Sunday, March 7, 2010

Celoteh Murai 63

Orang Asli Lebih Baik Dari Orang Kelantan

MURAI tertarik dengan persoalan yang didedahkan oleh sahabat Murai sdr Soberi Shafei dalam blognya mengenai pemberian wang oleh kerajaan kepada rakyat. Katanya Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussein sedang mengagihkan hanya RM20 juta wang royalti minyak yang ditukar kepada wang ehsan kepada rakyat Kelantan. Dalam masa sama juga kata Soberi, Shafei Afdal mengumumkan peruntukan RM150 juta kepada Orang Asli.

Tingkah, Soberi rakyat Kelantan hanya dapat RM20 juta manakala Orang Asli dapat RM150 juta. Apa yang hendak ditonjolkan Soberi bahawa Orang Asli jauh lebih bernilai dan didahulukan oleh kerajaan pimpinan Najib. Betapa tidak rakyat Kelantan hanya dapat RM20 juta, Orang Asli RM150 juta. Banyak beza tu?

Soberi ada jawaban tersendiri atas perbezaan ketara ini. Katanya kerajaan UBN sanggup beri begitu banyak kepada Orang Asli mungkin kerana undi Orang Asli berpihak kepada UBN. Memahami apa yang dikatakan Soberi ini menunjukkan orang Kelantan takkan beri undi kepada UBN kalaupun diberikan wang banyak. Sebab itu orang Kelantan dapat duit sikit hanya RM20 juta daripada jumlah royalti sepatutnya sebanyak RM2.5 billion.

Ini bermakna cara kerajaan UBN tagihkan wang sangat tidak adil dan sangat nyata sikap dendamnya. Mereka tidak memberi berdasarkan nisbah jumlah sebaliknya kepada nisbah undi yang akan diperolehi. Apa yang Murai nak tanya di sini, apakah UBN merasakan wang yang diagihkan itu wangnya, bukan wang kerajaan? Kalau wang yang diberikan itu bukan wang Umno, mereka perlu adil dalam pemberian ini.

Kalaulah apa dakwaan Soberi yang juga seorang aktivs Umno ini, bermakna UBN sedia berikan wang kepada pendatang tanpa izin (Pati) asalkan Pati dapat memberi undi kepadanya. Sama ada Pati itu bangsa apa, agama apa, keturunan apa, macam mana warna kulitnya, tak penting bagi UBN, yang mustahak mereka dapat beri undi kepada mereka.

Murai lantas mengira-mengira sendiri apakah jumlah Pati yang ramai masuk ke negara ini sehinggakan mendatangkan pelbagai masalah kerana UBN mengharapkan undi daripada mereka pada pilihan raya akan datang? UBN sengaja mempermudahkan kemasukan mereka kerana mengharapkan undi. Begitukah?

Pada Murai membuka jalan masuk ke negara ini dengan mudah untuk melakukan apa saja kerja sama dengan tindakan memberi wang. Kerja itu adalah wang dan balasannya ialah beri undi. Begitukah?

Sekiranya teori atau andaian yang dibuat Soberi itu benar, Murai rasa begitulah apa yang akan terjadi nanti. Pati dibenarkan masuk untuk menjadi pengundi kepada UBN sebab itu jumlah mereka semakin bertambah dari masa ke semasa. Natijahnya usaha untuk menghalaukan Pati takkan berjaya kerana kedatangan mereka ke sini menguntungkan pihak tertentu.
Murai harap Soberi dapat menghurai lanjut perkara ini sebab beliau ada pengetahuan berhubung dengan kemasukan pekerja asing ke negara ini. [wm.kl 2:10 pm 07/03/10]

1 comment:

T.A.Hameed said...

Tuan Haji MSO, Orang Asli tu pernah berdemo dengan bawa spanduk macam-macam pada 24 feb 2010 di depan Hospital Orang Asli Gombak, tunjuk perasaan tak puashati layanan kerajaan pada mereka dan ambil ttangan Orang-Orang Asli untuk hantar pada pihak yang kerajaan dan juga SUHAKAM serta pada pihak pelindung Hak Asasi Orang Asli di Geneva. Orang Asli dah pandai berdemo...tu cepat bagi bantuan kot.