SORE tadi saya ke pesta buku di PWTC khususnya untuk hadir majlis pelancaran buku Nobisha - Norizan Sharif berjudul "Tunggu Apa Lagi?" oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkasi. Tunggu apa lagi, dengan mengajak anak dan isteri walaupun agak keletihan hadir juga untuk meraikan majlis berkenaan. Beriya benar Norizan minta hadir pada majlis itu. Demi menghormati Nobisha terpaksa hadir juga.
Selebihnya tentulah hadir untuk berjumpa dengan para bloger dan kawan sepenulisan yang agak lama juga tidak berjumpa mereka.
Ternyata seperti mana dijangkakan beberapa orang bloger kebanyakan bloger Umno dan spara bebas turut memenuhi ruang pelancaran di Dewan Tun Hussein Onn. Antara mereka Zaharin Yaasin, Mohd Rafi Awang Kechil, Sallehuddin Hussein Lempoyang, Zakir, Ahmad Saabun dan isterinya Sri Diah yang juga bertindak sebagai pengarah Oanasi yang menerbitkan buku Norizan, serta beberapa yang lain yang tidak sempat untuk dicami.
Dua orang aktivis sosial dan juga peguam Md Radzi Mustapa dan Sobree Ahmad juga turut sama hadir. Saya percaya mereka hadir kerana Nobisha dan juga orang yang melancar buku berkenaan Puad Zakarsi yang juga rakan mereka sejak lama dulu lagi. Majlis itu dijadikan majlis pertemuan rakan-rakan lama.
Majlis itu walaupun santai tetapi penuh makna. Ia tidak formal sangat tetapi cukup memberi kesan untuk menuar-uarkan buku tulisan Nobisha itu. Turut sama hadir ialah kolongmerat majalah, akhbar bumiputera Karangkraf, Hishamuddin Yaacob yang juga merupakan Pengarah Urusan Karangkraf Sdn. Bhd.
Buku Tunggu Apa? Lagi merupakan buku himpunan tulisan dan catatan Norizan dalam blognya nobisha.com. Ia merupakan satu-satu buku seumpama itu yang menceritakan dunia sosial politik yang ditulis dengan gaya santai dan penuh dengan sindiran pedas. Penerbitan buku itu sudah tentu akan memberi rangsangan kepada ratusan penulis bloger lain untuk turut mendokumenkan tulisan mereka untuk dijadikan buku bacaan umum.
Diharap selepas ini setiap orang bloger akan menghasilkan atau mengumpul tulisan dan catatan mereka dalam blog masing-masing untuk didokumenkan menjadi buku. Kalau tidak mampu untuk diadakan pelancaran secara bersendirian secara eksklusif bolehlah berpakat ramai-ramai melancarkannya di mana-mana cafe atau pun bestro mamak. Tempat tidak kisah yang penting ada buku diterbitkan.
Apa yang dimulakan oleh Norizan wajar menjadi ikutan. Hendaknya kepada yang kruang mampu untuk menerbit sendiri boleh serahkan kepada mana-mana penerbit. Ini penting kerana walaupun sesetengah penulisan dalam blog secara selamba tetapi ada kalanya subjek atau mauduk yang dikupas bernilai dan boleh dimanfaat umum. Malahan adakalanya isu yang dibangkitkan dalam blog menjadi perhatian pihak atasan khususnya orang politik.
Seperti mana kata Dr Puad ketika berucap melancar logo Oasis dan buku berkenaan, penulis politik harus realistik dan bukannya idealis. Katanya apa yang dikerjakan Norizan seperti mana dipamerkan dalam buku boleh dicontohi.
Memahami apa yang dimaksudkan Puad itu penulis atau penganalisa politik termasuk bloger ataupun pengisi ruangan FB, twitter, web dan sebagainya hendaklah turun ke bawa melihat sendiri gerak nadi politik dan bukan menulis dari bilik berlandaskan teori-teori tertentu kerana politik itu sesutau yang berkembang malahan perkembangannya begitu cepat.
Apa yang lebih penting menulislah untuk mencapai natijah yang baik untuk negara dan bukannya untuk keseronokan sebahagian orang tertentu saja. [wm.kl.9:30 pm 21/03/10]
1 comment:
mmg dh lama simpan niat nk himpunkan apa yg ditulis utk dijadikan buku..dan nak dihadiahkan kepada rakan2 FB..tapi masa memang cemburukan saya..rasanya kena nekad lakukan..terima kasih kerana tuan ingatkan sy..
Post a Comment