Pinang sejak 2008.
Momokan itu dijelmakan oleh orang yang dangkal dan tidak fahami membaca "paksi dan tunjang" kuasa di Malaysia. Ia diterima sebagai benar pula oleh mereka yang tidak yakin diri dan tidak tahu mengolah riak dan gelora dalam politik. Padahal selepas keluarnya Temasik daripada Malaysia, (1965) sudah dibuat beberapa undang-undang atau dibina pagar-agar kejiwaan tebal bagi menjamin ia tidak berlaku lagi atau melarat sampai ke negeri lain. Dengan menyerah dan membebaskan Singapura itu juga adalah satu pagar dan ikhtiar keselamatan?
Selepas tragedi itu, kekuasaan politik Malaysia yang bertuankan Melayu diperkukuhkan lagi dengan beberapa pendekatan baharu. Hubungan dan jarak sosial politik di antara orang Melayu dengan Cina diperketatkan bagi tidak ada ruangan untuk melakukan sesuatu yang pernah berlaku itu. Strategi untuk membatasi kuasa atau undi Cina dilakukan. Salah satu ialah pemecahan kawasan pilihan raya dan menompokkan Cina di satu kawasan dan perbanyakan kawasan Melayu. Sedar atau tidak SPR yang bertanggungjawab ke atas proses pilihan raya telah memainkan peranannya sekaligus menjaga pengawal kuasa Melayu.
Tidak cukup dengan itu, ada Raja-Raja Melayu yang menjaga khazanah negara dan selebihnya keberanian semula jadi (amok) yang dimiliki oleh orang Melayu adalah modal pertaruhan besar dalam membendung hajat orang Cina untuk menjadi Malaysian Malaysia.
Begitu juga kedudukan institusi Raja-Raja digambarkan bahawa ia merupakan kuasa tertinggi dan penentu kepada hegemoni Melayu. Seretak dengan itu ketaatan dan penyanjungan orang Melayu kepada raja semakin kuat sehingga ada tercermin ciri-ciri ketahyulan.
Tali penyatu.
Agama adalah tiang dan tali penyatu Melayu. Bahasa adalah pengikat timbal memperkukuhkan persefahaman sesama sendiri. Selagi bangsa Melayu berpegang kepada tali agama dan pengikat timbal itu ia tidak akan berpecah dan musuh (syaitan) tidak berjaya menyusup masuk. Sebab itu diseru dan diseru dan diseru berkali-kali agar jangan berpecah belah untuk mengelakkan ruang dilolosi musuh.
Secara rasional dengan bergantung kepada semangat kebangsaan dan kitab kenegaraan (Perlembagaan) sepatutnya semua pihak tidak perlu gerun dengan DAP dan curigai khianat olehnya. Yang patut dilakukan ialah menambahkan kualiti kepimpinan orang Melayu dalam menguruskan perjuangan dan kerajaan.
Sebagai sebuah parti yang dikawal oleh peraturan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) segala pergerakan DAP berada dalam pengetahuan kerajaan. Setiap apa yang bakal dilakukan, dirancang akan dipantau oleh pihak keselamatan. Segala undang-undang dan prosedur yang ada tidak memberi ruang luas untuk DAP bertindak diluar garis undang-undang dan demokrasi seperti mana sering dibayangkan itu.
Justeru kebimbangan yang dicanangkan DAP akan menguasai negara ini tidak berasas dan berfakta konkrit. Oleh itu ia tidak perlu dibimbangkan sehingga menjadi phobia yang menyempitkan fahaman politik sehingga mendedahkan kedangkalan sendiri. Kalau pun ia berlaku bukan dengan cara undemocatic, tetapi menurut sistem demokrasi. Sekiranya ada apa-apa gerakan diluar undang-undang (undemocratic) untuk maksud itu pasti pihak keselamatan akan bertindak mengharamnya seperti pengharaman Parti Komunis Malaysia (PKM).
Makanya dengan segala strategi politik yang telah ditindak, DAP tidak mungkin dapat menguasai Malaysia apa lagi dengan beberapa faktor yang tidak mudah diporak perandakan, antaranya:
1. Selagi Melayu bersatu atas tali agama dan pengikat timbalan bahasa dan budaya. Selagi bangsa Melayu tidak bercanggah syahadat dan berbeza Kiblat, menukar Nabi, maka ukhwah dan perasaan Melayu masih utuh dan padu.
