Friday, March 12, 2010

Komen Mesra Penjenguk

Saya siarkan sepenuhnya komentar seorang penjenguk bernama Zahari1950 untuk tetapan kita semua. Semoga ianya mendapat manfaat untuk kebaikan bersama. Saya tidak perlu mengulasnya kerana pembaca dan penjenguk lebih arif dan memahahmi isunya. Saya kira dengan saya menyiarkan komen ini adalah sedikit keadilan bagi saya yang dianggap cenderong kepada satu pihak.

Wassalam.
MSO, KL.


Saudara Sayuti.

Pandangan saudara juga tidak menunjukkan yang saudara mencari kebenaran. Pendirian saudara juga condong ke satu arah. Juga saudara cuba dan telah "benarkan" perkara yang sepatutnya di bicarakan dulu untuk cari kebenaran.

Apakah dengan bercakap di akhbar, saudara boleh mengesahkan Saiful tidak di liwat. Apa kata saya pula buat pertanyaan bagaimana air mani Anwar Brahim ada dalam dubur Saiful. Ya mungkin sabotaj dan mungkin juga benar. Dimana tempatnya nak cari kebenaran?. Di hadapan saudarakah atau di hadapan penyokong Anwarkah atau di mahkamah yang mana semua orang yang bersangkutan boleh mengemukakan alasan masing-masing.

Penagguhan oleh mahkamah. Ya mahkamah sahaja yang boleh menangguhkan kes yang dibicarakan dengan alasan atau sebab-sebab dari segi perundangan. Masalahnya pihak pendakwa tak minta tangguh. Pihak pembela yang cari lubang kelemahan agar boleh ditangguhkan kes dan sentiasa cari alasan tangguhkan kes.

Kita semua tahu bahawa tidak ada perkara yang akan tersembunyi bila perbicaraan berjalan.

Sekarang Saiful yang buat dakwaan dia di liwat Anwar Brahim. Mengapa Anwar Brahim tak bagi hujah di mahkamah yang dia tak meliwat Saiful. Tetapi asyik nak tangguh saja. Apa?..takut diterangkan satu persatu oleh Saiful di mahkamahke?.

Bab soalsiasat polis tu pula saudara kena rasionalla. Dok dengar cakap orang sendiri macam kata pepatah "bersaksikan lutut". Kut orang sastera takkan tak faham. Polis tu profesional. Anwar Ibrahim tu ada title Dato'. Tapi tak tahu jaga diri sesuai dengan gelaran Dato'. Polis tersebut tentu ada budibicara dan tatasusilanya.

Kalau orang tak buat bising dan kecuh di balai apa perlunya ketengan. Rileksla dan berbudi bahasa. Tapi percakapan dan mata pena harus berjalan mengikur prosidur.Kalau tepi kain kita kotor dan jahitan tepinya tertetas janganlah kita pula kita asyik komplin tepi kain orang kotor dan tertetas jahitannya. Orang lainpun pandai juga mengata dan cari kesala orang.

-ZAHARI1950

9 comments:

awat said...

Kalau Zahari 1950 membawa makna usia pengulas ini sudah 60 tahun,alangkah malangnya manusia seusia ini kerana pada tahap usia sebegini masih tidak punya keupayaan untuk berfikir dan men siasiakan anugerah Allah iaitu otak kepadanya.
Namun jika ulasannya disebabkan sebahagian rezeki hidupnya daripada ihsan UMNO-BN,tiada ada apa yang perlu diperkatakan lagi kecuali sia sia lah pernghujung kehidupannya,

Orang Sabah said...

Saudara Zahari 1950,Doktor telah mengesahkan bahawa Saiful tidak di liwat.Tidak ada tusukan berlaku. Jadi, fikir fikirkanlah.

batunisan said...

komen saudara zahari 1950 dangkal sangat...macam cacing kepanasan..
kalau 1950 tu merujuk kepada umur dah dah 60 tahun umurnya. patut dah matang berfikir..

nampaknya saudara pun condong ke arah satu pihak jer..2 x 5.

luncai gallery said...

inilah akibatnya kalau hanya membaca n merujuk kitab utusan meloya n berita hairan...fakta entah kemana...emosi letak di lutut!

alahai said...

menyelak kain sendiri...memalukan dan bodoh

lah said...

salam,
saya pun berfaktakan macam ini kalau selalu baca dan percaya sangat dengan utusan melayu sahaja....ini yang perlukan banyak sumber berita dan akal waras dan kalau berilmu, beriman dan bertakwa lagi aula.

Rillink said...

Assalamualaikum Tuan,

saudara zahari 1950 saya pasti adalah dari golongan mahzab umNO yang anti Anuar Ibrahim.Anda kata Tuan mso condong sebelah tetapi anda sendiri termasuk dalam golongan fanatik dan mengamalkan pradigma kuno.Saya juga tidak suka stail Anuar Ibrahim tetapi saya tidak membenci beliau kerana semua manusia adalah satu proses dalam kehidupan.Dunia sains adalah dunia penipuan dan fitnah,dan anda telah terperangkap di sana kerana pradigma anda tidak berhijrah.Dalam zaman fitnah hakim hakim adalah penjahat bukannya pengadil!jika anda mempunyai akal yang waras iaitu tidak gila,adakah sesuatu kejadian pembunuhan di-dunia ini di lakukan tanpa motif atau tujuan??jika jawapan anda adalah YA,memang sah anda gila.akhirkata...berusaha lah kita untuk mempunyai akhlak seperti akhlak Rasulullah saw terutamanya pemimpin kita seperti PM.Inshallah malaysia akan aman makmur.

psychedelicmundo said...

Inilah hasil kerja UMNO.Membodohkan rakyat.Memang bejaya.Kesan diliwat ini bukan seeperti kesan di cium.Boleh hilang begitu sahaja dengan air.Walaupun saya baru berusia 24 tahun,tapi saya tahu Pak Sayuti bukan jenis pengampu Anwar.Mereka pernah bertekak di lobi Parlimen satu masa dulu.

Detguaq said...

Tap ikenapa kes ini suka di tangguh-tangguh atas alasan teknikal oleh peguam yang tidak seorangpun beragama islam setelah yang Islam terakhirnya iala Dato Sulaiman Abdullah?

Dan orang yang mendesak agar Anwar Bertaubat serta menuduh Anwar di dalam parlimen dahulu terhadap Anwar kini menjadi peguamnya?

Kenapa tidak biarkan kes ini berjalan dengan lancar tanpa da rancangan untuk melambatkan seperti akuan oleh Karpal Singh sendiri?