Tuesday, March 23, 2010

Mengibas Hawa

Bawa Pembacuh Kopi Menghadap Yusuf Qardhawi
Kerja Baik Yang Bodoh

SEORANG wakil rakyat bebas tetapi menyokong UBN di parlimen mencadangkan supaya si pembacuh kopi yang menyebabkan Anwar Ibrahim didakwa atas tuduhan liwat supaya berjumpa degan ulama Yusuf Qardhawi. Kata ahli parlimen itu si pembacuh kopi itu perlu berjumpa dengan Yusuf kerana beliau tidak mendapat penjelasan dan fakta berhubung kes liwat.

Tambah ahli parlimen bebas itu lagi, bila berjumpa nanti si pembacuh kopi boleh menjelaskan kedudukan sebenarnya kepada Yusuf. Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan mengaturkan pertemuan berkenaan.

Saya menyokong atas cadangan itu untuk mencari keadilan dan kebenaran. Tetapi soalnya apakah perlu sampai kerajaan mengatur pertemuan itu? Kita sudah ada NGO Melayu bernama Perkasa yang memperjuangkan hak-hak bumiputera. Adalah baik kalau NGO ini yang mengambil inisiatif mengaturkannya. Atau pun presidennya takut untuk berjumpa degan Yusuf kerana Yusuff sudah lama menghidup bau mulutnya?

Lagipun presiden NGO berkenaan yang nampak beriya dan tergila-gila hendak membela si pembacuh kopi itu. Kerajaan masih ada banyak perkara lain yang lebih besar. Jangan membazir wang rakyat dengan mengaturkan pertemuan yang sia-sia itu. Dalam hal ini si pembacuh kopi boleh cari wang sendiri atau pun minta parti komponen mengumpul wang untuk pergi jumpa Yusuf.

Pada saya ia tidak akan menyelesaikan masalah dan kebenaran yang diharapkan itu tidak akan tercapai. Yusuf Qardhawi bukan boleh dicucuk hidung oleh sesiapa. Kenapa saya kata ia tidak memberi kesan kerana bila berdepan dengan Yusuf Qardhawi nanti beliau tidak akan mempercayai begitu saja penjelasan si pembacuh kopi itu.

Apa yang akan ditanya oleh Yusuf ialah mana empat orang saksi yang melihat kamu diliwat oleh Anwar. Yusuf tidak akan minta ujian pemeriksnaan dokotr ataupun kapas yang dicalit ke jubir si pembacuh kopi. Bagi Yusuf itu bukan persaksian yang sah.

Dalam Islam saksi adalah penting. Kehadiran saksi adalah wajib. Kalau pun misalnya Presiden Perkasa diliwat lembu atau kerbau, sampai mani kerbau ada dalam perut tetapi kalau tidak ada skasi kerbau atau lembu itu tidak boleh disabitkan. Tanpa saksi ia boleh diragui. Kalau setakat mani ada dalam perut ia boleh ditolak kerana dengan pelagai kemudahan dan kecanggihan dunia hari ini mani boleh dimasukkan ke dalam perut sesiapa pun tanpa batang celak di masukkan ke dalam tumbulnya.

Sebab itulah mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu tidak boleh menerima sebegitu saja permohonan cerai talaq tiga Sultan Kelantan ke atas isteri keduanya Elina Suhana, melainkan ianya ada bukti yang nyata dan jelas.

Islam bukan pertubuhan politik atau pun NGO seperti Perkasa yang boleh bertukar bulu dan roma mengikut keadaan. Islam adalah mutlak dan hukumnya tidak boleh berganjak. Sifatnya qadim. Bukan bermakna apabila sudah ada penemuan baru, kaedah baru apa yang disebut Quran itu termasuh dengan sendirinya.

Islam ada prinsip yang jelas. Ada konsep dan dasar yang jelas. Islam bukan seperti orang politik yang boleh menipu dan kelentung rakyat sepanjang hari. Hari ini begini esok begitu. Hari ini cium punggung orang ini esok pula cium mulut orang ini. Tidak begitu. Orang Islam pula berhaus dahi kerana sujud kepada Allah tetapi orang politik sampai haus hidup kerana cium punggung untuk membodek.