2. Selagi Raja-Raja yang menjadi pemegang kunci amanat bangsa tidak sedia untuk menjual diri dan menggadaikannya untuk kepentingan mereka seperti raja-raja zaman lapok, manakala Raja-raja juga tidak dapat berbuat apa-apa lebih daripada apa yang diperuntukan dibawah institusi raja berpelembagaan apa lagi mereka dikawal oleh Parlimen.
Bagaimana pun walaupun ada batas-batas itu yang meletakkan DAP tidak perlu dicurigai, namun parti itu tidak boleh berasa terselamat dengan situasi itu dan berasa menjadi sebuah parti yang normal seperti parti-parti Melayu. DAP perlu menerima tanggapan, persepsi dan propaganda menghuduhkannya itu memberi kesan dan implikasi kepada aspirasi politiknya bersama PH.
Menjadi tanggungjawab DAP mengurang persepsi berkenaan dan cuba menyakinkan rakyat (Melayu) bahawa segala dituduhan itu berniat jahat kepadanya dan membelakang demokrasi. Perlu berusaha sekeras mungkin menyakinkan bahawa partinya sama nilai dan kedudukan seperti Umno, Pas dan lain-lain sebagai sebuah pertubuhan siasah berdaftar yang dibenarkan perlembagaan.
Menyedari hakikat situasi dan penerimaan umum orang Melayu terhadap DAP sangat membimbangkan itu, maka parti itu perlu berbuat sesuatu bagi mengubah persepsi itu. Dalam hal ini saya melihat DAP bukan sahaja perlu mencari strategi untuk menepiskan segala itu secara lisan menerusi kenyataan dan penafian, tulisan makalah dan sebagainya, tetapi kena berbuat sesuatu yang praktikal dan mudah diterima dan diyakini orang Melayu. DAP kena mesra Melayu.
Ada beberapa langkah yang bagi saya DAP boleh mengatasi mengurangkan sangkaan buruk terhadapnya sekaligus boleh mengurangkan keraguan atau rasa tidak selesa Melayu kepada mereka yang seterusnya memberi kebaikan kepada PH.
1. DAP perlu mengorbankan serta membatasi amarah politiknya untuk menguasai seberapa banyak kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). DAP tidak boleh menjadikan kekuasaan itu sesuatu yang membanggakan. Tidak ada guna ia dibanggakan, memiliki kerusi banyak, tetapi tidak dapat mencapai matlamat politik bersama, apa lagi kalau kejayaan itu dicapai kemudian lenyap dalam masa yang singkat.
Justeru DAP kena melakukan beberapa perubahan dan pengorbanan. Kalau sebelum ini DAP telah melakukan pengorbanan menerima orang yang selamanya anti kepadanya, (Dr Mahathir Mohamad) sebagai regu, DAP juga dalam pilihan raya ke 15 kena melakukan satu lagi pengorbanan sebesar setanding itu.
Pengorbanan yang dimaksudkan perlu sedia mengurangkan pemilikan (kouta) kerusi yang diperuntukan kepada mereka dengan meletakkan calon Melayu.
Dalam Piraum ke-14 lalu DAP bertanding di 47 kerusi parlimen dan menang di 42 kerusi. Pencapaian DAP itu memperlihatkan kemuncak berlaku Tsunami Cina menyokong PH. Statistik dari kemenangan itu memberi gambaran menakutkan apabila daripada 47 kerusi itu hanya satu kerusi sahaja diwakili Melayu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Parlimen Raub).
Wakil tunggal MP Melayu itu tidak memberi keselesaan kepada orang Melayu dan pemerhati politik Melayu yang sudah diasak dengan phobia DAP akan jadi semakin takut. Dan kedudukan itulah dijadikan modal dan asas, diratib dan dikhtbahkan oleh Umno dan ustaz "takai cacing" Pas mengatakan PH ditunggangi dan dikuasai oleh DAP. Majoriti atau penguasaan penuh bukan Melayu di kerusi DAP itu ditambah pula dengan bilangan wakil rakyat bukan Melayu dalam PKR.
Sementera di kerusi DUN, seperti di Pulau Pinang dan Perak DAP hendaklah meletakkan sekurang-kurang lima orang calon Melayu.
Untuk ini DAP boleh mengambil bukan sahaja Melayu yang menjadi ahlinya, tetapi tokoh-tokoh politik Melayu dari berbagai profesional yang berada diluar partinya, yang bergabung dalam PH.
