Tuesday, March 9, 2010

Susupan Petang

Sokong Khalid Berdebat Dengan Zulkefli Nordin

BARU sekejap tadi saya dengar ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menawarkan untuk berdebat dengan Zulkefli Nordin berhubung isu kalimah Allah menerusi berita Astro Awani. Kata Khalid wakil rakyat berkenaan tidak payah buat report polis mengenainya berhubung kalimah Allah tetapi elok berdebat.

Beliau bersedia berdebat bila-bila masa dan di mana-mana saja. Saya pun rasa elok kalau ada mana-mana NGO atau individu menguruskan agenda ini. Kalau wakil rakyat Kulim - Bandar Baru yang tampil di tv dengan berbagai jenis dan warna kopiah dan terbaru songkok itu sanggup rasanya baik juga diadakan. (Songkok itu mungkin pesaka sesama beliau dalam pemuda Umno dulu).

Kata Khalid kalau wakil rakyat itu ada hujah tidak perlu takut. Bila berhujah barulah dapat diketahui apakah persoalan itu kerana fakta, ilmu atau emosi.

Molek benar rasanya untuk menyelesaikan isu ini wakil rakyat berkenaan sambut pelawan Khalid itu. Dan kalau tidak ada pihak nak jadi penganjur saya rasa Siasah bersedia untuk menganjurkan debat berkenaan. Sebelum ini pun Siasah dah cuba mendapat persetujuan kedua pihak untuk anjurkan debat.

Khalid sudah memberi jawaban kesediaannya, tetapi wakil rakyat Kedah itu tidak pernah jawab telefon bila dihubungi wakil Siasah. Kalau dia memang pejuang Islam tulen dan iklhas dalam menegakkan kalimah Allah sambutlah pelawaan Khalid itu seberapa segera yang boleh. Kalau jumlah penonton memberangsakan mungkin boleh juga dijual tikit untuk perbelanjaan atau saguhati buat wakil rakyat berkenaan. [wm.kl. 7:30 pm 09/03/10]

7 comments:

bat8 said...

Tuan MSO

Saya menyokong cadangan tuan sepenuhnya untuk Siasah menganjurkan debat ini.Inilah gelanggang anak jantan untuk menegakkan prinsip perjuangan.

2.Suka ambo memberi sedikit cadangan - jika diminta sumbangan yang boleh dikreditkan kemana-mana akaun untuk menampung kos majlis debat ini, ambo rasa ramai yang sudi menghulurkan sumbangan. Kalau Siasah membuka satu akaun bank lagilah elok rasanya.

3.memandangkan debat ini akan menarik minat ramai dan memberi peluang kepada rakyat malaysia mengikutinya, elok juga dibuat siaran langsung keseluruh dunia. rasanya ramai para blogger boleh memberi sumbangan kepakaran mereka dan kosnya boleh diambil dari tabung sumbangan.

4. Mintalah Tuan usahakan untuk mendapat persetujuan YB Zul. Tuan mempunyai networking yang luas untuk menjejakinya.

5. Walaupun ambo dah boleh agak apakah jawapan YB Zul, tetapi biarlah diusahakan dulu usaha untuk mendapat jawapan dari empunya diri. jantan kah dia? Mas 10 kah dia atau plastik jah?

selamat berjaya!

bat10

john said...

Salam..

haa..ini baru gentleman. tahniah yb khalid. dalam isu kepala lembu dia berani berdialog dengan penduduk, inikan pula dengan zul nordin. Pak mso boleh panjangkan perkara ini. ambo sokong!

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara Sayuti,

Saya kurang setuju tuan, jangan buang masa lagi dengan orang ini.
Biarlah dia dengan lakonan dan dramanya. Guankan wang SIASAH untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Umur panjang kita tengok kemana sudahnya lakonan dia ini. YB Khalid pun jangan buang masa dengan dia. YB ada sejarah yang boleh dibanggakan tidak semacam dia ini yang semakin hari semakin banyak ceriat cerita lamanya terbongkar!

Tahniah Zulkifli Sulong dan MSO. Teruskan bongkar cerita dia ini agar rakyat tahu. Kita tengok sampai bila dia ni boleh bertahan.

Emas Intan said...

saya sokong kalu siasah mahu jadi penganjur debat ini. saya rasa bekas mp PKR itu akan setuju sebab dia kan pejuang islam yang tulen? kalu boleh anjurkan debat seperti DSAI dengan sabry chek dulu langsung dari kaca TV

ysnizam said...

Kalau boleh debat tu kenalah ada mereka yg nak menggunakan perkataan ALLAH iaitu majalah Herld..

Barulah adil.. kerana majalah Herald yg beria sangat nk gune perkatan ALLAH..
Mereka ni kenerlah dijemput sekali..

Takan kiter samer2 orang islam jer nk bertegang urat utk org lain..

Ab Razak Hj Ahmad said...

Apasal YB Zul tak berani nak buat report polis kat Dr Asri... (MAZA)..

YB Zul lately.. terselah riak dan takburnya dlm statement especially kat blog dia...

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Tuan,

Setuju dengan Ab Razak Hj Ahmad, Zul ni dah takabbur sangat dah. Melampau! Wan Azizah pakai sarung tangan pun dia hentam, Islam sangat lah dia konon, iangat dia sorang saja ke tahu nak amal Islam?

Takabburnya berlebihan bila cabar Wan Azizah lawan dia di Kulim Bandar Baru.

Kalau betul-betul rasa gah sangat, masuklah tanding PRU13 nanti, nak guna lambang dacing ke apa ke lantaklah....TAPI saya yakin, tak payah Wan Azizah.....PASTI KO PUNYE!