Friday, February 9, 2024

Nik Elin dan anak menitikkan garis sempadan

ULASAN SEGERA

Nik Elin dan anakandanya.
MAHKAMAH Rayuan Putrajaya hari ini telah menerima bantahan dibuat oleh seorang peguam wanita Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap 16 peruntukan dalam enakman Syariah Negeri Kelantan 2019.

Keputusan itu dibuat oleh sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan 8-1. Lapan hakim bersetuju menerima bantahan Nik Elin dan seorang sahaja menolak.

Antara perkara yang diterima mahkamah untuk dimansuhkan ialah berhubung, peruntukan yang dianggap tidak sah, ialah mengenai pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).

Kesalahan jenayah syariah lain yang menjadi pertikaian dalam permohonan itu ialah memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu (Seksyen 34), mabuk (Seksyen 36), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45), dan penyalahgunaan label halal (Seksyen 42). Bagaimana pun dua perkara ini dikekalkan.

Dua peruntukan dikekalkan membabitkan penyerahan anak kepada orang bukan Islam atau Muslim yang rosak akhlaknya (Seksyen 13), dan perkataan yang boleh memecahkan keamanan (Seksyen 30). Petisyen Nik Elin itu tidak diterima total menggambarkan bahawa Mahkamah menitik beratkan kepada keadilan. 

Penerimaan Mahkamah terhadap petisyen Nik Elin ini sudah pasti mengecewakan golongan politik khasnya Pas dan golongan "senak Islam" lain yang cuba mengeksplotasikan isu itu untuk kepentingan mereka.

Semalam Pas telah membuat kerahan umum agar orang ramai hadir berhimpun di Putrajaya bagi mendengar bicara bantahan itu. Dan mereka yang mudah diperalatkan tanpa memeriksa hujung pangkal datang beramai-ramai atas keyakinan apa yang mereka perjuangkan itu benar. Datang berselawat, bertasbeh dan berdoa dengan harapan hakim terpengaruh dengan aksi politik murahan mereka. 

Kehadiran mereka itu kononnya untuk membela enakmen berkenaan yang ditafsirkan cabaran (petisyan) terhadap enekman berkenaan sebagai cuba mengancam kedaulatan Islam di negeri ini. Pempetisyen dianggap sebagai sekular, anti Islam dan jahil. Mereka tidak membaca apa tersumbat dalam sanubari Nik Elin sebagai pengamal undang-undang dengan tindakannya itu.  

Pembatalan 16 peruntukan itu memberi kesan negatif kepada parti berkenaan yang memerintah Kelantan. Ia juga memalukan bila mana pembatalan itu berlaku kerana menunjukkan kekhilafan nyata pihak kerajaan yang sepatutnya tidak berlaku.

Bahawa pembubalan ekanmen berkenaan ketika di buat ia tidak mengikut semangat Perlembagaan Negara yang berkedudukan lebih tinggi daripada kedudukan kuasa negeri-negeri. Tampak sekali penggubalannya dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengambil kira pandangan sesetengah pakar perundangan dan lebih kepada syok sendiri.

Sebelum ini sudah pun ada pihak menjelaskan bahawa apa-apa enakmen yang hendak digubal diperingkat DUN hendaklah tidak bertentangan dengan Perlembagaan negera, jika tidak ia akan menghadapi implikasi seperti berlaku ke atas enakmen berkenaan itu.

Apa yang berlaku hari ini merupakan balasan kepada pihak penggubal undang-undang berkenaan (kerajaan Kelantan) yang enggan mematuhi Perlembagaan negara dan bertindak mengikut akal mereka sendiri. Bak kata orang ikut rasa badan binasa, ikut kepala sendiri maka terkucil sambil berlari. 
Bagaimana pun penerima bantahan Nik Elin itu menimbulkan kemarahan oleh pendukung Islam ala Pas. Perkara itu akan digunakan oleh Pas dan golongan memperjuangkan Islam secara saborono tanpa mempedulikan undang-undang sebagai satu bentuk serangan ke atas kedaulatan Islam di negeri ini dilakukan oleh Nik Elin. Perkara berkenaan akan dijadikan isu popular dalam pilihan raya akan datang. 

Ekoran itu ia juga akan ikut sama mengheret Kerajaan Madani hari ini sebagai bersekongkol dengan keputusan hakim itu. Dengan mudah mereka akan menuduh kerajaan tiada inesiatif untuk "menasihat" mahkamah agar membenarkan menolak petisyen Nik Elin. 

Justeru jika itu terjadi, adalah wajar bagi kerajaan untuk memantau dan bertindak kepada mana-mana pihak yang cuba melanggar keputusan Mahkamah itu yang memperalatkan khalayak agar bersama mereka. Kerajaan jangan bersikap "tak apa" kali ini, sebalik perlu bertindak lebih tegas. Mana-mana pihak pun yang cuba mengeksploitkan agama sebagai isu politik perlu ditindakan. 

Perbuatan mereka hendaklah dibanteras. Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) khususnya dan agensi bersangkut perlu bergabung dalam satu unit khas untuk bentuk skuad bagi membenteraskan fenomena ini. 

Dalam pada itu, kepada pejuang Islam baik dari parti politik dan NGO serta pertubuhan sosial lain, mereka tidak perlu gusar dengan apa diputuskan mahkamah hari ini. Jika mereka mempunyai keazaman dan daya ikhlas tinggi untuk menegakkan Islam dengan mengwujudkan syariah Islam, mereka perlu berbuat sesuatu yang praktikal dan rasional. Tindakan mereka hendaklah selari dengan kanun kitab negara.

Dalam hal ini mauduk utama ialah meminda perlembagaan untuk diselaraskan dengan kuasa Dewan-Dewan Negeri dalam menggubal undang-undang dan enakmen terutamanya bersabit hal ehwal Islam.

Untuk itu pembangkang perlu menguasai parlimen 2/3 bagi membolehkan pindaan perlembagaan di fasal fasal tertentu boleh dipinda. Selagi perlembagaan Persekutuan tidak diselaraskan, maka pengubalan undang-undang diperingkat negeri yang bertentangan, hanya sia-sia sahaja, melainkan ia sengaja dilakukan untuk dijadikan polimek dan isu politik yang rangup.

Selain itu, pembangkang boleh mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di parlimen, meminta parlimen meminda mana-mana fasal dalam perlembagaan yang menghalang penggubalan undang-undang seperti enakmen syariah itu.

Dalam sidang akan datang, hendaknya ada wakil rakyat pembangkang membawa RUU untuk tujuan itu. Sebelum ini RUU bagi tujuan bermaksud sama, meminda perlembagaan bagi memartabatkan mahkamah syariah telah pun dibentang, ketika Tok Dor Haji jadi ketua pembangkang,

Sayangnya, ia setakat dibentang tetapi tidak dibincangkan. Hal sama, RUU berhubung pindaan perlembagaan lebih konkrit bagi membolehkan Dewan-Dewan Undangan Negeri gubal undang-undang seperti Enakmen Syariah Kelantan itu dikemukakan nanti.

Kepada Nik Elin dan anakandanya, kita ucapkan terima kasih kerana telah menitik sesuatu yang sebelum ini samar-samar dan kabur. Dengan adanya keputusan mahkamh rayuan hari ini, maka hal sama tidak berulang di kemudian hari dan akan menjadi precedent.  Peranan mahkamah rayuan itu ialah meletakkan mentara dan sempadan perundangan di antara Persekutuan dengan negeri, tidak lebih dari itu.

Kepada pendokokong Islam yang diperalatkan oleh penguasa politik tertentu, usah salah dan kecam Nik Elin dan anaknya kerana mereka hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai warga negara Malaysia sahaja dalam mendapat keadilan mengikut lunas undang-undang. Dari satu sisi kita berterima kasih atas keberanian mereka berdua. Dari lebih 2 juta rakyat Kelantan keberanian itu hanya ada kepada mereka. 

Juga jangan sesekali cuba mempertikaikan keputusan hakim Mahkamah Rayuan itu kerana mereka membuat keputusan berdasarkan prinsip perundangan yang dalam pengetahuan mereka. Dibimbangan jika terlalu berani sangat menegurnya nanti dikenakan contempt of court. [wm.kl. 10:47 am 09/02/2024]

No comments: