Tuesday, March 16, 2010

Setelah Fajar Menyingsing

Media Buruk Juga Bohong Dan Fitnah

SEMALAM sewaktu menyampai titah ucapan membuka sidang parlimen penggal ketiga Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin telah memberi nasihat kepada media baru agar tidak terus membuat pembohongan, memutar belitkan fakta dan fitnah.

Media baru ialah internet, web, portal, blog, FB dan lain-lain, Manakala media lama ialah surat khabar, radio dan tv.

Kata baginda tindakan tegas perlu dikenakan ke atas mereka. Tidak perlu rasanya dirujukkan kepada laporan mana yang dimaksudkan oleh Tuanku Mizan itu. Sewajarnya kalau media baru mengambil iktibar dan peringatan atas nasihat Yang Dipertuan Agong itu kerana ianya adalah untuk 'kejilahan' bersama.

Sebagai orang Islam dan manusia sejati kita tahu apakah implikasi bila berlaku fitnah. Dan tahu juga apakah natijah setelah mati esok. Menjaga maruah dan wibawa media massa adalah obligasi kita, para penulis, wartawan semua. Pembaca hanya membaca apa yang yang disediakan untuk mereka saja. Hitam kita tulis maka hitamlah yang mereka fahami kecuali bagi pembaca yang bersifat analitis mereka akan membuat semakan dan kajian ringkas sebelum menelannya.

Apabila Tunku Mizan menyebut secara khusus kepada media baru itu, maka kita akan terlupa atau menganggap teguran itu bukan mencakupi media lama. Media lama atau media buruk juga sebenarnya tidak terkecuali dari terkena nasihat Tuanku Mizan itu.

Pemutaran fakta, pembohongan, provokasi sampai ke peringkat mengaibkan orang juga berlaku dalam media lama bahkan merekalah juara dan jagohnya. Mereka lebih perlu dikawal sebenarnya kerana ruang lingkup dan pengaruhnya lebih luas daripada media lama, khasnya tv.

Cubalah belek media lama atau media buruk itu. Bagaimana media berkenaan memutarbelikan laporan dan memainkan isu-isu yang bersifat perkauman melampau. Bagaimana media lama itu tanpa rasa malu mendedahkan aib seseorang secara berlebihan sehingga melewati batas adat dan agama? Seolah dalam media buruk itu ianya ditunjungi oleh mereka yang tidak tahu langsung membaca kitab-kitab agama dan peradaban manusia.

Adalah anih media lama menyiarkan nasihat Yang Dipertuan Agong tetapi mereka sendiri turut terbalut dengan kotoran berkenaan.

Pada saya cadangan Tuanku Mizan itu agar media diambil tindakan juga termasuk kepada media lama. Media lama lagi buruk itu juga harus dikenakan tindakan. Jangan dalam bertindak ini ada sikap pilih kasih dan double standard. Kalau fitnah dan pembohongan dilalukan media buruk dihalalkan tetapi kalau sedikit saja pembohongan oleh media baru dikenakan tindakan.

Seperti dinyatakan tadi ruang dan peranan media buruk dalam membuat fitnah, pemutaran fakta lebih besar dan galak dari media baru.

Seperkara lagi soal kualiti dalam penyiaran dan penyajian maklumat (bahan berita dan kajian) bukan saja media baru penuh celaru dan tidak berkualiti. Kadang-kadang media buruk juga kualitinya hampas. Tengok macam mana media buruk menggunakan kenyataan atau memberi ruang kepada beberapa individu politik untuk menjual diri dan menimbulkan berbagai spekulasi.

Apakah tindakan itu mencerminkan sebuah media yang berkualti dan membawa perubahan kepada bangsa dan negara? Apakah pandangan mereka dapat memberi sesutau yang baik kepada usaha membangun bangsa dan negara. Asal sahaja kenyataan ataupun andaian orang-orang politik itu menguntungkan mereka, media buruk menyumbatnya ke dalam kolom-kolom media mereka tanpa menapis apakah benar atau tidak.

Sebab itulah hari ini jualan media buruk khususnya surat khabar sudah merosot kerana pembaca sudah dapat menghidu hanyir dan hancingnya bahan yang dimuatkan ke dalam kolom mereka khasnya berita politik.

Kadang-kadang kenyataan yang dibuat oleh orang politik berkenaan jelas pembohongan tetapi ia tetap disiarkan dan diberi laporan muka depan kerana ia dikira boleh menjejaskan pihak lain. Di sini sikap jahat melampau ini akhirnya memusnahkan wibawa media buruk berkenaan.

Sekali lagi ditegaskan teguran Tuanku Mizan itu hendaknya bukan saja menjadi ingatan media baru saja tetapi media buruk juga perlu sama memperbaiki diri kerana kadang-kadang perangai media buruk ini lebih buruk dari media baru! [wm.kl.8:45 am 16/03/10]

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,

Kebanyakan rakyat sudah tahu menilaikan sesuatu berita yg disampaikan baik dari media baru mahupun media lama.

Rakyat faham jika media itu pro kerajaan maka berita yg dihidangkan mestilah memihak kpd kerajaan dan begitu jugalah sebaliknya jika ianya daripada pihak pembangkang.

Segala fakta dari media kedua-dua belah pihak akan ditimbang secara rasional dan waras sebelum mereka mempercayai segala momokan yg disampaikan tidak kiralah dari yg lama atau baru.

Soalnya sekarang media manakah yg lebih jujur dan tepat dalam menyampaikan atau mengolah sesuatu isu itu. Di zaman langit terbuka ini, segala fitnah dan provokasi berlebihan yg dimainkan media pasti akan melantun balik kesannya kpd media itu sendiri jika segala etika diketepikan.

Harus diingat, golongan yg berpendidikan makin bertambah seiiring dgn perkembangan dunia semasa. Maka saranan dan peringatan Tuaku Mizan itu wajar dijadikan panduan kepada semua pihak tidak kiralah ianya dari media baru/lama atau media pro kerajaan mahupun pembangkang.

Terima kasih.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Semalam, masih semasa berita ini disiarkan oleh tv3, amboi! punyalah bangga dan entah tak tergambar keadaannya cara pembaca berita membaca berita tersebut. Cara pembacanya membaca seumpama berita itu memang ditujukan kepada orang lain dan tv3 bersih dari perkara yang ditegur tuanku.

Cadangan saya, kepada mereka yang ada internet tu berhentilah membeli suratkhabar dan gunakan saja perkhidmatan percuma berita online mereka. Untuk RTM dan tv3 boleh tengok kerana tv tu percuma. Yang pakai astro pun sebab bayar yuran pada astro dan tv3, RTM ada dalam pekejnya.

abismy said...

sebenarnye ape yg agong baca tu semua puak2 umno yg tulis , tunku hanye baca ape yg telah diberikan pd nye jeee