Apa Khabar Abuya Ashaari Muhammad?
SEWAKTU menziarahi jenazah sahabat saya Khairel Annuar Ujang di Rawang hampir setahun lalu saya diberitahu oleh berapa orang bekas pengikut Al Arqam yang Ashaari Muhammad sedang uzur yang kritikal. Beliau terbaring dan tidak dapat bercakap. Beliau tidak dapat untuk sama-sama menyembahyangkan jenazah Kahiril yang juga menantunya.
Selepas sembahyang jenazah, Ustaz Abdul Aziz Ismail salah seorang orang kuat Darul Arqam mempelawa saya dan beberapa yang lain untuk ke rumah Ashaari untuk menziarahi beliau. Pelawaan itu sangat disukai. Saya sudah tidak menemui bekas pemimpin Arqam ini lebih lima tahun.
Kali terakhir berjumpa beliau ialah dua hari sebelum beliau dibuang daerah ke Sabah kalau tidak silap tahun 2003.
Malangnya, seseorang yang dihubungi Ustaz Aziz memaklumkan Ashaari tidak boleh ditemuinya. Katanya Khtijah Am iaini isterinya tidak membenarkan untuk kami menziarahi Ashaari. Jadi tidak kesampaian lah untuk melihat Ashaari pada hari itu.
Beberapa bulan lalu saya mendapat berita daripa Adun Linbungan Pasir Puteh, Drs Zainuddin Awang Hamad mengatakan Ashaari ada ke Pasir Puteh dalam rangka kerja dakwah dan perniagaanya. Saya minta kepastian apakah berita itu hanya didengar olehnya saja, tetapi kata Zainuddin dia lihat sendiri.
Sebulan lalu seorang sahabat dari Medan, Sumatera memberi tahu yang Ashaari ada di Aceh. Sahabat itu bertanya saya apakah dia perlu berjumpa atau tidak dengan Ashaari kerana selepas di Aceh Ashaari akan berangkat ke Medan. Saya memberi tahu sahabat itu apa salahnya berjumpa dengan Ashaari, kalau pun tidak mahu ikut berniaga bersamanya tetapi kebaikan yang beliau lakukan sebelum ini harus diterima.
Saya tidak pasti apakah kawan itu ke lapangan terbang Polonia untuk menanti dan berjumpa Ashaari atau tidak.
Selepas itu saya tidak mendengar apa-apa berita mengenai Ashaari lagi. Tidak ada laporan media mengenai kedudukan terkini beliau. Apakah beliau sihat atau masih keuzuran? Dan kawan-kawan yang terdiri dari bekas pengikut Arqam semasa berjumpa di Sungai Srai akhir bulan lepas juga tidak mengetahui kedudukan Ashaari.
Tiba-tiba hari ini hati dan rasa rindu kepada Ashaari terubat apabila ketika hendak add seorang sahabat baru Facebook, sewaktu memeriksa latar belakang kawan itu saya terjumpa gambar Ashaari sedang baring dan disampingnya ada empat perempuan di dalam album FBnya. Melihat gambar itu Ashaari seperti dalam keuzuran. Apakah gambar Ashaari itu yang terkini ataupun gambar lama?
Saya tidak bernai untuk komen keadaan Ahaari dari gambar ini. Saya serahkan kepada pejenguk sekalian untuk melihat dan menilainya sendiri. Tetapi yang jelasnya walaupun dalam keadaan baring Ashaari masih mengenakan pakaian sunahnya, masih berjubah, berserban, satu budaya yang sangat dijagainya kerana menyakini ia mendapat berkat.
Saya mengharap rakan FB saya bernama Jaafar Salleh itu dapat memberi caption story kepada gambar ini. Dan saya tanpa meminta izinkan 'mencuri' gambar ini untuk diabadikan dalam blog ini. Diharap ianya dimaafkan oleh Jaafar dan juga Ashaari. [wm.kl. 7:15 pm 29/03/10]
No comments:
Post a Comment