Tuesday, March 9, 2010

Susupan Tengahari

Jamil Kata Nik Aziz Tak Faham, Saya Pula Tak Faham Dengan Jamil

SAYA tidak faham dengan ulah dan sikap Menteri Agama, Jamil Khir Bahrom yang kesal dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan menganggap Mufti Perak, Harussani Zakaria sebagai ejen Umno. Nik Aziz membuat tuduhan begitu sewaktu membidas balik Harussani yang meyebut namanya dalam satu majlis tanpa kehadirannya beberapa hari lalu.

Nik Aziz merujuk Harussani sebagai ejen Umno apabila berusaha keras untuk menyatukan Pas dengan Umno khasnya di Perak selepas pilihan raya umum lalu. Mufti itu sanggup ke Kota Bharu dalam hujan untuk berjumpa Nik Aziz dan minta Pas menubuhkan kerajaan bersama Umno di Perak.

Kenapa Jamil begitu merasa terhina bagi pihak Harussani apabila Nik Aziz melebelkan Harussani sebagai ejen Umno?

Apakah Jamil Khir tidak menerima keseluruhan Umno sebagai sebuah parti Islam dan parti memperjuangkan Melayu di negara ini maka beliau malu apabila seorang Mufti dikatakan menjadi ejen parti berkenaan?. Cara Jamil membelasah atau mengkritik Nik Aziz itu seolah-olah beliau merasa malu menjadi ahli Umno.

Sepatutnya Jamil tidak merasa begitu dan tidak mempedulikan bidasan dan lebel yang diberikan Nik Aziz kepada Harussani itu. Apakah menjadi ejen Umno itu salah dan satu perbuatan yang menjijikkan? Maksud ejen ialah pekerja atau dalam bahasa lain sebagai buruh, orang perantara atau pun propangandis dalam konteks politik. Biasanya orang menjadi ejen ini diberi komisyen. Jadi salahkah kalau Harussani benar menjadi propagandis Umno?

Bila Jamil mempersoalkan itu menyebabkan orang boleh ragu kepada kepaduan cinta dan penerimaan Jamil kepada Umno sebagai parti memperjuangkan Islam dan Melayu. Kerana kalau beliau bulat hati beliau tidak perlu ribut-ribut dengan bidasan balik baik Nik Aziz malah harus mengucapkan terima kasih kerana Nik Aziz mengikhtiraf Harussani sebagai ejen Umno. Bertuahlah Umno kalau mufti menjadi ejennya tetapi bukan ejen Pas. Apa lagi kedudukan mufti tinggi dalam institusi orang Melayu di mana Umno harus membanggainya.

Lainlah kalau Jamil tidak menerima sepenuh hati Umno sebagai parti Islam. Sebagai parti memperjuangkan Melayu? Maka wajar beliau merasa kesal atas bidasan Nik Aziz itu. Memang tidak sepatutnya mufti untuk menjadi alat kepada parti sebegitu. Bukankah taraf seorang mufti berada di atas menjadi tempat merujuk dan penasihat.

Maka kalau Mufti pun mengambil bahagian dengan menjadi perkakas kepada mana-mana pertubuhan atau badan siasah yang tidak sealiran dengan pegangan agama anutan bangsa Melayu dan membela Melayu maka sangatlah salah mufti berkenaan.

Bukan saja beliau kena tegur dan kutuk tetapi kena didesak melepaskan jawatan!

Sekali lagi saya nak tanya apakah Jamil Khir menganggap Umno parti anti Islam dan anti Melayu maka beliau tidak suka kalau Harussani menjadi ejen kepada parti itu? Apa yang dilakukan Jamil ini nampaknya memberi gambaran buruk kepada Umno. Lainlah kalau Umno itu tepat dan benar seperti mana dianggap Jamil bahawa ia parti yang tidak seharusnya disokong atau seorang mufti yang sedia menjadi alat dan perkakasnya.

Mungkin kerana Jamil ada sedikit pengetahuan agama menyebabkan beliau mempersoalkan gelaran Nik Aziz ke atas Harussani yang menjadi ejen Umno itu. Begitukah? [wm.kl. 12:40 t/hati 09/03/10]

12 comments:

primehonda said...

salam pak mso,
jamil bukan malu jd umno..dia marah tu sebab tgna pecah tembelang mufti2 tu..semuanya berpihak kpd umno cuma ianya jadi 'rahsia terbuka' saja..apa nak jadi semua dah caca marba. tengok saja keputusan rayuan dsai terhadap pemecatannya. masa kes di perak mahkamah persekutusan kata sultan ada kuasa mutlak pecat MB. alih2 dlm kes dsai lawan mahathir mahkamah yg sama pulak kata YDPA takdak kuasa mutlak pecat menteri dlm perlembagaan. kan haru tu??

