Wednesday, March 10, 2010

Ulasan Penahanan Mazlan

Penahanan Mazlan Menaikan Namanya dan Anak

KEWUJUDAN Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) sebelum ini semacam tidak disedari oleh orang ramai. Anak hanya menjadi buah mulut kalangan anak-anak peneroka Felda yang kebanyakan nun jauh di pedalaman saja.

Mungkin orang menganggap ia hanya penyibuk saja maka ia tidak diberi perhatian. Tetapi Anak tidak pedulikan kepada sikap atau kepedulian orang ramai kepada persatuan itu. Apa yang penting anak membela anak-anak peneroka dan membawa masalah yang timbul di dalam Felda ke pengetahuan luar.

Mungkin mereka tidak pun berniat ingin gah atau glamour dengan persatuan itu. Apa lagi pengerusinya Mazlan Aliman yang saya tengok sungguh hamble dan merendah diri dalam kehidupan sehariannya. Wajahnya sebagai anak peneroka jelas terbayang dari mana-mana sudut.

Penahanan oleh polis terhadap Mazlan Aliman petang semalam dan diremen hari ini menyebabkan baru ada orang yang sedar kewujudan Anak. Bahawa ada persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib anak-anaka Felda yang teraniayaa dan diabaikan.

Baru-baru ini Anak diketaui Mazlan telah menyerahkan memorandum kepada Suhakam berhubung ketidak adilan yang berlaku dalam Felda. Penyerahan memorandum itu menyebabkan orang sudah mula memberi perhatian kepada Anak dan Mazlan Aliman. Bahawa fungsi Anak mula mencabar pihak tertentu dalam Felda.

Kemungkinan juga penahanan yang dilakukan ke atasnya semalam ada kaitan dengan penyerahan memorandum berkenaan. Lebih jauh dari itu ia mula digeruni oleh pihak pengurusan Felda, dalam hal ini Perdana Menteri, Najib Razak.

Meneliti penahanan Mazlan ini adalah sedikit keanihan. Menurut laporan beliau dtahan selepas membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pegawai Felda yang ingin menahan atau menghalangnya ketika beliau menghadi satu majlis dialog di rumah seorang peneroka.

Kenapa Mazlan ditahan dan pengurus Felda berkenaan yang dilaporkan oleh Mazlan dibebaskan? Tindakan ini menjadi persoalan. Bahawa ada sesutau ketidakadilan dan sini. Ataupun penahanan Mazlan itu sebagai satu gertakan saja. Saya percaya kalau itulah tujuannya ia tidak memberi kesan kerana sudah tentu sebelum menubuhkan Anak dan menggerakkan agedannya Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pusat sudah tahu natijahnya.

Ugutan gertakan dan penahanan itu sama sekali tidak akan mengendurkan semangat Mazlan dan Anak sebaliknya telah menaikan namanya setangga lagi sebagai pejuang dari golongan marhaen di negara ini. [jln phg 5:00 pm 10/03/10]

12 comments:

MANSOR JUNUS said...

Penahanan beliau adalah satu hikmah. Sekurang2nya orang2 di luar Felda tahu akan ragam penindasan Felda. Dalam masa yang sama jenerasi2 pelapis Felda kini juga sudah jelas, siapakah UMNO sebenarnya, yang selama ini melaung2kan keperihatinan mereka membela peneroka2. Cantik2...

zahari1950 said...

Agak-agak Mazlanni penyokong tegar PAS tak?. Orang FELDA tolong bagi maklumat. Biasanya orang PASlah akan guna apa juga platfom untuk tujuan politik dan mencemuh orang. Tak kira dimana asalkan boleh. Masjid, sek.Agama,persatuan NGO, TADIKA, TASKI, sekolah pondok dll. Di Perak, baru 11 bulan memerintah, suara sumbang politik PAS berkumandan di membar khutbah. Apakah Sayuti Omar sedari hal ini. Di Kelantan macammana?. Jangan menafikan benda yang sahih atau menjaja fitnah tanpa usul periksa. Nanti termasuk dalam senarai munafik dan fasik Yusof Al Qardawi.

Daulah-alWatan said...

Hakikatnya Felda dah berjaya membantu orang2 Islam yang dhoif.

Tapi si Mazlan ni masih sibuk memperjuangkan ketidakadilan.

Siapa yang tak adil?

Allah maha mengetahui.

kp cht ibol said...

best blog tuan , antara blog yang berjaya menambat hati saya. tahniah .
mohon izin di printkan mana yang sesuai dan diedarkan kekhalayak ramai .

BKK said...

Amat mengecewakan apabila polis perlu menahan Mazlan di dalam lokap atas sebab perbezaan politik. Seperti biasa, pihak polis sudah tentu akan memberi alasan yang 'munasabah' untuk menghalalkan penahanan tersebut. Pihak Felda dan polis perlu menumpukan kepada masalah yang lebih besar terutamanya masalah dadah dan moral anak-anak muda di Felda. Di sebalik penahanan Mazlan, saya bersetuju dengan tuan yang ianya memberi promosi percuma kepada Mazlan dan Anak. Terima kasih Felda dan polis.

