Assamualaikum,
SELEPAS saya publishkan komentar sdr Zahari1950 banyak komentar susulan yang masuk, pro dan kontra. Ada yang menyokong dan ada juga yang terus mengkritik saya. Untuk berlaku adil saya telah publishkan sebahagian daripada yang masuk yang saya kira masih boleh diterima pakai kerana bahasa tidak kejam sangat. Maaf yang terlebih emosi baik kepada saya atau kepada Zahari1950 saya terpaksa kiv dan simpan.
Di sini kita tidak mahu sesiapa menegakkan benang basah. Cuma kita bercakap berdasarkan fakta yang ada, yang kita dengar sendiri dan kita rumus sendiri. Saya mungkin terhad untuk mendapat maklumat tambahan berhubung dakwaan si pembacuh kopi terhadap Anwar maupun dari pihak Anwar sendiri.
Tetapi saya sudah katakan kalau saya ada maklumat yang relevan dan memuaskan saya akan ulas dan kaji kemudian catat untuk tatapan umum sebagai pembandingan. Saya rasa saya bukan penimbang yang batunya sudah pecah!
Tidak timbul sama sekali saya adalah pendokong kuat Anwar. Sikap saya kepada Anwar istiqamah sejak dulu. Malahan kalau hendak ikutkan sejarah sayalah yang pertama muncul secara fizikal, berdokumen mengkritik dan menentang Anwar, tahun 1990 lagi menerusi sebuah buku yang menjadi sejarah. Ketika itu tidak sesiapa yang berani menentang dan mengkritiknya malahan semua obes beliau akan jadi PM. Jadi tidak timbul kalau saya penyokongnya secara bertaklid buta.
Saya senantiasa melihat kepada realiti dan hubungan saya dengan beliau dan sesiapa saja atas dua prinsip; kemanusiaan dan perjuangan yang menurut apa yang saya rasakan betul. Sebab itu kalau perjuangan termasuk kaedah yang diambil bertentangan dengan naluri dan kepercayaan saya, saya akan tolak dan kritik. Tetapi atas dasar kemanusiaan (insani) saya akan bersimpati dan sedia membela sesiapa saja.
Sebab itu bila cara pendedahan kemungkaran Anwar oleh Dr Mahathir 1998 melampau dan melebihi hak maka sayalah orang pertama yang bangun membela Anwar menentang penganiayaan yang saya anggap cukup tidak berperikamanusiaan oleh Mahathir Mohamad. Namun saya tidak menafikan berdasarkan prinsip 4C apa yang Mahathir lakukan itu halal dan begitu juga serangan balas Anwar juga halal. Sokongan saya kepada Anwar itu bukan konsisten atas dasar perjuangannya. Bila Anwar membawa semangat Malaysia Baru yang membimbangkan saya, saya ada menegurnya. Mereka yang mempunyai mata hati dan pengamatan siasah yang tajam akan menemui teguran tersirat saya.
Kali ini bila Anwar didakwa saya menumpahkan lagi rasa simpati itu. Terus terang saya jelaskan saya tidak mahu menafikan atau mengiyakan apa yang berlaku di sebaliknya. Kita hanya boleh membuat rumusan dengan fakta dan bukti yang didedahkan. Tetapi sebagai orang politik kita kena jauh membaca dan mencari makrifat di sebaliknya. Dan inilah yang saya lakukan.
Sehubungan itu bersama ini saya postkan komen balasan sdr Zahari1950 terhadap komen-komen dan ulasan berhubung catatan beliau sebelum ini. Dengan ini saya rasa kita tutuplah polemik ini. Jangan ada sengketa antara kita. Saya tetap yakin siapa pun kita, di garis mana kita berdiri, di bawah lambang apa kita berteduh dan bersorak tindakan kita adalah untuk kebaikan.
Saya tidak percaya orang yang menerobos blog saya ini berniat jahat sebaliknya mereka juga punya iltizam dan azam seperti saya untuk mensejahterakan Malaysia, Melayu dan Islam. Kepada semua penjenguk yang mengambil bahagian baik komennya dipublishkan atau tidak saya berbangga dan mengucapkan terima kasih. Wassalam.
MSO, Kuala Lumpur. [d'kota kl 9:00 am 13/03/10]
Bacalah balasan Sdr Zahari1950:
Ya saya akui umur saya 60 tahun. Tapi saya bukan beku. Juga saya bukan jenis pak turut membabibuta. Saya bukan hanya membaca utusan malah Harakah, Strait Times, The Star dan juga blok pembangkang. Malah saya juga suka membaca artikel-artikal ulasan politik dari tokoh-tokoh akademik, tokoh-tokon NGO dan tokoh-tokoh agama seperti Harun Din, Hassan DIN dan lain-lain.
