Semua Pihak Perlu Bercakap Dalam Cerah Dan Ikut Prosuder
ZAMAN ini zaman fitnah menular dan menjadi pemusnah yang maha hebat. Jadi semua orang hendaklah cuba elakkan dari difitnah apa lagi memfitnah mana-mana pihak secara kering dan hidup. Pemimpin yang bijak ialah dapat mengelakkan mereka difitnah. Untuk mengelak dari difitnah atau pun ditanggapi dengan perkara negatif mereka kena perlu menjaga penampilan, kegiatan, kenyataan ataupun gerak geri mereka.
Kadang-kadang kita berbuat sesuatu dengan niat yang baik untuk kepentingan bersama. Disebabkan ada muslihat maka ia tidak boleh didedahkan. Maka jadikan sesuatu pertemuan atau perjumpaan itu dibuat secara sulit. Tidak mengapa, kalau kesulitan itu tidak terdedah selamanya. Tetapi macam mana kalau ia dipandang atau terketahui oleh orang? Bolehkah kita memastikan apa yang kita lakukan itu tidak akan terdedah? Selalunya kemungkaran itu terdedah bila timbul kebenaran.
Dalam sebuah organisasi (apa lagi badan siasah) sangat memerlukan kepada disiplin. Pemimpin dalam sesebuah organiasi seperti para hakim yang tidak boleh bergaul atau melakukan kegiatan secara sesuka hati dengan masyarakat umum. Ia mestilah mengikut prosuder dan peraturan oragnisasi berkenaan. Kalau ia melakukan sesuatu yang melanggar peraturan dan mencurigakan maka akan timbullah fitnah. Sebagai ahli kepada organisasi juga kita perlu patuh kepada ketua sendiri. Sikap membelakangkan ketua merupakan sifat kurang baik.
Saya menimbulkan persoalan berhubung dengan kehadiran beberapa orang pemimpin kanan PAS dan juga ahli Parlimen ke rumah Anwar Ibrahim tengah hari semalam secara eksklusif. Kehadiran itu bukan kehadiran biasa, seperti menghadiri kenduri ataupun keramaian ataupun majlis tahlil biasa. Kehadiran yang diundang atau kehadiran khusus beragenda.
Apa lagi mereka ini sudah dikenal sebagai orang-orang yang mesra dengan rumah Anwar. Mereka sangat arif jalan ke rumah Anwar daripada jalan ke rumah Nik Aziz atau Haji Hadi. Tidak ada masalah kalau mereka datang sebagai kunjungan biasa, tetapi bila datang berpuak yang sama kepala pula menyebabkan ia menjadi persoalannya. Untuk apa?
Kalau pemergian itu atas panggilan Anwar ianya tidak wajar. Anwar tidak patut berbuat begitu kerana mereka walaupun kawan rapat tetapi mereka adalah anggota parti lain. Apa lagi kehadiran pemimpin itu yang berkedudukan dalam parti tidak diketahui oleh Presiden. Tentu ia akan menimbulkan berbagai kecurigaan.
Abdul Hadi Awang katanya ketika ini masih di Taheran. Adalah tidak manis kalau askar Pas yang berjawatan jeneral berkawal untuk Anwar walaupun dalam keadaan hari ini Anwar memerlukan kawalan ketat dan rawatan semangat yang kuat.
Dengan kes yang dihadapi dan masalah yang menimpa PKR, Anwar perlukan kepada sokongan moral dari sesiapa sahaja. Tetapi cara pemimpin Pas mendatangi rumah Anwar walaupun untuk memberi semangat tidak kena. Di sinilah memerlukan kebijaksanaan baik di pihak Anwar menerima tetamu itu dan juga bagi pihak tetamu.
Bagi Anwar beliau seharusnya tidak saja menerima golongan Pas yang sealiran dan percaya kepada teori-teori politiknya. Tetapi beliau juga harus mendekati mereka yang anti kepadanya bagi mengelakkan prejudis sesama sendiri di kalangan Pas. Kita tidak mahu niat baik yang ditunjuk oleh pemimpin Pas itu akan menimbulkan perkara tidak baik di kemudian hari.