ramly said...

dok eh saya nak tanya mso kenapa yang mso nampak macam marah sangat ke mufti perak ni...katalah mufti perak ni berpihak kepada nik ajis , mso marah tak?, cap ayam la.... buang gok tabiat mso ni, janganla menulis untuk mendapat keuntungan di pihak mso sahaja, macam mso tulis perihal indah2 tentang anwar ibrahim semasa pemecatan dulu, memuja anwar sampaikan saya turut terpengaruh,, tengoklah sekarang apa jadi dengan anwar yang mso puja , agama islam dan bangsa melayu pun dia permainkan untuk kepentingan diri...puak2 pas ni kalu untung balik dio dok apo, kalu rugi lek dio kot mano2 pun dok leh saloh belako,

mso.im said...

Saya tak tahu penjenguk nama Ramly ni faham tak tulisan saya. Kekandang penjenguk meminta keadilan kepada penulis blog, tetapi pembaca sendiri buat pertimbangan dan pembacaan tak adil. Baca semula posting saya terdahulu mengenai Harussani tu.
Kalau dikatakan penjenguk otak kemetot merah... Sebenarnya saya tak patut publish komen ini tetapi terpaksa kerana nak bagi pandangan.

farhanhakimi said...

salam semua...
bila ulama saling kutuk mengutuk peribadi masing2, penganut agama lain akan memandang serong kpd islam.mgkn mufti ada pndgn tersendiri, TGNA pun ada pndgn beliau, salahkan berbincang @ muzakarah?

Anhuza said...

Elok rasanya jawatan Jamil tu diserahkan kepada Tan Seri Harussani. Mungkin PM akan lebih mengutamakan Islam dalam pentadbirannya, dan ia bermula dengan isteri dan anak-anaknya.

mannmusa said...

salam mso, sy tak nampak pun riak marah sdr kpd mufti perak ke, jamil ke...

buat ape nak ribut2 pasal ni dah mufti perak yg mulakan nik aziz react le...yg jamil kecewa tu pasal....

mso.im said...

Sesiapa yang nak bergurau atau mempersoalkan mengenai saya elok guna FB atau email lebih mudah. Kekadang menerusi ruang komen ni sukar untuk mejawabnya. Kekadang saya terus delete tanpa membukanya.

Hero said...

salam, mso.. saya tak otak kemetot mcm ada pengomen kat atas tuu.. saya faham maksud posting nih.. mmg sikap jamil tu senjata makan tuan..

ntahlah mso.. bila sebut2 jamil ni, teringat cite madu tiga.. jamil jugak la tu.. hahaha..

ahmad sukri said...

Harussani ni umpama orang tengah, Tujuannya nak menyatukan umat Islam di Malaysia- 'Damaikanlah dua saudara kamu yang bertelingkah itu' salahkah Harussani nak menyatukan UMNO dan PAS.Dulu ada masa Harussani memberi fatwa yang mengkritik UMNO, ada orang kata dia agen PAS?

firdaus said...

mungkin TGNA sengaja menuduh Harussani seolah-olah dia pengintip untuk umno

mungkin sebab tulah Jamil marah sangat agaknya

tidak pelik pun Harussani dianggap ejen umno kerana kadang-kadang tindakan beliau sendiri pun mengundang syak sahaja, banyak kesilapan yang dilakukan umno yang memegang tampuk kerajaan negeri hanya dipandang sepi beliau

john said...

Salam pak mso..

Setuju dengan ungkapan 'ejen' tu. tapi betul la, bila tgna kata 'ejen umno' bukan pada pandangan Jamil Khir saja yang nampak umno tu buruk..dengan ambo2 sekali nampak macam tu. Barangkali Jamil Khir ni ada jiwa pas kot tapi dah berada dalam kerajaan ni terpaksa la kena 'cover' sikit. Setahu ambo kaum kerabat keluarganya di Kedah ramai sebelah pas!..wallahualam..

kalimah said...

salam mso,

delete je komen ramly si otak kemetot tu. Nik aziz pun kita tegur, harussani pun kita tegur, suma kita tegur kalu ada salah.

Si ramly tu takkan tak reti. kerajaan pun sama, apa yang pembangkang buat suma salah, suma tak betul.

Si jamil tu mengatakan kat TGNA sebab dia nak tunjuk dia pun bela UMNO sbb rasanya dia menteri yang paling kurang bcakap. nanti tak met KPI yang najib buat. Da sudah, x leh jadi menteri dah jika najib rombak kabinet ke @ selepas PRU 13 jika Umno-BN terus berkuasa.

satu lagi, ulama pun ada dua, ulama dunia dan ulama akhirat tapi bab ini aku malas nak ulas sape ulama dunia dan sape ulama akhirat. pakat2 fikir la sendiri.