Tindakan atau pengorbanan itu boleh diperluaskan ke dalam organisasi parti itu, DAP boleh melantik ahli Melayunya ke jawatan-jawatan penting dalam organisasi kebangsaannya. Tindakan dan pengorbanan ini bertujuan mengurangkan persepsi yang DAP dikuasai sepenuhnya oleh bukan Melayu dan juga proses menuteralisasikan DAP daripada dianggap parti chauvinist Cina.
Selain itu DAP juga perlu bukan sahaja sedia mempelajari dan memahami, tetapi lebih menghayati budaya Malaysia yang berteraskan budaya dan tatabahasa Melayu terutamanya ketika dalam ruang awam dan parlimen. Wakil Rakyat DAP hendaklah sensitif kepada soal-soal adat dan budaya Melayu, syariah Islam walaupun adat dan budaya itu kadang-kadang sesuatu yang lapok atau tidak membangun nilai manusia. Mereka hendaklah mengelak seberapa boleh daripada menyentuh hal-hal itu.
Penampilan wakil DAP di parlimen dan Dewan Undangan Negeri, perlu mencerminkan ketamadunan bangsa Malaysia bukannya menggambarkan ketamadunan kaum Cina.
Slogan atau motto perjuangan Malaysian Malaysia juga perlu difikir kembali akan impak dan implikasi buruknya dalam minda orang Melayu. Malaysian Malaysia adalah warisan PAP Malaysian Malaya di zaman Lee Kuan Yew dahulu. Walaupun DAP berbeza dari segi nuansa dengan PAP, tetapi motto dan slogan itu seperti mengikat mati bahawa DAP adalah jemlaan PAP yang ditakuti oleh segelintir orang Melayu tanpa penghujung itu.
Mungkin DAP boleh mengubah kepada motto lain yang lebih damai, harmonis dan sesuai dengan peredaran masa dan ketika Melayu kini berpaling semula kepada asal mulanya setelah gagal bersaing secara sihat mengikut demokrasi dalam merebut kuasa. Juga tidak lupa untuk DAP menyalin para pemimpin tua mereka yang dilihat masih menguasai parti tersebut.
Kalau DAP dapat melakukan perubahan dan pengorbanan ini, phobia dan kewalangan terhadap apa yang terkait sama kepada PH itu boleh dikurangkan. Apakah DAP sedia dan sanggup berkorban dan mengalah demi keselesaan dan kemenangan? Kata orang berundur selangkah untuk maju beberapa langkah ke depan demi mencapai kemenangan, tidak salah dan itulah tindakan fatah. [wm. 12:11 pm 11/07/2020]
Senjata propaganda itu dengan memomokkan DAP sebagai parti huduh dan jahat dengan agenda yang boleh menggugat kelestarian agama dan bangsa.
DAP diletakkan sebagai pesalah jenayah yang perlu dihukum dibawah Kanun Keseksaan 302, mati mandatori ditali gantung.
Tanggapan buruk dan huduh kepada DAP ini menjadi masalah besar buat parti itu sendiri dalam usaha menjadikan ia sebuah parti diterima rakyat berbilang bangsa untuk menjadi pemerintah.
Aspirasinya menjadikan Malaysian Malaysia tidak mudah tercapai kerana hambatan disebabkan persepsi itu. Sekaligus ia juga membebankan parti-parti rakannya dalam Pakatan Harapan (PH). PKR dan Amanah telah menanggung liabilitinya digelar sebagai parti tunggangan DAP.
Modal ampuh.
Kebetulan isu perkauman (rasis) dan agama menjadi modal ampuh dan lunak oleh politis Melayu, maka nasib DAP tambah buruk dan kotor. DAP digambarkan sebagai musuh bangsa dan agama oleh Melayu. Sampai DAP dianggap sebagai parti Komunis, sementara Komunisme pula menjadi rancun dan kebencian kepada bangsa Melayu yang sampai ke tulang hitam.
Walhal belum ada dosa-dosa besar yang nyata dilakukan parti klonan daripada PAP itu pimpinan Lee Kuan Yew itu sehingga menggugat keamanan negara. Prejudis kepada Kuan Yew serta sejarah dicatatnya membawa Tumasik keluar daripada Malaysia (1965) menghantui orang Melayu, padahal dalam keadaan tertentu diam-diam orang-orang Melayu sendirilah yang menyuburkan PAP dan alpa kepada tanah air menyebabkan PAP membawa lari Singapura daripada Semenanjung Melayu.