Dan kerana itulah saya membuat keputusan bahawa saya patut menyokong UMNO.
Sokongan saya kepada UMNO tidak secara membuta tuli. Senarai saya bagi orang paling tak layak jadi Perdana Menteri Malaysia dari dulu lagi adalah:- A B, Anwar Ibrahim (semasa dalam kerajaan BN) dan yang terbaru KJ. Adakah mereka ini orang PKR atau PAS atau DAP?.
Dan oleh kerana sesuatu yang tidak dapat di elakkan, saya tidak dapat mendedahkan banyak lagi kenyataan benar yang berlaku didepan mata saya. Buat masa ini saya mengambil keputusan meletakkan diri saya sama seperti rakyat Malaysia yang lain. Iaitu mengulas berpandukan dengan perkembangan semasa. Namun saya memang telah buat keputusan bahawa saya tidak dapat meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon atau bakal pemimpin bagi sebuah negara seperti Malaysia ini. Atau sekurang-kurangnya pemimpin yang mendapat sokongan saya.
Kiranya pendapat 3 orang doktor telah mengesahkan bahawa Saiful tidak di liwat, tolong bagi penjelasan, mengapa doktor dan pakar forensik yang lain pula mendapati ada air mani Anwar dalam dubur Saiful. Adakah 3 "doktor Anwar" itu sahaja yang berkelayakan doktor?.
Adakah kalau keputusan doktor lain yang tidak menyebelahi atau menyokong Anwar maka kelayakan doktor tersebut patut di tarik balik?.Saya bersyukur kepada Allah kerana saya masih waras walaupun umur saya 60 tahun. Tetapi adakah yang empunya diri yang mungkin bawah 40 tahun layak menghukum insan lain tidak menggunakan akal sedangkan akal itu di anugerahkan untuk berfikir dan membuat keputusan kepada semua umat manusia malah kepada spesis binantang juga.
Banyaknya kelemahan, kekilafan, laporan individu, penglibatan, tuturkata, gambar, lakunan dan bermacam-macam lagi yang menjurus kepada bukti bahawa ada sesuatu tak kena dengan Awnar Ibrahim. Adakah saya tidak berhak langsung membuat keputusan sendiri.
Adakah saya tidak berhak mendapat satu keputusan tertentu melalui sesi perbicaraan di mahkamah bagi menentukan samada Anwar bersalah atau tidak. Dengan itu dapatlah saya bersihkan fikiran saya yang penuh prajudis dan kotor terhadap Anwar.
Cuma satu perkara saya nak maklumkan kepada yang meletakkan saya hampir kepada tak siuman, akal pendek dan lain-lain bahawa saya amat kenal Anwar Ibrahim semasa dia masih menuntut di UM lagi. Pada masa itu ramai yang menulis mengkritik saya masih belum lahir malah ada ibubapanya belum berkahwin pun.
Masih mengiang-ngiang di telinga saya ucapan Anwar Ibrahim yang berapi-api. Saya tahu siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya maka itu lakunan dan perang saraf Anwar tidak akan dapat mempengaruhi saya. Saudara berhak mengkritik saya dan begitu jugalah disebaliknya. Kalau kita menembak meriam ke arah gunung, hendak tak hendak gemanya akan melantun balik kepada kita.
-ZAHARI1950

8 comments:
pasal cover buku - 2 kali sy beli buku tu.sebelum dan selepas Anwar dipecat.excited masa tu,asalkan sayuti dan lutfi, mesti sy beli.
pasal KJ memang sy setuju bahawa KJ memang tak layak jadi PM sebab awal-awal dah rekod buruk.
pasal sokongan terhadap Anwar.ini pandangan org biasa sahaja.
pertama,lihat keluarga Anwar tanpa politik. Isterinya baik dan anak2nya bijak dan berjaya.mereka tenang dan pandai menyesuaikan diri hidup walaupun Anwar dipenjara. Sebagai pemimpin rakyat, Anwar tetap berjaya mengimbangi dunia politik dan keluarga.
kedua,segala tuduhan terhadap Anwar gagal direncanakan dengan baik dan sentiasa ada kegagalan dan kelemahan bukti.Dari konspirasi 1998 sampai sekarang, Anwar masih mampu bertahan dan propaganda yang mengaburi mata rakyat adalah kerana media utama negara memanupulasikan berita benar kepada sebohong-bohongnya mengenai perjuangan Anwar.Disini ramai orang menjadi buta dan tidak celik Anwar
ketiga, kenapa tidak dituduh Anwar seorang yang pecah amanah,rasuah. Kerana itu perjuangan utama Anwar. Kenapa dituduh peliwat dan bukannya perogol. Jika Anwar kaki betina mungkin ada kebenarannya tetapi apabila diberi kaki sodomi maka sukar majoriti rakyat untuk mempercayainya malah ada kalangan UMNO/BN yang mempertikaikan kelemahan Mahathir dalam menjatuhkan Anwar.