Unknown said...

mazlan aliman..dahulu saya tidak tahu macam2 cara yang kerajaan gunakan untuk tipu/mempergunakan para peneroka sehinggalah munculnya pemuda bernama mazlan aliman...terlalu banyak kepincangan felda ini sebenarnya...tp sayang..tak ramai warga2 felda yang mahu memikirkanya...sebahagian besar dah jadi lembu pawah..suma makan apa yang di sediakan..

Rillink said...

Assalamualaikum Tuan,

Saya bukan anak Felda tapi saya adalah bekas akauntan Felda.Saya kesihan nasib generasi kedua Felda kerana suara mereka adalah benar tetapi suara mereka hanyalah suara kedua dan bukan nya suara pertama yang di miliki peneroka asal iaiti bapa bapa mereka yang telah menjadi lembu kenyang yang di cucuk hidung.

Unknown said...

Salam MSO,

Inilah yang dinamakan sebagai membutakan mata, memekakan telinga bila Zahari1950 berkata demikian. Jenis yang hanya pandai baca utusan melayu sahaja. Itulah hasilnya.

Supaya otak tak jadi kemetot macam zahari1950 sepatutnya kita baca semua akhbar tak kira pembangkang ataupun kerajaan.

ibnuazim said...

saya die hard fan mazlan aliman, 1st tgk dia masa muktamar kat putik, dia bangkang apa yg dia rasa patut dibangkangh dan sokong apa yg patut disokong, walaupun melibatkan presiden sendiri.... second masa program debat... memang hebat berhujah, sampai rtm terpaksa memotong ucapan2nya untuk siaran ulangan, sebab ramai sangat tepuk tangan menyokong beliau....

Nizam said...

salam tuan,

saya anak felda. hidup aman damai di felda. syukur atas kurnia Allah. Tak tau apa yg ANAK perjuangkan. golongan2 ni mmg ada di setiap felda. biasanya yang mereka yang suka independent. bila kebun tak jadi, mula tunding keliling. di tolong salah tak tolong pun salah.

wassalam

Melayu Raya said...

Blog tuan hanya tahu mengutuk dan fitnah saja,isu remeh Felda ini tak perlu di bangkit,sudah muak! Apa tak ada yang baik kah di buat oleh Pemerintah? org Felda tak cukup makan kah? mati kelaparan kah? anak mereka tak sekolah kah?Kiralah berapa Kerajaan dah beri bantuan!cukuplah di politik kan isu ,stop!..ini kes KSN sambung kontrak pun nak jadi isu....kalu lantik org PAS ok kot?
Kalu tuan tak mahu siar komen saya ini, macam selalu pun tak apa!!!

Adnan Abu said...

Salam....
kebanyakan yg diluar felda tidak tahu apa sebenarnya berlaku di felda. sy telah menemui para peneroka felda lembah klau. sebagai anak generasi kedua felda saya amat terasa dan sedih apa yg berlaku. Adakah RM300,000 cukup untuk mereka mencari semula tanah 10 ekar yang tergadai dan tapak rumah seluas 1/4 ekar. rm300,000 bukan dapat sepenuhnya tetapi ada potongan untuk orang tengah yg terdiri dari suku sakat umno. kenapa terlalu tamakkan duit dan menindas orang kebanyakan. peneroka felda adalah satu rumpun yang hidup bersama sekian lama. setelah pengambilan tanah oleh kerajaan negeri keman mereka akan membawa diri.
Dari pengalaman saya jika diberi duit sebanyak itu kepada peneroka anda hanya perlu menunggu selama 2 tahun untuk melihat mereka merempat. tanyalah kepada peneroka Felda Bukit Tajau, Jengka 7, Sungai nerek yg telah diambil tanah mereka untuk dibuat Lebuhraya. Apakah mereka dapat menggantikan tanah mereka yang hilang itu. yg pasti ramai dari mereka telah menjadi jaga kilang sekarang.
Bagi saya sebagai Generasi kedua, pengambilan tanah sepatutnya diganti semula dengan tanah lain. penempatan baru perlu disediakan dan pampasan untuk pembinaan rumah baru juga perlu diambil kira. Kerajaan negeri sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menyediakan semua ini. Felda Plantation mempunyai beratus ribu ekar ladang sawit. apakah salah jika diambil dan digantikan kepada peneroka Lembah Klau ini. Dengan cara ini tidak berteraburlah peneroka kebandar bandar untuk menjadi jaga kilang. Ditambah lagi tujuan asal penubuhan FELDA adalah untuk membasmi kemiskinan dan memastikan peneroka mempunyai tanah sekurang-kurangnya 10 ekar.
Untuk maklumat pembaca terdapat tanah di Felda Lembah Klau telah dijual kepada bukan bumiputera.
inilah pekara yg paling mendukacitakan.
saya tidak sanggup lagi melihat tangisan para peneroka ditindas. cukuplah saya dianak tirikan oleh felda atas sebab menanam sawit secara sendiri. Mungkin bagi FELDA saya berdosa kerana ingin melihat hasil titik peluh saya sendiri sebagai anak tempatan. saya juga dianggap penderhaka kerana berjaya membuktikan saya mampu mendapat hasil lebih tinggi daripada ladang yang diuruskan oleh FELDA.
Untuk semua peneroka dan Generasi ke2 felda, bersedialah untuk menghadapi masa depan yang serba salah dirancangan FELDA.