Kalau kita tidak faham Islam dan tidak reti mengenai hukum hakam dan jahil murakat mengenali falsafahnya usahlah kita cuba-cuba bercakap menggunakan nama Islam. Islam bukan alat kosmetik untuk memperindahkan diri. Membawa si pembacuh kopi berjumpa dengan Qardhawi kalau menurut seperti mana disarankan ahli parlimen itu samalah kerja membawa keldai untuk memanjat pokok kelapa.

Yang patut dibawa ke pokok kelapa bukan keldai tetapi beruk atau kera. Katak pun tak boleh kerana ia jenis melompat! [wm.kl. 10:00 am 23/03/10]

13 comments:

jamal-afgan said...

Sangat menarik artikel sdr kali ini seakan menghamburkan paku kepada sang rajuna yang mengkianati pesan bapanya.

Semoga sdr terus berkarya...dan saya seakan tidak puas untuk mengikuti hasil coretan sdr selanjutnya. Tahniah & syabas atas keberanian, kesungguhan & keberadaan sdr dlm arena ini.

almahdha said...

Salam tuan MSO

terjelas sudah agenda asal tidak lagi mampu bertahan kerana sudah nampak tidak mendapat sambutan rakyat

agenda baru di cipta untuk memastikan rakyat berubah hati. diyakini agenda baru ini juga akan gagal juga.

yang pasti akan menambah kebencian rakyat kepada pencipta agenda ini.

saya mengharapkan sangat tuan dapat meneruskan mencari kebenaran dalam keributan politik sekarang

rakyat seperti saya memerlukan keberanian tuan

Kama Irahsa said...

apa salahnya kalau pembacuh kopi bertemu dengan ulama terkenal seperti Dr. Yusuf? kalau Anwar boleh, dah tentu siapa2 pun boleh Tuan.

kalau tiada 4 orang saksi, mungkin Dr. Yusuf akan meminta si pembancuh kopi bermubahalah pula.

saya masih teringat Dr. MAZA menyatakan menyediakan empat orang saksi tidak terpakai untuk kes liwat dan rogol. Wallahualam. yang berilmu lebih mengetahui.

sri buat said...

a'kum,
saya yakin bahawa Pengerusi PERKASA mampu menaja tambang untuk bawa si pembancuh kopi berjumpa dengan al qardawi. Tak payah bazirkan wang rakyat. Wang pengerusi PERKASA sudah cukup untuk taja.

northerner said...

saudara,....
dalam menilai sesuatu perkara.. berlaku adil lah...
Ulasan saudara tentang 'saksi'..
Saksi diperlukan oleh pemerintah... untuk membuktikan pesalah melakukan zina..
(Nabi SAW bersabda : Saksi melihat sepeti batang celak masuk kedalam botalnya)..
Tetapi sekiranya dirogol atau diliwat... org yg membuat aduan akan berada dalam situasi yg sukar.. kerana beliau sudah semestinya tiada ada saksi.. sekiranya ada saksi.. saksi mana yg akan hanya dapat melihat perogol/peliwat meliwat mangsanya tanpa berani untuk menolong.. dan saksi tu pun tak boleh dipakai kerana 4 org saksi yg penakut..

Agama ada penyelesaianya... minta la pendapat ulamak yg muktabar..

Kecederungan kita membuat ulasan dalam hal - hal agama.. kadangkala.. agama akan digelak ketawakan ..

Berlaku adil lah.. sesungguhnya keadilan berada dekat dengan takwa..

zeqzeq said...

letak dulu, undi semula P.mas, baru boleh banyak CAKAP..

ZULKIFLI said...

Kalau tidak ada saksi pun, agaknya Syeik Yusuf Qordhawi akan bertanya, semasa pembancuh kopi dirogol oleh orang yang jauh lebih tua daripadanya, kamu tidak melawankah?

Amir said...

Salam,
Tidak salah membawa pembancuh kopi berjumpa dengan ulama tersebut daripada tidak berjumpa langsung. Tidak ada ruginya kita sebagai rakyat marhaen ini melihat dan mendengar petemuan tersebut...disitulah kita dapat melihat kejujuran seseorang itu

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Pada ahli parlimen bebas itu, saya nak bagi tahu, di zaman Saidina Omar Al-Khattab dulu ada seorang perempuan membawa sehelai kain yang ada bekas mani dengan tujuan untuk memfitnah seorang lelaki atas fitnah zina. Namun begitu Saidina Ali meminta agar Saidina Omar menangguhkan dulu hukuman tehadap lelaki yang difitnah itu dan memcadangkan agar kain itu disiram dengan air panas dan apabila perkara itu dilakukan ternyata yang ada pada kain itu adalah putih telur.