Boh..orang seperti ini tidak perlu dilayan kerana hujahnya lemah untuk memperkukuhkan teori konspirasi jahat UBN.
Sehingga ada yang percaya pada lekuk di dahi Saiful menunjukkan betapa benarnya orang seperti Saiful Bukhari tu.
Hanya ALLAH yang maha mengetahui dan sy percaya gilanya Anwar nak menjadi PM adalah kerana mahu menwujudkan kerajaan yang bersih dari segala kejahatan..insyallah.dan itulah yang ditakuti ramai kerana semasa Anwar menjadi TPM dan menteri kewangan pun dah ramai kaki korup terkena dengan penangan Anwar
salam pok zahari1950
dari petikan pokcik;
Masih mengiang-ngiang di telinga saya ucapan Anwar Ibrahim yang berapi-api. Saya tahu siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya maka itu lakunan dan perang saraf Anwar tidak akan dapat mempengaruhi saya.
Kalau pokcik zahari1950 tahu sape sebenarnya anwar berahim ni, bagitahu lah saya kat sini sape dia sebenarnya. Saya pun nak tahu juga.Kalau setakat berkokok huuhaa huuhaaa...tanpa fakta, rasenya lebih baik pokcik zahari1950 abiskan mase ngan mengaji al-quran yg terang2 mendapat pahala sementara sisa2 umur yg tinggal masih ada. Jgn pula hanya dgn fakta kosong begitu membuatkan saya hilang hormat pada org yg sebaya dgn org tua saya.
Umno itu sekular pokcik, sanggup pisahkan agama dgn politik. Dgn bahase mudah agama suku politik suku. Astaqfirullah...inilah perjuangan yg pokcik sokong? aduhai..
Salam MSO,
Apapun kebenaran, bak kata Imam Abu Hanifah semasa ditanya oleh Ulama Sesat tentang pekerjaan Allah pada masa itu.
Imam Abu Hanifah berkata kau turun dari mimbar dan biarkan aku naik untuk aku menjawap soalan tersebut.
Lalu Imam Abu Hanifah berkata pekerjaan Allah ialah menaikan yang HAQ dan menjatuhkan yang batil.
Jadi biar lah masa akan menentukan siapa pun yang benar dalam kes Anwar. Sebab Anwar mungkin tidak baik tetapi yang merancang dan mendakwa Anwar pun bergelumang dengan najis.
Anwar seperti kita ketahui dari media pro Umno, ejen kepada segala bangsa di dunia i.e ejen Amerika, Ejen Yahudi, Ejen Cina, Ejen India cuma bukan ejen 007 je. tetapi semasa jadi TPM, takda pun dia jual rahsia negara kepada bangsa2 n negara2 tersebut.
Anwar juga tak sempurna seperti orang lain, memang hebat berpidato tapi kurang cekap dalam pengurusan.
Anwar juga ada kelemahannya dan manusia juga boleh berubah. Dari merangkak kita berjalan kemudian berlari. Manusia boleh berubah. Kalau nak cerita kisah muda kita. kisah semasa di universiti, semasa zaman slow rock, zaman pop yeh2. Yang nakal dan dangkal.
Manusia ataupun kita juga boleh bertaubat boleh jadi ahli masjid, ahli ibadah, dai'i walaupun dulu kita mungkin jahat macam setan. Pemikiran kita berubah, cara kita berbeza zaman muda dan zaman tua. Begitu juga dengan Anwar.
Dalam kes Mahkamah Anwar, memang lah keadilan sepatutnya untuk kedua belah pihak. Saiful dan Anwar tetapi boleh kah tiada campurtangan politik dalam urusan kehakiman. Di sini bukan setakat bersih tetapi biar lah perjalanan proses keadilan juga kelihatan bersih terutama di kalangan penyokong PR.
