Sunday, August 1, 2021

Raja-Raja Melayu perlu berperanan demi negara

RENCANA AHAD

Gambar fail: Majlis persidangan Raja-Raja.
SESUNGGUHNYA negara kita sekarang ini berada dalam keadaan sangat tidak kondusif, harubiru. Keadaan seburuk hari ini belum pernah berlaku sejak negara ini wujud secara perlembagaan lebih 64 tahun lalu. 
Hatta keadaan seperti hari ini juga tidak berlaku dizaman negara ini dibawah penjajah British dan Jepun bernama Tanah Melayu.  
Keadaan yang ada hari ini juga merupakan ujian terbesar kepada semua rakyat negara ini untuk menjamin Malaysia terus utuh sebagai sebuah negara berdaulat dan dihormati di mata dunia serta membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang dilepaskan oleh kolonalisme berjaya menguruskan diri mereka sendiri. Apakah sejak negara mendiri 64 tahun lalu kita pernah melalui keadaan segetir hari ini?

Ada tiga faktor atau sebab yang meletakkan keadaan negara sangat getir dan berpotensi menghadapi kehancuran lebih teruk dengan apa yang berlaku hari ini. Tiga faktor itu ialah, krisis politik, ancaman pandemik dan hilang keyakinan rakyat (lost confidence).


1. Krisis politik.

Kita sekarang ini berada dalam kolam api krisis politik. Krisis ini berlaku apabila parti yang mendapat kepercayaan rakyat (PH) dalam Piraum ke-14 dinafikan hak mereka oleh pengkhianatan yang dilakukan menerusi kudeta. Rampasan kerajaan Persekutuan (kudeta) itu adalah pertama kali berlaku sejak 66 tahun lalu ketika kerajaan Persekutuan masih berfungsi.
 
Bermula dari situ, sistem demokrasi kita mulai pincang dan tidak teratur lagi. Kita gagal menenangkan keributan gara-gara kudeta itu. Politik kita terus berombak dan beralun dengan api dendam dan geram untuk menebus kerajaan yang hilang menyala-nyala berterusan hingga kini.

Politik menjadi cemar dan kotor, hitam dan hamis huduh dan celaka. Sistem demokrasi juga seperti tidak dihormati lagi. Masing-masing pemuka politik menegakkan benang basah. Mereka bertegang leher bukan menegakkan kebenaran demi rakyat tetapi mempertahan kebatilan demi tembolok. Ini menjadi rakyat yang tidak berdosa dan mereka yang memahami politik demokrasi yang asasnya untuk kebaikan, jadi kecewa dan hampa serta hilang kepercayaan.

Krisis ini turut menjadi para pemain politik, kotor dan cemar (celaka) apabila mereka telah menjadikan diri dan kedudukan selaku wakil rakyat sebagai bahan dagangan atau aset untuk kepentingan diri bagi memuaskan nafsu sekarakah. Mereka yang dipilih rakyat dalam pilihan raya membuat keputusan tanpa merujuk kepada rakyat lagi. Mereka menjadikan kemenangan itu hak mereka peribadi. Mensodomi kepercayaan pengundi. Cis. 

Mereka tidak lagi menjadikan jawatan dan maruah diri meneruskan perjuangan yang mereka ikrar dalam perlembagaan dan manifesto parti yang mereka sertai. Mereka tidak lagi meletakkan perjuangan sebagai asas berpolitik yang murni. 

Mereka ini sanggup melompat meninggalkan parti hanya semata-mata untuk menyertai parti yang boleh memberikan mereka jawatan. Jawatan menjadi matlamat mereka. Tindakan ini mereka digelar "katak" haiwan dua alam (amfibia) yang suka melompat dan hidup dua alam. Tanpa disedari apabila pemain politik (wakil rakyat) sudah dianologikan sebagai haiwan ia sebenarnya sangat-sangat hina. Tetapi bagi mereka terlibat seperti tidak terkesan dengan penghinaan itu malahan dianggap suatu trend. Orang-orang ini adalah yang tidak ada roh perjuangan langsung.  