Maknanya di sini, kalau pada masa itu, orang boleh terfikir untuk menipu dengan menggunakan putih telur sebagai mani maka hari ini apatah lagi dengan teknologi yang ada maka lebih dari itu boleh dilakukan kerana perbuatan jahat hari ini lebih terkedepan berbanding dengan perbuatan baik.

Ada pengulas menyatakan bahawa dalam kes rogol kesaksian 4 orang tidak diperlukan kerana perogol tidak merogol di depan orang-orang ramai. Apa anda mengatakan bahawa zina boleh akan dilakukan di depan orang ramai maka di situlah rasional 4 saksi itu ada dalam hukum syariah? Apakah mangsa curi akan pasti ada saksi lantas hukum saksi itu terpakai dalam hudud? kalau begitu kenapa Saidina Ali gagal mengemukakan saksi dan akhirnya beliau kalah dalam perbicaraan sehingga baju besinya terpaksa diberi kepada oprang yahudi.

Ketahui, keperluan 4 saksi adalah keperluan syarak yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Apakah Allah dan RasulNya tidak tahu akan kesukaran mendapatkan saksi dalm kes zina sama ada rela atau paksa (rogol dalam istilah media hari ini). Salah satu kebaikan dari kesukaran 4 saksi ini adalah untuk memberi ruang agar fitnah zina tidak berlaku secara berleluasa kerana ia melibatkan maruah bukan sekadar si pelaku malah keluarga si pelaku. Sebab itu ada pendapat ulama mengatakan bahawa lebih baik pelaku zina bertaubat dan tak payah melaporkan kepada hakim sekiranya perkara yang berlaku itu tidak diketahui umum demi menjaga maruah pihak berknaan.

Wallahu alam, Mohon jangan disiarkan seandainya tidak menepati keperluan dan menyalagi hukum atau ada fakta-fakta yang tak tepat.

Rozana said...

Kalau kes royalti minyak Kelantan, presiden Perkasa ini jadi hulu-balang puak anti-royalti. Dalam kes Anwar pun, dia nampaknya cuba tonjol kehulu-balangannya lebih dari orang lain. Tapi dalam kes sosial yg mencemarkan MARUAH MELAYU spt anak luar nikah, buang anak, zina, minum arak dan rasuah tak nampak kehulu-balangannya, musykil..musykil..

ieza said...

salam, takyah lar nak kecoh pasal tajaan nak bawa syaiful berjumpa ulamak tersebut kerana SUA PKR saudara Yb Saifuddin Nasution dah sanggup nak sponsor...Rujuk hansard parlimen hari ini (23/3/10)....

primehonda said...

isu ini isu yg sepatutnya dilayan umpama mencampak kain buruk ke muka najib. sudah-sudahlah tu..temberang akan terdedah juga. pada yg percaya sgt dgn dakwaan liwat ini butakah mata hati kamu? lihat saja pertuduhan pun dipinda2, daripada liwat secara rela kemudian secara paksa pula..bila dah kena paksa kena pula lah dibuktikan adanya elemen tusukan secara paksa berlaku tapi tiba2 pendakwa kata tak semestinya ada tusukan baru boleh kata ada liwat secara paksa?! lepas tu, 3 doktor sahkan saiful tidak diliwat, lepas tu saiful balik rumah, lepas beberapa jam datang balik ke hospital diperiksa oleh doktor lain, tiba2 ada kesan liwat? apa yg saiful dah buat pada jubur dia dlm tempoh tu??
hai kamu2 sekalian yg bencikan anwar, saya tahu kamu2 semua memang anti anwar sejak dia belum dituduh liwat oleh mahathir. tapi dlm soal yg meragukan siapa benar siapa salah, jgn kamu terus menuduh anwar liwat. tertanggungkah kamu di akhirat kelak nak mohon maaf pada anwar KALAU dia bukan peliwat? ingatlah Allah banyak2 wahai kamu2 sekalian..

Kama Irahsa said...

sekadar mengulas coretan Nor Azman bin Sukerman...

apakah perbezaan antara menuduh zina dan menuduh dirogol/liwat?

apakah zina dan liwat sama dari segi istilah?

mohon pencerahan..