Keadilan di mahkamah mungkin bersih tetapi ia tidak kelihatan bersih di mata penyokong PR. Banyak eksiden yang menunjukkan ke arah sedemikian. Contohnya, kalau orang tidak mahu pada seseorang pengadil, ataupun pengadil mungkin dilihat menyebelahi dan di minta untuk mengundur diri tetapi pengadil tersebut tidak mahu berbuat demikian. Maka ini sudah memberikan persepsi kurang baik. Sebagai pengadil, kita mesti diterima baik oleh kedua2 belah pihak bukan hanya sebelah pihak. Jika pengadil mungkin akan berpihak, adakah salah untuk pihak yang lagi satu membantah. Kita seronok jika tak kena pada batang hidung kita dan terkena pada orang lain tapi fikirkan jika keadaan tersebut terkena pada kita, keluarga kita.
Seterusnya, walaupun PR meletakkan Anwar sebagai pemimpin. Perlu di ingat seperti posting dalam RPK. Anwar dah "lost ground" dengan golongan muda. Orang muda menyokong PR bukan kerana Anwar.
Orang muda perlukan perubahan yang cepat dan tuntas. Indonesia yang kurang baik dari segi kemudahan asas, krisis ekonomi tidak memberi kesan kepada negara mereka berbanding dengan Malaysia yang yang amat2 terkesan dengan krisis tersebut. Ini kerana, Indonesia sudah berjaya menghapuskan rasuah selepas kejatuhan Suharto 1998. Berbanding dengan Malaysia yang semakin tinggi kadar rasuah.
Saya berpendapat orang muda tidak terlalu terpikat dengan Anwar tetapi orang muda lebih terpikat dengan polisi PR. Cuma ditakdirkan buat masa ini Anwar adalah ketuanya. Jika Zaid Ibrahim atau siapa saje yang jadi ketua umum PKR pun, orang muda tidak berganjak jua.
sambungan...
Politik selepas Mac 2008 telah berubah dan perubahan itu akan berterusan. Jika pun BN lagi dalam PRU 13, perubahan tetap akan kekal.
Malaysia memerlukan hanya dua parti sistem tidak kira siapapun yang memimpin kedua2nya. Banyak faedah diperolehi rakyat melalui sistem dua parti baik daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri PR. Pelbagai insentif diberikan kepada rakya berbanding apa yang rakyat dapat semasa BN menang besar 2004-2008. ketika itu, rakyat hanya dapat kenaikan harga barang yang melambung2.
Berbalik kisah dengan Anwar dan juga kisah Imam Abu Hanifah. Jika Anwar ataupun Saiful teraniaya, tidak memperolehi keadilan yang sebenarnya.
Ingatlah Allah akan menjatuhkan yang batil dan menaikkan yang HAQ bila sampai masa dan ketika yang telah dijanjikan. Bahkan yang batil itu akan musnah seperti musnahnya patung berhala di Mekah.
Salam tuan MSO dan semua pembaca,
Saya berusia awal 30 an, semasa saya berusia awal 20 an dan sedang baru mengenali dunia politik, saya telah dihidangkan dengan satu kisah politik yang hebat iaitu kejatuhan DSAI semas era TM. Sebagai seorang budak yang masih mentah ketika itu, saya sangat keliru dengan kes tersebut, banyak pendapat yang dihujahkan sama ada menyokong atau menentang konspirasi tersebut. Selari dengan peredaran masa dan kematangan diri, juga kronologi dan keputusan kes tersebut, saya terus melihat dan menilai setiap turutan peristiwa tersebut satu persatu sehingga peristiwa terkini, saya sangat setuju dengan pendapat dan ulasan tuan.
Sebagai orang biasa yang hanya memerhatikan kes ini dari luar, saya sangat tidak setuju kalau ada pendapat yang terus menghukum DSAI sebagai ‘penjahat atau peliwat’ sehingga kes ini diselesaikan oleh mahkamah. Namun begitu, adakah keadilan yang sebenar-benarnya akan berlaku di mahkamah, sedangkan pengalaman silam menunjukkan sebaliknya?
Ternyata tuan, pengalaman awal sangat sukar untuk dikikis dari ingatan dan pengalaman itulah yang menjadi persepsi saya dalam memerhatikan kes ini sekarang.
Bagi saya, kalau ada pihak yang ingin terus mengekalkan kuasa dan mematikan perjuangan politik DSAI sekalipun, janganlah menggunakan tuduhan sebegini kerana kisah yang lalu telah memberikan saya pengajaran. Daripada suara ramai generasi sebaya saya, saya masih tidak dapat menerima tuduhan ini walau sehebat mana media memanipulasi isu ini sekalipun, kerana pengalaman lepas sangat terbekas di fikiran saya. Ditambah pula dengan beberapa ‘kes besar’ di pihak yang menuduh yang masih menjadi misteri sehingga kini, persepsi negative menyelubungi fikiran saya dalam menilai kes terbaru DSAI.