Tokoh atau pemimpin "supremo" DAP Lim Kit Siang dilihat sebagai kembar siam kepada Kuan Yew dan pewaris pusaka PAP di Malaysia. Justeru dalam konteks ini Lim Kit Siang sudah jadi liabiliti bukan lagi aset.
Kelemahan dan kejadian itu akhirnya dijadikan mitos, DAP pun dianggap konon akan berbuat perkara sama seperti PAP. Maka direkayasa sebegitu rupa dengan berlatarkan sejarah itu "membagarkan" bayangan menakutkan bagi menguasai orang Melayu, dengan naratif kononnya DAP akan tawan Selangor, Perak, Johor sesudah berjaya menawan Pulau Pinang sejak 2008.
Momokan itu dijelmakan oleh orang yang dangkal dan tidak fahami membaca "paksi dan tunjang" kuasa di Malaysia. Ia diterima sebagai benar pula oleh mereka yang tidak yakin diri dan tidak tahu mengolah riak dan gelora dalam politik. Padahal selepas keluarnya Temasik daripada Malaysia, (1965) sudah dibuat beberapa undang-undang atau dibina pagar-agar kejiwaan tebal bagi menjamin ia tidak berlaku lagi atau melarat sampai ke negeri lain. Dengan menyerah dan membebaskan Singapura itu juga adalah satu pagar dan ikhtiar keselamatan?
Semasa mengadakan temuramah dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman tahun 1986 saya bertanya fasal Singapura, Tunku enggan mengulas dan hanya menyebut; "fasal Singapura tak payah kita berceritalah." Dari wajah Tunku ketika mengungkap kata-kata itu saya terkesan wajahnya tersapu dengan bayangan penyesalan terhadap apa yang berlaku yang tidak mungkin ditarik balik.
Selepas tragedi itu, kekuasaan politik Malaysia yang bertuankan Melayu diperkukuhkan lagi dengan beberapa pendekatan baharu. Hubungan dan jarak sosial politik di antara orang Melayu dengan Cina diperketatkan bagi tidak ada ruangan untuk melakukan sesuatu yang pernah berlaku itu. Strategi untuk membatasi kuasa atau undi Cina dilakukan. Salah satu ialah pemecahan kawasan pilihan raya dan menompokkan Cina di satu kawasan dan perbanyakan kawasan Melayu. Sedar atau tidak SPR yang bertanggungjawab ke atas proses pilihan raya telah memainkan peranannya sekaligus menjaga pengawal kuasa Melayu.
Tidak cukup dengan itu, ada Raja-Raja Melayu yang menjaga khazanah negara dan selebihnya keberanian semula jadi (amok) yang dimiliki oleh orang Melayu adalah modal pertaruhan besar dalam membendung hajat orang Cina untuk menjadi Malaysian Malaysia.
Begitu juga kedudukan institusi Raja-Raja digambarkan bahawa ia merupakan kuasa tertinggi dan penentu kepada hegemoni Melayu. Seretak dengan itu ketaatan dan penyanjungan orang Melayu kepada raja semakin kuat sehingga ada tercermin ciri-ciri ketahyulan.
Tali penyatu.
Agama adalah tiang dan tali penyatu Melayu. Bahasa adalah pengikat timbal memperkukuhkan persefahaman sesama sendiri. Selagi bangsa Melayu berpegang kepada tali agama dan pengikat timbal itu ia tidak akan berpecah dan musuh (syaitan) tidak berjaya menyusup masuk. Sebab itu diseru dan diseru dan diseru berkali-kali agar jangan berpecah belah untuk mengelakkan ruang dilolosi musuh.
Secara rasional dengan bergantung kepada semangat kebangsaan dan kitab kenegaraan (Perlembagaan) sepatutnya semua pihak tidak perlu gerun dengan DAP dan curigai khianat olehnya. Yang patut dilakukan ialah menambahkan kualiti kepimpinan orang Melayu dalam menguruskan perjuangan dan kerajaan.
Lim Kit Siang |
Justeru kebimbangan yang dicanangkan DAP akan menguasai negara ini tidak berasas dan berfakta konkrit. Oleh itu ia tidak perlu dibimbangkan sehingga menjadi phobia yang menyempitkan fahaman politik sehingga mendedahkan kedangkalan sendiri. Kalau pun ia berlaku bukan dengan cara undemocatic, tetapi menurut sistem demokrasi. Sekiranya ada apa-apa gerakan diluar undang-undang (undemocratic) untuk maksud itu pasti pihak keselamatan akan bertindak mengharamnya seperti pengharaman Parti Komunis Malaysia (PKM).
