Terima Kasih Beb (Kickdefella) Kerana Masih Ingatkan Saya!
SEORANG penjenguk blog saya yang berselindung di sebalik nama Ampun Tuanku telah mengirimkan email memaklumkan posting terbaru sdr Kickdefella berhubung dengan isu pergeseran istana Kelantan. Dalam email itu penjenguk berkenaan menurunkan (link) blog Kicdefella berhubung tulisan berkenaan.
Dalam posting terbaru Kicdefella itu (rujuk: http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/24/3440/#comment-54879 beliau cuba mengulas posting saya mengenai isu sama di bawah judul: ‘Semua Pihak Perlu Kembali Kepada Perlembagaan Tubuh Negeri’.
Kicdefella cuba 'memperbetulkan' apa yang saya tuliskan itu dalam masa sama menafikan apa yang saya cuba sampaikan dalam posting berkenaan. Saya rasa tidak perlu menjawabnya, kerana apa yang disentuh atau hendak disentuh oleh Kicdefella itu tidak pun menganggui apa-apa cadangan dan pandangan saya dalam isu berkenaan. Persoalan yang dibawa beliau tidak terkena apa yang saya maksudkan. Petikan atau singgungan yang diperkatakan Kicdefella itu tidak membunuh keseluruhan kandungan tulisan saya.
Dan baru sekejap tadi saya telah menerima satau email dari penjenguk bernama Zainal Abidin Abdul Rahman yang turut terpanggil untuk memberi ulasan dan komen (perbandingan) terhadap tulisan Kickdefella dan tulisan saya itu.
Disebabkan saya merasakan tulisan sdr Zainal yang membahasakan dirinya Abe ini boleh membantu menghuraikan kekeliruan atau ketidakfahaman mengenai perkara ini elok kalau saya turunkan pandangan beliau yang dihantar menerusi imej itu sebagai menjawab persoalan yang timbul. Kepada Sdr Zainal dipohon izin dipublishkan pandangan sdr.
Ini komen atau ulasan sdr Zainal:
Sdra MSO,
Abe telah meneliti kedua2 rencana Sdra MSO dan kickthefella mengenai kemelut kesultanan kelantan.
Secara jujur dan tidak sedikitpun bias, abe secara peribadi, boleh memutuskan bahawa penulisan Sdra MSO lebih menasabah, 'sensible' , lebih masuk akal, tidak berat sebelah, 'impartial' dan tidak ada unsur-unsur dendam kesumat sepertimana Tuan Syed tu. Ulasannya berjela-jela dan berbelit-belit bertujuan untuk mengelirukan (meng'confuse'kan) pelayar-pelayar semua. Syed cuba menonjolkan sebagai jagoan yang tahu serba serbi ala 'jack of all trades but master of none'.
Najitahnya amat mudah. Pergi kepada perkataan 'incapacitate'. Mengikut 'Oxford Advance Learner's Dictionary' yang menjadi rujukan lebih 30juta pengguna, perkataan ini membawa erti dalam Bahasa Malaysianya :-
"....unable to live or work normally..." bererti TIDAK berupya untuk hidup atau bekerja seperti biasa"
The Oxford Minidictionary 'incapacitate' dimengertikan sebagai "...disable, make ineligible..." bererti tiada upaya/"cacat", tidak berkelayakan.."
Jadi dengan pengertian2 serta terjemahan diatas, secara peribadi abe fikir Majlis Perajaan, setelah menghalusi dan meneliti keadaan fizikal Tengku Ismail Petra secara 'unanimous' telah membuat keputusan bahawa sehingga Tengku Ismail Petra pulih dan sihat serta berupaya untuk hidup dan bekerja seperti biasa, selagi itulah Tengku Faris, anakanda baginda akan terus Memangku Kesultanan Kelantan ini.
Sekian, Wassalam.
Zainal Abidin Ab. Rahman,