Nampaknya masih tidak mahu berubah…………
Saya harapkan Pak Zahari1950 ini bukan lah Pak Said Zahari,tokoh wartawan itu.Baik.Kalau Pak Zahari berasa syak benar bagaimana kesan air mani berkenaan boleh ada di dubur Saiful,tidakkah Pak Zahari ingat,sewaktu kes Liwat 1 dulupun,air mani Anwar telah di dapati di atas tilam Tivoli Villa.Hampir-hampir mustahil tilam di Villa berkenaan tidak bercadar.Tarikh kejadian tersebut berlaku pun diubah sebanyak 3 kali oleh pihak pendakwa.Jadi apa yang peliknya sekiranya kesan air mani itu sekali lagi telah dijumpai di dubur Saiful.Bukti2 seperti ini bersifat "circumstantial" yang boleh dimanipulasi oleh sesiapa pun.Kerana "burden of proof" dalam dalm kes jenayah berat,wujud pula reasonable doubt seperti ini,bila-bila masa sahaja kes ini boleh dibuang(sepatutnya).Memang.ketika Anwar di UM saya belum lahir.Tapi itu lah gunanya pembacaan dan kajian.Adakah sekiranya kita tidak hidup di zaman kesultanan Melaka,kita tidak boleh mengkaji sejarah kita?
assalamualaikum.
alangkah baiknya kalau pakcik Zahari atau sahabat-sahabat yg lain sebagai orang melayu beragama Islam mempunyai keupayaan fizikal dan material menumpukan perhatian kepada membina generasi muda melayu Islam hari ini. Bercakap politik macam sangat bagus, macam semuanya tahu; tahu rahsia orang itu, tahu rahsia orang ini, baca akhbar itu-ini setiap hari, Al-Quran dgn kitab tafsir baca tak setiap hari? astafirullah.. pergilah jenguk sekejap ke kampung-kampung melayu felda (i.e. jengka satu), pergi lah masuk sekejap kampung-kampung pendalaman melayu seperti di Baling, di Sungai Kelah. Jumpa pakcik penoreh getah, nelayan tanyakan berapa pendapatan dia, cukup ke nak beli susu anak, nak beli beras.. besarkan mata tengok dengan hati betapa jauhnya orang melayu ketinggalan. Kat Kuala Lumpur ramai anak-anak melayu terlibat dengan kes dadah, gejala sosial, kes ragut, pecah masuk rumah bersenjata, kes bunuh budak... Orang meluat dengan UMNO sebabnya orang melayu semakin parah, jauh ketinggalan dalam semua bidang. Pemimpin semakin sombong dan bongkak, angkuh, dan pulak tu sekarang ni menggunakan semua jentera yg ada utk menjatuhkan orang melayu sendiri. Anwar Ibrahim tu orang India ke? Nik Aziz yg dikejar SPRM kes "rasuah haji" tu orang Cina ke? Khalid Ibrahim menteri besar selangor tu orang mamak ke? itu semuanya orang melayu beragama Islam. Ini lah yg dikatakan "melayu busuk hati dengan sesama melayu".
Kes Anwar ini semua orang melayu Islam sepatutnya mengambil jalan tengah berserah kepada Allah, melakukan solat sunat hajat agar siapa yg bersalah atau memfitnah akan dihukum kalau tak di dunia pasti nanti di akhirat. Buanglah dalam tong sampah wahai pakcik zahari senarai siapa nak jadi PM tu, tak payah fikir siapa nak jadi PM, Allah lebih tahu. Ambillah peluang dengan sisa usia yg ada menyumbang tenaga dan material membantu anak-anak melayu miskin, anak-anak yatim utk pergi belajar. Ada banyak sekolah-sekolah anak-anak yatim miskin yg boleh dibantu. Itu lebih baik dan lebih utama kalau masih nak fikirkan akan nasib anak bangsa sendiri.
Salam.
Salam, dijelaskan saya masih menerima banyak kritikan dan teguran terhadap sdr Zahari1950. Sdr Zahari juga ada menghantar balasan berhubung komen terbaru. Beliau ucap terima kasih kepada pengomen yang positif. Saya tidak bercadang publishkan komen terbaru Zahari kerana takut ia berpanjangan sebab masih ada unsur-unsur negatif dan boleh mengelirukan. Jadi dengan ini saya TUTUP polemik ini dengan harapan ia telah memberi manfaat kepada semua pihak. Terima kasih.
MSO.
Post a Comment