Monday, March 15, 2010

Rahsia Dalam Lingkaran

MCKK Sudah Lima Tahun Gagal Catat Keputusan 100% Dalam PMR?

KEMENTERIAN Pelajaran dalam usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan rakyat negara ini telah melakukan pelbagai tranformasi, anjakan, pelan pembangunan dan sebagainya. Daripada prasarana sekolah kepadalah peralihan - tukarganti program pendidikan. Ada kalanya murid telah dijadikan alat eksprimen oleh pakar-pakar pendidikan!

Entah berapa billion diperuntukan untuk tujuan itu.

Kita semua tahu ke mana hujung jatuhnya segala usaha itu. Apakah ia berjaya atau tidak kita semua boleh menilainya. Penilaian umum ialah kepada prestasi sesebuah sekolah berkenaan dalam mencetak murid pintar mendapat kelulusan 100% dalam peperiksaaan. Dari sudut lain kualiti moral, daya tahan untuk berjuang (survive) kita tidak pernah membuat penilaian secara menyeluruh. Kalau dibuat kajian mungkin hasilnya juga mendukacitakan.

Biarlah. Di sini apa yang hendak saya katakan ialah mengenai fenomena yang berlaku terhadap sesebuah sekolah kenapa ianya tidak berjaya mencetak murid cemerlang. Pencapaian akademik tidak setaraf dengan kemudahan prasarana yang disediakan. Rata-rata sekolah di negara ini bertaraf dua atau tiga bintang. Sekolah berasrama penuh bolehlah dianggap bertaraf empat atau lima bintang.

Tetapi yang jelasnya prasarana yang canggih tidak menjamin kecemerlangan pendidikan murid. Saya terus ambil contoh apa yang berlaku di MCKK, atau Maktab Melayu Kuala Kangsar, Ipoh Perak. Maktab ini adalah sekolah berasrama penuh lelaki pertama di negara ini. Ianya ditubuh 1905.

Bukan calang-calang murid untuk masuk ke sekolah ini. Biasanya anak bangsawan dan elit saja yang mampu memasukinya. Memang pun sekolah ini ditubuh untuk mendidik anak-anak orang kaya penjajah. Anak orang kampung cabuk sangat jarang sekali kecuali ada kable yang busar baru boleh menerobosnya, itupun selepas penjajah nyah dari sini.

Sekolah ini menjadi angan-angan murid. Guru-guru juga akan menceritakan kehebatan sekolah ini dan dijadikan aspirasi kepada murid untuk belajar bersungguh-sungguh. Sekolah ini disebut-sebut dan dijadikan impian murid. Namun apa yang berlaku hari ini sangatlah malang sekali.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa MCKK sudah lima tahun berturut-turut tidak memperolehi pencapaian 100 peratus dalam PMR? Saya terkejut mendengar maklumat ini. Seorang ahli Parlimen Kelantan yang berkebetulan baik dengan bapa seorang pelajar menceritakan keadaan MCKK sekarang ini.

Mulanya saya tidak percaya dan fikir ia hanya gurauan saja. Tetapi tidak, rupanya ianya betul berlaku.

Apabila ditanya kenapa puncanya maka tidak menghairankan kalau sekolah berkenaan merosot di peringkat PMR itu. Menurut ahli Parlimen berkenaan semuanya berpunca dari politik berlebihan yang berlaku di maktab itu. Pengetuanya yang bertaraf Jusa terlalu politiking. Guru-guru yang berpengalaman telah ditukar kerana tidak sehaluan bau politik dengannya. Guru-guru yang diambil kebayakan guru perempuan yang muda belia yang kurang pengalaman mungkin ada yang kuat berbedak!

Kita boleh faham kenapa MCKK merosot. Muridnya lelaki gurunya ramai perempuan tentulah menimbulkan masalah. Apa lagi kalau guru-guru muda yang kurang berpengalaman bukan senang untuk handle murid lelaki usia 13 hingga 15 tahun. Usia sebegini usia perantaran untuk jadi remaja dan meninggalkan dunia kanak-kanak.

Apabila mendengar penjelasan ahli Parlimen berkenaan saya hanya terdiam dan mengenang sesuatu Saya faham bagaimana kalau sekolah maksudnya cikgu telah terlibat dengan politik. Dunia politik akan melupai kepentingan lain. Setiap sudut, tindakannya akan bersifat politiknya. Gejala inilah yang memusnahkan apa-apa institusi termasuk pendidikan.

Hakikat yang berlaku di sekolah, politiking termasuk di MCKK itu tidak anih dan ia satu hakikat tidak boleh dinafikan. Keadaan ini saya alami sendiri semasa sekolah dulu. Bagaimana seorang guru terlibat dalam parti politik menjadi Setiausaha Bahagian. Kerjanya hari-hari bukan mengajar tetapi menguruskan parti. Di kantin cakap parti, di bilik guru cakap parti. Paling menyedihkan guru ini sanggup guna 'stencil' untuk menaipkan minit-minit mesyuarat partinya.

Sikap dan kegiatan politik guru ini semakin menjadi-jadi pula apabila guru besar sekolah tempat saya belajar itu kebetulan ahli parti yang sama. Guru-guru lain yang tidak berparti tidak boleh berbuat apa-apa kerana bos sendiri ikut terheret dengan tahi politik. Walhasil balik asalnya sekolah berkenaan tidak pernah mencapai keputusan akademik memberangsangkan dari dulu hinggalah ke hari ini.