Makanya dengan segala strategi politik yang telah ditindak, DAP tidak mungkin dapat menguasai Malaysia apa lagi dengan beberapa faktor yang tidak mudah diporak perandakan, antaranya:
1. Selagi Melayu bersatu atas tali agama dan pengikat timbalan bahasa dan budaya. Selagi bangsa Melayu tidak bercanggah syahadat dan berbeza Kiblat, menukar Nabi, maka ukhwah dan perasaan Melayu masih utuh dan padu.
2. Selagi Raja-Raja yang menjadi pemegang kunci amanat bangsa tidak sedia untuk menjual diri dan menggadaikannya untuk kepentingan mereka seperti raja-raja zaman lapok, manakala Raja-raja juga tidak dapat berbuat apa-apa lebih daripada apa yang diperuntukan dibawah institusi raja berpelembagaan apa lagi mereka dikawal oleh Parlimen.
Oleh sebab itu DAP tidak perlu ditakuti secara histeria dan apa yang dibayang dan dibisikkan itu hanya propaganda politik yang mudah menewaskan mereka yang akal politiknya kementot. Bagi orang Melayu apa yang mereka perlu takuti bukan elemen luar seperti DAP itu tetapi elemen-elemen dalaman Melayu seperti perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri serta terlalu menjahiliahkan politik dan banyak mendebatkan soal khilafiah agama.
Bagaimana pun walaupun ada batas-batas itu yang meletakkan DAP tidak perlu dicurigai, namun parti itu tidak boleh berasa terselamat dengan situasi itu dan berasa menjadi sebuah parti yang normal seperti parti-parti Melayu. DAP perlu menerima tanggapan, persepsi dan propaganda menghuduhkannya itu memberi kesan dan implikasi kepada aspirasi politiknya bersama PH.
Menjadi tanggungjawab DAP mengurang persepsi berkenaan dan cuba menyakinkan rakyat (Melayu) bahawa segala dituduhan itu berniat jahat kepadanya dan membelakang demokrasi. Perlu berusaha sekeras mungkin menyakinkan bahawa partinya sama nilai dan kedudukan seperti Umno, Pas dan lain-lain sebagai sebuah pertubuhan siasah berdaftar yang dibenarkan perlembagaan.
Menyedari hakikat situasi dan penerimaan umum orang Melayu terhadap DAP sangat membimbangkan itu, maka parti itu perlu berbuat sesuatu bagi mengubah persepsi itu. Dalam hal ini saya melihat DAP bukan sahaja perlu mencari strategi untuk menepiskan segala itu secara lisan menerusi kenyataan dan penafian, tulisan makalah dan sebagainya, tetapi kena berbuat sesuatu yang praktikal dan mudah diterima dan diyakini orang Melayu. DAP kena mesra Melayu.
Ada beberapa langkah yang bagi saya DAP boleh mengatasi mengurangkan sangkaan buruk terhadapnya sekaligus boleh mengurangkan keraguan atau rasa tidak selesa Melayu kepada mereka yang seterusnya memberi kebaikan kepada PH.
1. DAP perlu mengorbankan serta membatasi amarah politiknya untuk menguasai seberapa banyak kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). DAP tidak boleh menjadikan kekuasaan itu sesuatu yang membanggakan. Tidak ada guna ia dibanggakan, memiliki kerusi banyak, tetapi tidak dapat mencapai matlamat politik bersama, apa lagi kalau kejayaan itu dicapai kemudian lenyap dalam masa yang singkat.
Justeru DAP kena melakukan beberapa perubahan dan pengorbanan. Kalau sebelum ini DAP telah melakukan pengorbanan menerima orang yang selamanya anti kepadanya, (Dr Mahathir Mohamad) sebagai regu, DAP juga dalam pilihan raya ke 15 kena melakukan satu lagi pengorbanan sebesar setanding itu.
Pengorbanan yang dimaksudkan perlu sedia mengurangkan pemilikan (kouta) kerusi yang diperuntukan kepada mereka dengan meletakkan calon Melayu.
