Tuesday, March 23, 2010

Gurauan Dari Indra Kayangan

Saya Rasa Tiada Pilihan Raya Kecil di Perlis

KALAU yang menghantar surat perletakan jawatan sebagai Adun itu dari kalangan Pakatan Rakyat, sudah tentu dunia akan riuh randah. Kalau tidak sampai langit nak runtuh pun, pasti bumi akan retak.

Media massa kroni akan membuat berbagai ulasan berhubung dengan tindakan Adun itu. Tetapi nasib baik ianya berlaku ke atas Adun UBN, dari kumpulan MCA.

Media massa hanya melaporkan secara leteral saja perletakan jawatan Adun oleh Yip Sum Onn (foto) tanpa kupasan dan analisa mendalam seperti selalunya. Ia hanya melaporkan sebagai berita biasa saja tidak disensansikan. Kalaulah Yip itu orang Pakatan sudah tentu ianya akan diulas, digambarkan bahawa Pakatan semakin lemah, kucar kacir dan entah apa-apa lagi.

Sudah tentu ianya akan dikaitkan dengan prestasi negeri berkenaan di mana kejadian itu berlaku sebagai tidak menunjukkan pencapaian yang tidak memuaskan. Dan tindakan Yip itu juga akan digambarkan sebagai tindakan tidak percayai kepada pemimpin partinya di peringkat negeri berkenaan.

Tetapi sayang kerana ia berlaku dari kalangan UBN menyebabkan media massa jadi tidak bermaya dan ghairan untuk mengulas panjang. Kurang seronok untuk membuat ulasan. Inilah hakikat media massa negara ini senget sebelah.

Baru sekejap tadi saya menghubungi seorang pemimpin Umno negeri Perlis untuk bertanya apa yang berlaku itu. Menurut pemimpin itu apa yang berlaku itu sudah pun dijangka. Ia ada kaitan dengan kelemahan Umno Perlis yang dipimpinan Mohammad Isa Sabu yang juga MB.

Apabila ditanya apakah ia juga ada kena mengenai dengan kekalutan dalam UBN sendiri khasnya MCA, pemimpin itu tidak menafikan. Tetapi katanya apa yang Yip lakukan itu satu protes permulaan.

Jika tidak disekat menurutnya, atau gagal mengatasi masalah yang ada mungkin akan ada lagi Adun UBN yang tidak berpuas hati dan mengambil tindakan meletak jawatan. UBN Perlis boleh jadi huruhara.

You tengoklah nanti mungkin ada lagi kejutan selepas ini. yang jelasnya Mohammad Isa Sabu tidak mampu untuk memimpin Perlis,” ujarnya yang cuba menyembunyikan masalah sebenar di Perlis.

Perletakkan jawatan Adun Titi Tinggi itu disifatkan pemimpin berkenaan sebagai kegagalan Mohamad Isa Sabu sebagai MB. Katanya kalau beliau (Mohamad Isa) pandai dan bijak, tidak mungkin Adun Titi Tinggi itu melepas jawatan dalam keadaan sekarang.

“Apa yang berlaku menunjukkan kebenaran palsu yang disogokkan olehnya sebelum ini sudah terjawab,” ujarnya tanpa menjelas lanjur apa dimaksudkan kebenaran palsu itu.

Sementara seperti mana dilaporan media massa usaha sedang djalankan oleh pemimpin UBN untuk memujuk Yip supaya menarik balik perletakan jawatan itu. Pemimpin tertinggi MCA juga akan berusaha keras untuk memastikan Yip menarik balik perletakkan jawatan.

Sehingga kini speaker DUN Perlis juga belum menghantarkan surat itu kepada SPR. Dan kalau pun ia telah dihantar mungkin SPR akan membekukannya untuk memberi peluang kepada Yip menarik balik surat perletakan jawatan itu. SPR akan jadi lebih bertolak ansur kalau berdepan dengan kes-kes melibatkan Adun UBN.

Sebenarnya bagus juga kalau Yip tarik balik perletakan jawatan itu bagi mengelak diadakan pilihan raya kecil. Sudah banyak pilihan raya kecil berlaku jadi eloklah kalau tidak ditambah lagi. Lagipun pilihan raya itu tidak begitu mendesak kerana kalau kerusi itu bertukar kepada Pakatan pun ia tidak merubahkan kedudukan kerajaan Perlis yang kini dikuasai UBN.