2. Pandemik

Pandemik Covid-19 yang mula mengancam negara ini awal tahun 2020 sedang memberi dampak yang buruk. Bukan sahaja jumlah kehilangan nyawa sudah ribuan, dan akan bertambah saban hari, tetapi pandemik itu juga memberi implikasi sampingan lain yang parah. Disebab pandemik ini rakyat menghadapi kesan psikologi dan sosial yang parah, apabila ada keluarga menjadi mangsa (maut), kehidupan melarat kerana kesan ekonomi, kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Mereka harus bertarung dalam kemelut ini dalam masa yang entah bila berhujung. 

Pandemik juga menjadikan masalah sosial yang berbagai, kegagalan usaha untuk menangani  menjadikan ia tambah buruk mencemaskan. Belum kelihatan cahaya di hujung terowong untuk melihat bencana ini akan berakhir, realitinya kemelut makin berserabut dan bersimpul. 

3. Rakyat hilang kepercayaan. (Lose confidence).

Kesan atau turutan daripada dua faktor itu rakyat hilang kepercayaan (lost confidence). Ini menyebabkan kerajaan yang ada hari ini bukan lagi disokong dan didokong oleh rakyat sebaliknya dicemuh dan dibenci. Bagi sesebuah kerajaan, apabila mereka tidak diberikan sokongan dan semangat mereka tidak mungkin dapat melaksanakan apa-apa yang dirancangkan meskipun baik. Jadilah kewujudan mereka seada-ada sahaja, sebagai tunggul atau atau mumia.   

Kerajaan yang demikian tidak akan dapat berfungsi, memberi faedah untuk rakyat dan negara, cuma ia bermanfaat kepada mereka menjadi anggotanya secara peribadi apabila mereka dapat manfaat imbuhan serta puas nafsu kerana berjaya menghalang orang lain daripada mengambil tempat mereka sebagai kerajaan. Apakah kejayaan seperti itu sesuatu yang boleh dibanggakan?

Disebabkan tiga faktor dan senario itu negara berada dalam keadaan amat parah. Ini memerlukan suatu tindakan atau pun selosi diluar fikir bagi mengatasinya. Sehubungan itu satu makenisme perlu difikirkan untuk membawa negara dan rakyat keluar dari bencana dan bahana. 

Peranan dan tanggungjawab Raja-Raja.

Dalam hal ini pada hemat saya sudah sampai masanya untuk menyelesaikan masalah dihadapi negara ini termasuk memimpin kerajaan tidak lagi diserahkan kepada orang politik. Dengan krisis atau kemelut yang berlaku tanpa tanda tamat ini sudah jelas bahawa orang politik bukan penyelesai yang baik. Orang politik gagal menunjukkan wibawa dan ilmu berpolitik mereka untuk menangani isu negara. Politik bukan makenisme penyelesaian.

Baik di pihak memegang kerajaan maupun pembangkang mereka gagal untuk mengatasi kemelut negara yang sangat meruncing kini.

Justeru golongan atau ahli politik tidak lagi boleh diharapkan untuk mengatasi masalah negara yang sedang tenat ini. Golongan politik tidak boleh diharap lagi untuk mengubati negara. Mereka bukan penawar ampuh. Walaupun dalam politik itu terdapat pelbagai pakar; undang-undang, geologi,  sejarahwan, arsitek, doktor, agamawan dan lain-lain semua sama sahaja. 

Perlu diketahui lantaran sikap dan ulah merekalah menyebabkan negara berada dalam kancah hari ini. Kebabilan dan "kedediran" mereka gila kuasalah yang telah menjadi balak dan neraka kini. Perebutan kuasa, konspirasi, provokasi dan sebagainya terus dimainkan sampai pandemik juga dijadikan alat dan modal demi kuasa. 

Parlimen yang merupakan "rumah" tempat menggubal undang-undang sudah tidak dihormati lagi. Parlimen kini menjadi buruk dan busuk, tidak berperaturan, hilang kemuliaan dan keagungannya disebabkan ulah anggotanya. Di situ mereka boleh bertempik sesuka hati, peraturan dilanggar semahunya. Ahli politik hilang moral dan pekerti. Penjaga pintu parlimen pula bertindak seperti orang buta huruf tidak tahu membaca undang-undang dan peraturan, sanggup pula mengelirukan dewan. Parlimen sudah jadi macam kandang lembu atau babi membusukkan.