Dalam Piraum ke-14 lalu DAP bertanding di 47 kerusi parlimen dan menang di 42 kerusi. Pencapaian DAP itu memperlihatkan kemuncak berlaku Tsunami Cina menyokong PH. Statistik dari kemenangan itu memberi gambaran menakutkan apabila daripada 47 kerusi itu hanya satu kerusi sahaja diwakili Melayu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Parlimen Raub).
Wakil tunggal MP Melayu itu tidak memberi keselesaan kepada orang Melayu dan pemerhati politik Melayu yang sudah diasak dengan phobia DAP akan jadi semakin takut. Dan kedudukan itulah dijadikan modal dan asas, diratib dan dikhtbahkan oleh Umno dan ustaz "takai cacing" Pas mengatakan PH ditunggangi dan dikuasai oleh DAP. Majoriti atau penguasaan penuh bukan Melayu di kerusi DAP itu ditambah pula dengan bilangan wakil rakyat bukan Melayu dalam PKR.
Untuk ini, pada pilihan raya akan datang DAP perlu berkorban dengan meletakkan lebih ramai calon Melayu di kerusi parlimen khususnya di kawan-kawasan majoriti Cina dan kubunya seperti di Kepong, Seputeh, Segambut atau Bukit Bintang. Begitu juga daripada jumlah kerusi parlimen diberikan kepada DAP, sekurang-kurang 10 persen hendaklah dari kalangan orang Melayu.
Sementera di kerusi DUN, seperti di Pulau Pinang dan Perak DAP hendaklah meletakkan sekurang-kurang lima orang calon Melayu.
Untuk ini DAP boleh mengambil bukan sahaja Melayu yang menjadi ahlinya, tetapi tokoh-tokoh politik Melayu dari berbagai profesional yang berada diluar partinya, yang bergabung dalam PH.
Tindakan atau pengorbanan itu boleh diperluaskan ke dalam organisasi parti itu, DAP boleh melantik ahli Melayunya ke jawatan-jawatan penting dalam organisasi kebangsaannya. Tindakan dan pengorbanan ini bertujuan mengurangkan persepsi yang DAP dikuasai sepenuhnya oleh bukan Melayu dan juga proses menuteralisasikan DAP daripada dianggap parti chauvinist Cina.
Selain itu DAP juga perlu bukan sahaja sedia mempelajari dan memahami, tetapi lebih menghayati budaya Malaysia yang berteraskan budaya dan tatabahasa Melayu terutamanya ketika dalam ruang awam dan parlimen. Wakil Rakyat DAP hendaklah sensitif kepada soal-soal adat dan budaya Melayu, syariah Islam walaupun adat dan budaya itu kadang-kadang sesuatu yang lapok atau tidak membangun nilai manusia. Mereka hendaklah mengelak seberapa boleh daripada menyentuh hal-hal itu.
Penampilan wakil DAP di parlimen dan Dewan Undangan Negeri, perlu mencerminkan ketamadunan bangsa Malaysia bukannya menggambarkan ketamadunan kaum Cina.
Slogan atau motto perjuangan Malaysian Malaysia juga perlu difikir kembali akan impak dan implikasi buruknya dalam minda orang Melayu. Malaysian Malaysia adalah warisan PAP Malaysian Malaya di zaman Lee Kuan Yew dahulu. Walaupun DAP berbeza dari segi nuansa dengan PAP, tetapi motto dan slogan itu seperti mengikat mati bahawa DAP adalah jemlaan PAP yang ditakuti oleh segelintir orang Melayu tanpa penghujung itu.
Mungkin DAP boleh mengubah kepada motto lain yang lebih damai, harmonis dan sesuai dengan peredaran masa dan ketika Melayu kini berpaling semula kepada asal mulanya setelah gagal bersaing secara sihat mengikut demokrasi dalam merebut kuasa. Juga tidak lupa untuk DAP menyalin para pemimpin tua mereka yang dilihat masih menguasai parti tersebut.
Kalau DAP dapat melakukan perubahan dan pengorbanan ini, phobia dan kewalangan terhadap apa yang terkait sama kepada PH itu boleh dikurangkan. Apakah DAP sedia dan sanggup berkorban dan mengalah demi keselesaan dan kemenangan? Kata orang berundur selangkah untuk maju beberapa langkah ke depan demi mencapai kemenangan, tidak salah dan itulah tindakan fatah. [wm. 12:11 pm 11/07/2020]
No comments:
Post a Comment