Saya percaya Pakatan juga tidak begitu ghairah untuk menyertai pilihan raya. Yang jelasnya dengan apa yang berlaku itu ia menyeronokan Shahidan Kassim kerana beliau boleh eksploit keadaan itu untuk membuktikan bahawa beliau saja yang mampu dan layak memimpin Perlis.
Apapun saya yakin pilihan raya untuk kerusi Titi Tinggi tidak akan diadakan! [wm.kl. 8:45 pm 23/03/10]

3 comments:

bat8 said...

Tuan MSO

1. saya setuju dengan pandangan tuan ia itu tidak akan ada PRK di Perlis. UBN akan cuba sedaya upaya untuk memujuk ADUN berkenaan agar menarik balik surat perletakan jawatan beliau samada dengan imbuhan atau tidak.

2. RPK buat masa ini paling tidak dikehendaki oleh UBN walaupun dikawasan kubu kuat mereka. Apatah lagi jika dibuat dikubu pembangkang. kekalahan UBN dalam PRK mempunyai impak yang lebih besar dari kekalahan pembangkang.

4. Jika kita meneliti sikap dan tindakan politik UBN, kita tidak perlu risau sangat sebab UBN tidak berupaya mempamerkan tindakan politik yang jitu dalam setiap isu yang dihadapi. Mutakhir ini kita melihat mereka seolah-olahnya hilang plot, berterabur tanpa kawalan kemas oleh pucuk pimpinan dan semua tindakan mereka lebih merupakan tindakan mee segera tanpa memikirkan implikasi jangka panjang. Ibarat kata, setiap tindakan mereka lebih merupakan memasang jerat dikaki sendiri.

5. Tindakan MSM tiada apa yang perlu dikecewakan. Tindakan utusan meloya dan suku sakatnya sebenarnya banyak membantu pembangkang dan memeningkan UBN bila sesuatu isu dimainkan.

6.Sebenarnya Pakatan rakyat perlu menyusun elok-elok setiap langkah agar mendapat impak positif yang maksima.

7. dalam menyusun gerak kerja Pakatan, saya masih risau dengan pucuk pimpinan PAS yang didominasi oleh geng terengganu yang menyokong idea kerajaang perpaduang. Tindakan mereka perlu diawasi kerana seringkali menjadi talian bernafas UMNO apabila sedang sesak nafas.

Pada saya, kenyataan untuk mengantikan perkataan tuhan dengan "Allah" dalam rukunegara sehari dua lepas jika dilihat secara mendalam bolwh menambahkan masaalah kepada Pakatan. Apa rasional PAS membangkitkan isu yang telah reda walau[un secara umum kenyataan tersebut nampak ok.

bat8

Jashamsulnizam said...

Dua buah drama yg sama...

DUN Kota Seputeh :-
SPR ckp : kita tunggu Umno-BN buat rayuan kt mahkamah dlu...

DUN Titi Tinggi :-
SPR ckp : kita tunggu BN Perlis rayu kt ADUN tu dlu...

semestinya SPR ikut arahan BN...

samarkand said...

Assalamualikum W.B.H...

Pak MSO,

Takziah di atas pemergian adik pak MSO(Pn.Mashitah),Al Fatihah...

Berkenaan perkara itu sememangnya dah diketahui umum, terutama golongan belia macam saya ni,lain lah bagi golongan yang karat tu dah naik kebiru-biruan pekat.Tak terkejut akan penarikan semula perletakan jawatan tersebut.Depa akan kepung sekepung kepungnya.Di Kedah ni nampak macam kool saja, tak sangka jiran kat atas tu dok semakin bergelora,harap jengok-jengok la sama depa kat atas tu.

Apa pun kita tunggu dan lihat ajelah penarikan semula perletakan tu.Harap jangan menangguk di air keruh macam kawan kita sipelanyak tu sudahlah,tapi nampak semacam dan seakan-akan ajelah.Almaklumlah zaman la ni pi Market RM50 tak cukup nak belanja beli lauk sekeluarga apatah lagi jika seseorang tu kaki judi, kalau tokey atau pemegang saham judi tu tak pa la, dah tentu banyak RM dan dosanya.

Wassalam.

Samarkand.
*Ari ni MP KBB ulas pasai anak An-lun, tak sentuh pasai blok bebas atau bergegarnya Parlimen dibuatnya. Boleh tahan jugak lawak dia ni.