Saya sangat berharap kepada Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin agar dapat menghapuskan kegiatan guru yang gila kepada parti ini. Selagi kegiatan mereka berleluasa selama itulah pencapaian akademik tidak diperolehi. Kita tidak mahu sebuah sekolah atau maktab seperti MCKK itu yang gah dan hebat akhirnya merudum dan hilang pamor sebab pentadbirannya terlalu bermain politik. [wm.kl. 9:05 am 15/03/10]

9 comments:

imlan adabi said...

APABILA menteri bertukar, dasar juga berubah. Dulu sekolah kluster... berjuta wang rakyat digunakan untuk penambahbaikan, kini dasar tu dah tak ada lagi. Muhyiddin bawa dasar baru... yang menjadi mangsa rakyat. Yang rugi wang rakyat

firdaus said...

fiat sapenta virtus, moto agung MCKK yang bakal dihancurkan oleh sesetengah orang melayu sendiri..
mengapa mereka yang dilihat cukup bijak sanggup melacurkan diri sendiri untuk menjadi bodoh dan kurang bermutu, mutu yang menjadikan dia seorang manusia bukan sekadar orang ???

Shirzad Lifeboat said...

salam wrt wrb

aktiviti sesetengah guru ini bermusim. dulu ada guru yang gila party tupperware sampai gunakan waktu mengajar untuk merancang. kemudian musim main saham, musim sms dan macam-macam lagi.
tapi hari ini nampaknya musim yang macam saudara lalui, iaitu musim politik telah kembali semula.
diperburukkan lagi dengan menteri umno yang bukan sahaja banyak kerja tetapi tak faham tentang pendidikan dan tidak adanya usaha bersungguh-sungguh bagi memantapkan pendidikan kita, akhirnya, sebagaimana saudara katakan, murid-muridlah menjadi mangsa.

abdullah mamat said...

cuba semak ,,,,pelajar2 tu dari golongan mana ?

berapa orang adalah terdiri dari anak vvip's ,,,,yang tidak pun cerdik,,,,tapi kerana tuisyen byk sgt ,,,maka dpt lah 5A,,,,,

rizal mohd zain said...

saya setuju dgn en abdullah di atas......byk duit blh hantar anak pergi tuisyen waima panggil cikgu dtg rumah ajar anak dia....yg tak berapa pandai pun akan blh dapat 5a, kerana soalannyer hanya memerlukan hafalan shj...cuma sekelumit pemikiran diperlukan

Rozana said...

Pencapaian 5A di dlm UPSR dijadikan 'political mileage' buat sebahagian Guru Besar dan juga pengawai PPD & JPN utk mendaki hiraki tahta. Maka, anak sekolah dijadikan 'guinea pig' bahan tekan tubi. Kesannya jadi lah macam robot yg berprogram, tak boleh berfikir sendiri dan berjiwa sewajarnya.

mohdshukrimat said...

Salam MSO,

Pada pandangan saya tahap pencapaian di semua SBP telah merudum. Banyak faktor yang menyebabkan. Saya bersetuju dengan pandangan bahawa kebanyakan menggunakan kabel untuk memasuki sekolah tersebut. Kenapa tidak mecontohi sebuah sekolah swasta yang diasaskan oleh Tan Sri Halim Saad iaitu Kolej Yayasan Saad di Melaka. Mereka yang terpilih ke sana tak kira dari golongan kaya atau miskin mesti melalui tahap penilaian yang ketat. Daripada 4,000 permohonan hanya 60 orang pelajar akan dipilih untuk satu pemgambilan. Mungkin pegawai yang terlibat perlu mempelajari sesuatu di sini semoga yang berkualiti sahaja akan dapat memasukinya tanpa mengira miskin atau kaya. Di Kolej Yayasan Saad, yang kaya akan dikenakan yuran tahunan sebanyak RM36,000 manakala yang tidak berkemampuan akan dibiayai sepenuhnya oleh Kolej. Rujuk www.kysm.edu.my untuk maklumat lanjut.

negarakumalaysia said...

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sebagai seorang guru. Saya sudah mengajar sejak tahun 1988. Pada waktu itu murid-murid kesemuanya mengambil berat tentang pelajaran mereka. Maklumlah kalau gagal dalam SRP mereka tidak akan naik ke tingkatan empat. Mereka mungkin terpaksa mengulang atau terpaksa ke sekolah vokasional. Tetapi hari sikap sedemikian hanya dimiliki oleh segelintir pelajar. Mereka yang sedar inilah yang akhirnya nanti akan masuk ke aliran sains dan kelas-kelas yang pandai. Kebanyakan pelajar tingkatan 1-3 tidak kisah lagi sama ada lulus atau gagal kerana mereka tetap akan naik ke tingkatan empat.
Jika dibandingkan dahulu dengan hari ini, mutu disiplin hari ini juga jauh lebih merosot kerana dasar yang telah diambil oleh Najib untuk memansuhkan SRP. Alasannya untyuk mengelakkan keciciran. Kenapa tidak diperbanyakkan sekolah kemahiran. Pada saya Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Najiblah semasa beliau menjkadi menteri pendidikan yang telah memusnahkan sistem pendidikan hari ini. Kalau hari ini disiplin murid merosot, Najiblah punca segalanya.

che'gu said...

salam ..dah 3 tahun berlalu....sistem pendidikan dah hilang arah tuju...pelajar kohort 2012 (sekarang tingkatan 3)adalah bahan eksperimen ....ini lah kesan bila pendidikan di politik dan di korporatkan. cikgu pun da ada baju korporat...kesian cikgu....