Sebaik-baik pertemuan atau perjumpaan untuk melahirkan simpati atau memberi sokongan buatlah secara terbuka dan bukannya secara eksklusif sehingga boleh diambil kesempatan oleh pihak lain untuk mengarutkan kejadian-kejadian demikian mengikut irama dan seni kata mereka.
Dan pertemuan-pertemuan eksklusif begitu juga wajar kalau ikut sama diketahui rakan Pakatan Rakyat, DAP untuk mengelakkan timbul prasangka lain. Atau pun niat baik pemimpin Pas itu sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu kepada parti, kalau Presiden tiada dalam negeri maklumlah kepada timbalan atau Naib Presiden, kecuali ada Naib Presiden yang turut sama dalam pertemuan itu. [wm.kl. 11:00 am 05/03/10]
3 comments:
suatu pendedahan maklumat yg berguna,,,,seharusnya pimpinan tertinggi PAS lebih berhati2
tuan , mohon ulasan , komen & pendapat , bgm Murysidul Am PAS tidak diberitahu & tidak mengetahui , tentang kunjungan hormat pimpinan tertinggi PAS terhadap YAB Tun Abdullah di Parlimen , & beberapa lokasi lagi bagi satu tujuan yang bukan rahsia , iaitu UG , sedikit masa dulu
Assalamu alaikum Tuan. Kelihatannya orang-orang DAP lebih tahu dan memahami kepentingan parti dan kepentingan bukan parti berbanding dengan orang-orang PAS. Memanglah Anwar seorang tokoh yang hebat tetapi jangan kita meletakkan dia lebih dari pimpinan kita sendiri. Pendedahan seorang penulis dalam "Wahkah Buat Saudara Anwar" dalam harakahdaily Ithnin yang lalu cukup membuat saya berfikir tentang sikap Anwar sebenarnya. Oleh yang demikian, pimpinan PAS seharusnya meletakkan setimpal dengan kedudukannya sebagai ketua pembangkang, ketua parti rakan dan orang yang teranaya. Tak perlu rasanya untuk kita meletakkan dia lebih dari kepimpinan kita sendiri.
Bukan hendak mengungkit tapi sekadar renungan bersama, Anwar walau pun baik dengan PAS sekarang, dia tak pernah mengisi borang PAS. Walau pun dia memusuhi UMNO sekarang, dia bukan sekadar pernah mengisi borang UMNO tetapi pernah mengecapi laba dan menikmati kemanisan kuasa dalam UMNO. Bagi saya, cukuplah penghormatan itu sekadar penghormatan kepada seorang pemimpin yang sudi bersama dengan pemimpin kita ke arah mencapai cita-cita bersama menuju keadilan dan berkebajikan bukannya penghormatan seolah-olah dialah pemimpin kita sendiri. Kita punya pemimpin yang kita pilih dengan cara kita maka kitalah yang seharusnya meninggikan dan memartabatkan pemimpin kita, kenapa kita perlu memartabatkan pemimpin orang.
Mungkin saya agak keterlaluan tetapi sebagai langkah berhati-hati kepada kita, rasanya tak salah kita bertanya begini, "Kalau Zarin, Zulkifli Nordin, Roslan Kassim, Ezam dan ramai lagi rakan mereka boleh kembali kepada UMNO, Apakah tak mungkin untuk Anwar melakukan perkara yang sama satu hari nanti? Bukankah Anwar juga bekas ahli UMNO? Sedang ahli-ahli PAS pun tak terkecuali dari ujian yang akhirnya mengumnokan mereka, inikan pula bekas UMNO. Lupakah kita kepada Semangat 46?".
"Apakah cukup kamu berkata kamu beriman sedang kamu tidak diuji?", Bukankah itu pertanyaan Allah kepada kita?
Najib sudah serabut kepala otak...
ada dari sabah mau lari...
ada dari sarawak mau lari...
najib sudah angin....!!!!
KITA TENGOK SEMINGGU DUA...
APA AKAN JADI....!!!
HA ! HA !
BETOI KA BOLEH DAPAT 2/3 ....?
ATAU BN TUMBANG...?
Post a Comment