Thursday, March 25, 2010

Sebelum Tidur

Terima Kasih Beb (Kickdefella) Kerana Masih Ingatkan Saya!

SEORANG penjenguk blog saya yang berselindung di sebalik nama Ampun Tuanku telah mengirimkan email memaklumkan posting terbaru sdr Kickdefella berhubung dengan isu pergeseran istana Kelantan. Dalam email itu penjenguk berkenaan menurunkan (link) blog Kicdefella berhubung tulisan berkenaan.

Dalam posting terbaru Kicdefella itu (rujuk: http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/24/3440/#comment-54879 beliau cuba mengulas posting saya mengenai isu sama di bawah judul: ‘Semua Pihak Perlu Kembali Kepada Perlembagaan Tubuh Negeri’.

Kicdefella cuba 'memperbetulkan' apa yang saya tuliskan itu dalam masa sama menafikan apa yang saya cuba sampaikan dalam posting berkenaan. Saya rasa tidak perlu menjawabnya, kerana apa yang disentuh atau hendak disentuh oleh Kicdefella itu tidak pun menganggui apa-apa cadangan dan pandangan saya dalam isu berkenaan. Persoalan yang dibawa beliau tidak terkena apa yang saya maksudkan. Petikan atau singgungan yang diperkatakan Kicdefella itu tidak membunuh keseluruhan kandungan tulisan saya.

Dan baru sekejap tadi saya telah menerima satau email dari penjenguk bernama Zainal Abidin Abdul Rahman yang turut terpanggil untuk memberi ulasan dan komen (perbandingan) terhadap tulisan Kickdefella dan tulisan saya itu.

Disebabkan saya merasakan tulisan sdr Zainal yang membahasakan dirinya Abe ini boleh membantu menghuraikan kekeliruan atau ketidakfahaman mengenai perkara ini elok kalau saya turunkan pandangan beliau yang dihantar menerusi imej itu sebagai menjawab persoalan yang timbul. Kepada Sdr Zainal dipohon izin dipublishkan pandangan sdr.

Ini komen atau ulasan sdr Zainal:

Sdra MSO,
Abe telah meneliti kedua2 rencana Sdra MSO dan kickthefella mengenai kemelut kesultanan kelantan.
Secara jujur dan tidak sedikitpun bias, abe secara peribadi, boleh memutuskan bahawa penulisan Sdra MSO lebih menasabah, 'sensible' , lebih masuk akal, tidak berat sebelah, 'impartial' dan tidak ada unsur-unsur dendam kesumat sepertimana Tuan Syed tu. Ulasannya berjela-jela dan berbelit-belit bertujuan untuk mengelirukan (meng'confuse'kan) pelayar-pelayar semua. Syed cuba menonjolkan sebagai jagoan yang tahu serba serbi ala 'jack of all trades but master of none'.
Najitahnya amat mudah. Pergi kepada perkataan 'incapacitate'. Mengikut 'Oxford Advance Learner's Dictionary' yang menjadi rujukan lebih 30juta pengguna, perkataan ini membawa erti dalam Bahasa Malaysianya :-

"....unable to live or work normally..." bererti TIDAK berupya untuk hidup atau bekerja seperti biasa"
The Oxford Minidictionary 'incapacitate' dimengertikan sebagai "...disable, make ineligible..." bererti tiada upaya/"cacat", tidak berkelayakan.."

Jadi dengan pengertian2 serta terjemahan diatas, secara peribadi abe fikir Majlis Perajaan, setelah menghalusi dan meneliti keadaan fizikal Tengku Ismail Petra secara 'unanimous' telah membuat keputusan bahawa sehingga Tengku Ismail Petra pulih dan sihat serta berupaya untuk hidup dan bekerja seperti biasa, selagi itulah Tengku Faris, anakanda baginda akan terus Memangku Kesultanan Kelantan ini.

Sekian, Wassalam.
Zainal Abidin Ab. Rahman,

5 comments:

CodeNameSomaliPirate said...

Salam MSO.

Sebagai penyokong Tegar DSAI tuan tentu ada komen bernas untuk mematahkan dakwaan YB Zul Kulim di Parlimen semalam. Saya sentiasa mengikuti tulisan tuan dan memang menati komen tuan seterusnya terutama tentang YB Zul dan YB Tok Him...

Tuan saharizam said...

salam MSO,
dalam blog kickdefella, dia tak sentuh sedikit pun berkenaan Artike 4, perlembagaan negeri. iaitu MAKNA bagi KDYMM sendiri. kalau dia hurai artikel 4 tersebut, dia punya ulasan dalam blog tu sedikit pun tak terpakai.

mawar said...

Salam sdr MSO,

Entri tuan atas isu kemelut kesultanan Kelantan ada kebenaran dan patut difahami dan dibaca oleh mereka yang ingin mendapat maklum kedudukan terkini. Saya menyokong pendapat ini berbanding dengan pendapat Kickdefella yang seolah-olah nak memihak dan membalas dendam kepada suatu pihak yang dulunya disanjung tanpa cacat celanya.

farhanhakimi said...

salam mso..
penjelasan yg baik abe...tq..sy post the same thing dlm blog dia....haram dia nk jawab comment sy...
tuan shariman...
dia dah hurai dah hari ni..tp kn...huhu..mcm bdk sekolah

Ayamitogei said...

Salam tuan MSO,

ulasan dan hujah yang dikemukakan oleh tuan sheik nampaknya ada unsur2 bias, hujah yang nampaknya membela satu pihak sahaja dan cuba menonjolkan pihak yang beliau utamakan.
saya lebih bersetuju dengan ulasan tuan yang telah memberikan gambaran secara asasnya keadaan sebenar kemelut yang melanda istana kelantan.
nampaknya banyak pihak yang cuba menangguk di air keroh dalam masa kegeringan sultan, dan ada juga yang menjadikan keadaan ini bagi meraih peluang demi kepentingan peribadi.