Justeru perlu makenisme atau institusi lain untuk membaiki keadaan ini. Institusi yang saya maksudkan ialah Raja-Raja Melayu. Ini sahajalah institusi yang boleh diberikan kepercayaan dan harapan untuk membaiki dan memulihkan keadaan negara, khas dari aspek pentadbiran. Mungkin tidak ada peruntukan undang-undang memberi kuasa sebesar kepada institusi tertua ini tetapi Raja-Raja boleh menggunakan kedaulatan yang ada kepada mereka.  

Sudah sampai masanya Raja-Raja Melayu mengambil peduli dan memainkan peranannya. Rakyat perlu membelakang amalan yang dipegang dan amalan demokrasi selama ini untuk memberi kepercayaan kepada Raja-Raja Melayu. Menyerah perkara ini kepada Raja-Raja bukan bermakna kita mahu mengembalikan pemerintahan berRaja (feudal, monarchical government) tetapi hanya sekadar untuk menjadi penyelesai kepada kemelut yang berlaku.

Apabila sistem demokrasi, institusi parlimen gagal (kerana disekat dan dicabuli serta tidak dihormati) bagi merungkai apa yang sedang berlaku kini, maka kuasa mutlak Raja-Raja Melayu (kuasa terlindung) boleh dipergunakan dan perlu dipergunakan. Semua rakyat harus akur dan sedia memahami untuk memperlakukan ini. Apakah Raja-Raja Melayu ada kuasa untuk bertindak? Jawabnya subjektif bergantung kepada pentafsiran. Dalam hal ini mungkin kita memerlukan kepada suatu "konvensyen" baru. 

Bagi pemulaan untuk menjayakan perkara ini Raja-Raja Melayu boleh memanggil semua ketua-ketua parti politik yang ada wakil dalam parlimen untuk duduk bersama bagi membincang dan mennghadam pandangan raja-raja nanti. Perbincangan secara bersemuka ini lebih sempurna daripada cara pertemuan atau panggilan menghadap dilakukan secara berasingan seperti sebelum ini. 

Dalam perjumpaan atau majlis itu nanti ini semua kesembilan Raja-Raja Melayu hendaklah diundang dan berangkat. Yang diPertuan Agong bertindak menjadi pengerusi. Di dalam majlis ini nanti boleh dicadangkan atau kemukakan cadangan berupa solusi daripada Raja-Raja untuk menyelesaikan atau menghentikan kemelut yang berlaku kini.

Cadangan itu mungkin menggantungkan kerajaan kini dengan digantikan kerajaan sementara (interim). Cara ini  adalah mungkin satu formula terbaik. Kerajaan intrem ini hendaklah dianggota oleh semua ketua-ketua atau presiden parti yang ada. Jangan kecualikan mana-mana ketua atau presiden parti termasuk mereka yang sedang berhadapan dengan perbicaraan. Hal itu jangan dijadikan alasan, kerana ia bersifat peribadi selagi belum dihukum. 

Untuk dilantik menjadi perdana menteri terserah atas budibicara dan hemat Yang diPertuan Agong. Serahkan kepadanya atas persetujuan raja-raja secara mutlak. Cuma Mahiaddin Yassin, Dr Mahathir Mohamad elakkan daripada dipilih kerana mereka tidak pantas atau relevan lagi untuk diangkat menjadi perdana menteri meskipun intrem. Ini memandangkan mereka terikat dalam kategori masalah ketiga tadi; hilang kepercayaan dan penghormatan rakyat. 

Apabila Yang di-Pertuan Agong telah memilih mana-mana individu dari mana-mana parti semua pihak hendaklah akur dan menerimanya tanpa dolak dalih. Adapun tugas dan tanggungjawab perdana menteri intrem ini bertanggungjawab langsung kepada Raja-Raja Melayu yang memiliki kerajaan interim itu.

Kita percaya dan yakin formula ini akan diterima semua orang yang cintakan damai dan sayangkan negara dan dapat menjadi solusi terbaik. Mereka yang tidak ada perasaan itu, buatlah apapun mereka akan menentang dan menolaknya kerana mereka sesungguhnya anasir jahat buat negara. Wallahu'alam. [12:11 pm 01/08/2021].

No comments: