ULASAN
Mahiaddin diumum PM ke-11 |
Bukan itu sahaja menurutnya, Mahiaddin juga diusulkan oleh para perwakilan agar dinamakan sebagai perdana menteri ke-11. Tampaknya walaupun tidak berapa sihat, Mahiaddin masih lagi berminat untuk menjadi perdana menteri, bagi menyamai rekod Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM dua kali.
Pun begitu perkembangan dalam Bersatu itu ditanggapi oleh pemerhati politik dengan berbagai spekulasi. Ramai percaya bahawa Mahiaddin sudah "tidak tasa" berkeupyaan untuk menjadi PM. Ada pun penamaan dan penobatan beliau itu adalah sebagai persiapan untuk tokoh lain menggantinya? Mahiaddin hanyalah topengan sahaja.
Siapa pengganti Mahiaddin? Yang sahihnya ia bukan timbalan presiden sekarang Mejah Zainuddin, kerana kalau Mejah dipersetujui untuk mengganti Mahiaddin maka tidak berlakulah kekecohan dalam perhimpunan agung parti tersebut sampai hampir berlaku tumbuk menumbuk, bergocah. Persoalannya apakah sebab musabab maka Mahiaddin tidak mahu mendukong Mejah?
Ekoran itu berlakulah kekecohan luar biasa dalam mesyuarat itu, apabila dua kumpulan macam persembahan dikit barat atau bola sepak, jerit menjarit. Satu kumpulan mahukan Mahiaddin berundur, "turun Mahiaddin turun..." dan satu lagi menjerit mempertahankan Mahiaddin, "hidup Abah hidup Abah.." Gema kekuatan jeritan sama banyak. Siapa dan dari kumpulan manakah yang mahukan Mahiaddin berundur itu?
Mahiaddin dan Mejah angkat tangan tanda sengketa. |
Keadilan juga tidak mungkin terlibat kerana parti itu sudah kehilangan pakar surat layang dan tokoh provokator sudah bertahun lalu. Kerana itu sangat diyakini surat layang mengusik Mejah itu datang daripada dalaman parti Bersatu sendiri.
Apabila berlaku jerit menjerit dan pendedahan oleh Mahiaddin ada usaha mengumpul tanda tangan untuk menjatuhkannya, boleh disifatkan bahawa pertembungan sengit berlaku dalam Berstau kini diantara puak presiden dengan timbalan presiden. Pertembungan itu menunjukkan parti itu juga sedang dalam keadaan retak menanti belah. Langit sudah menguruh menunggu hujan saja lagi. Kepercayaan di kalangan mereka juga musnah.
Apa yang berlaku memberi petunjuk yang Bersatu tidak sebuah parti yang stabil dan tenteram. Ia sesuai ubah nama menjadi parti Berpecah. Sifat itu sesuai dengan ia sebagai parti serpihan Umno. Perebutan kuasa untuk menerkam mahkota di langit, berlaku dalam Bersatu. Walaupun apa yang berlaku itu dianggap perkara biasa dan dinafikan oleh pemimpin parti itu, ia tidak dapat disembunyikan lagi dengan apa yang terjadi itu. Usaha itu sia-sia sahaja seperti melindungi bangkai gajah dengan pelepah nipah.
Dipercayai pertembungan dan perebutan kuasa dalam Bersatu tidak akan sendik, pulih dan ia akan berterusan sehingga pilihan raya akan datang. Situasi itu akan menyulitkan, bukan sahaja buat Bersatu untuk menghadapi pilihan raya, tetapi ia juga turut sama menjadi rakan utamanya Pas serba salah dan berpeluang membuat semakan semula persepakatan menerusi PN.
Apakah dalam situasi ini Pas akan mengambil kesempatan untuk memajukan rancangannya untuk bertanding secara bersendirian dalam pilihan raya akan datang? Pas sudah merancang akan bertanding sendiri dalam pilihan raya akan datang. Pandangan dari kalangan ahlinya berbelah bagi mengenai hal ini, majoritinya bersetuju kalau Pas bertanding secara solo. Dengan pencapaian dan kekuatan yang ada, parti itu menang dengan jumlah kerusi terbesar (43 kerusi), Pas mulai merasa bongkak dan besar kepala.
Tidak salah kalau Pas merasa demikian kerana ia adalah suatu hakikat. Sewajarnya kalau mengikut prinsip dan rukun demokrasi mana-mana parti mendapat kerusi terbanyak ia berhak untuk membentuk kerajaan. Seharusnya dengan 43 kerusi Pas yang jadi pelopor untuk membentuk kerajaan selepas Piraum ke-15 lalu. Namun kerana Pas gagal bertindak menjadi master mind, mengumpulkan 69 kerusi lagi menjadi 112, peluang dimiliki Pas itu terlepas begitu sahaja. Pas juga terlalu jujur dengan demokrasi, sehingga kejujuran itu meruginya.
Justeru dengan berpegang dan yakin dengan pencapaian itu, Pas mula membuat congakan baharu untuk pilihan raya akan datang. Parti agama itu berkira-kira akan bertanding bersendirian dengan harapan mengekalkan 43 kerusi disamping menambah dua tiga kerusi lagi untuk sekali lagi menjadi parti yang menang dengan jumlah kerusi terbanyak.
Bermodalkan itu nanti, kali ini Pas akan menjadi master mind, mengapalai pembentukan kerajaan. Kali ini Untuk itu Pas akan jadi lebih terbuka serta sedia melupai soal idealimse, soal prinsip, sebaliknya akan menjadikan aset itu untuk untuk mengepalai pembentukan kerajaan? Pas tidak akan melepaskan peluang ini. Yang patut Pas utamakan ialah menjadi kerajaan kerena dengan menjadi kerajaan banyak perkara yang Pas dapat lakukan.
Maka kita yakin keadaan kucar kacir, perebutan jawatan berlaku dalam Bersatu kini akan dijadikan alasan kepada Pas untuk menyemak kembali baik buruk, untung dan rugi kalau meneruskan kerjasama dengan Bersatu. Pas perlu menstrukturkan semula perancancangan politiknya.
Selain itu Pas juga tentu tidak selesa apabila Bersatu telah mengumumkan Mahiaddin sebagai PM ke-11. Cara itu bagi Pas tidak demokratik dan melanggar piagam PN, dimana sesuatu keputusan itu hendak dikonsensukan sebelum diumum. Langkah Bersatu itu terlalu awal dan seolah olah mahu checkmate Pas.
Adapun pengumuman Mahiaddin sebagai PM itu diluar persetujuan Pas. Jelas disini bahawa Bersatu telah bertindak merasakan ia sebuah parti utama sedang realitinya parti itu hanya menumpang Pas.
Apa dapat disimpulkan yang berlaku dalam Bersatu itu bakal mengelombangkan suasana gelora yang sudah bermula dalam Bersatu dan PN sendiri. Secara tidak lagsung ia membuka peluang kepada Pas untuk mengesahkan yang parti itu akan bertanding bersendirian dalam pilihan raya akan datang. Tiadak guna bagi Pas menanti bas yang tidak datang, mengharap laba rugi yang dapat.
Pengumuman Mahiadiddn sebagai PM ke-11 itu tentu tidak dialu-alukan oleh Pas menyebabkan parti itu yang akan mengadakan muktamar minggu hadapan tidak mustahil juga mengusulkan tokoh mereka untuk menjadi PM. Pas juga tidak kekurangan tokoh yang layak untuk dinamakan sebagai calon PM, kalau Bersatu setakat menamakan Mahiaddin.
Masih ada oknum dalam Pas sama hebat dengan Mahiaddin. Apabila ini berlaku maka jelas dan terang Pas dan Besatu sudah mengira untuk mengambil jalan sendiri-sendiri untuk menujuk ke medan perang pilihan raya akan datang.
Lainlah kalau Pas masih menjadi kura-kura katup yang takut untuk memanjat kerana bimbang terjatuh, sedangkan dia punya cengkerang keras untuk melindunginya diri. Walahualam. [wm.kl. 10:44 am 08/09/2025]