Kes Liwat Anwar Ada Perkembangan Baru
MALAM tadi bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak Mohd Azmin Ali di Taman Melawati Ulu Klang telah berlangsung majlis penerangan isu-isu semasa berkaitan serangan geruda ke atas parti itu dan penasihat Anwar Ibrahim. Majlis itu dikhasnya kepada PKR cabang Gombak. Lebih 200 yang hadir. Penerangan disampaikan Azmin sendiri, Adun Batu Cave, Amiruddin Shari dan Saifuddin Nasution.
Sebelum majlis itu bermula sekumpulan anak muda Selangor mengadakan upacara simbolik secara spontan membakar akhbar Utusan Malaysia.
Saya tidak mengikut acara berkenaan dan tidak pun melihat akhbar itu dibakar. Asap pembakaran itu tidak pun masuk ke lubang hidung saya. Saya terus masuk mengambil tempat di dalam Dewan. Saya lebih berminat untuk mendengar penjelasan berkaitan isu semasa khasnya serangan geruda ke atas Anwar.
Pada saya Utusan Malaysia bukan untuk dibakar tetapi dibaca tetapi bukan untuk dipercayai apa yang dilaporkan. Akhbar itu tidak perlu bakar kerana edarannya setiap hari merudum. Menurut maklumat dalaman terbaru akhbar itu kini sudah jatuh dibawah 100,000 naskah sehari. Khabarnya sudah jadi 75,000 saja. Ini bermakna 'pembakaran' ke atas Utusan sudah berjalan dengan sendirinya ekoran pemberitaannya yang tempang dan mengada-nga.
Sementara menanti majlis bermula saya sempat berbicara dengan Azmin beberapa topik terkini dan juga perihal Keadilan Gombak yang kononnya hendak berombak tetapi tidak jadi. Azmin menjelaskan mengenai ada beberapa ranting yang kurang senang dan membuat tuduhan tidak adil kepadanya.
Antaranya ialah mengenai ketidakhadiran beliau pada majlis hari raya Aidifitri dan khatan beramai-ramai anjuran tujuh ranting dalam DUN Gombak Setia baru-baru ini. Ketiadaan beliau di situ menyebabkan timbul berbagai tanggapan kononnya beliau tidak pedulikan ranting berkenaan. Sebenarnya apa yang berlaku katanya jemputan begitu semput sedang beliau terpaksa menghadiri majlis lain yang agak besar dari itu. Tetapi beliau menghantar wakil menurutnya.
Manakala untuk majlis khatan beliau sudah jelaskan, beliau baru pulang dari mengerjakan haji dimana beliau perlu berihat. "Itu saja sebabnya, lain tidak ada," katanya. Azmin menjelaskan itu apabila dalam blog ini saya ada menukilkan kisah berkenaan. Tetapi katanya itu tidak menjadi masalah ia perkara biasa dalam parti.
"Dan malam ini saya menjemput semua kepimpinan cabang Gombak untuk mendengar perkembangan semasa. Soal perselisihan kecil itu kita lupakan dan kita sama-sama menumpukan fokus kita kepada masalah parti lebih besar terutamanya perbicaraan Anwar Ibrahim ini, ini yang lebih penting... tak elok bermasam muka sewaktu bos kita bermasalah", katanya.
Selain daripada Azmin memberi penjelasan, turut sama ialah Amiruddin Shari yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan. Boleh tahan juga anak muda ini. Saya melihat dia mempunyai potensi untuk meningkat lebih jauh dan menjadi salah seorang barisan pemimpin PKR di masa depan. Air mukanya jernih menandakan dia seorang yang ikhlas dan ada tekad dalam perjuangan. Apa lagi malam tadi dia berkopiah nampak semacam seiras dengan anak muda Pas keluaran pondok.
Majlis malam tadi sungguh bermakna dan penting. Apa yang menarik dijelaskan Azmin ialah para aktor yang lompat parti. Menurutnya parti tidak gundah dan akan hancur dengan tindakan mereka. Malahan katanya ia lebih selamat buat parti. Justeru, ahli tidak perlu gusar mengenainya. Tiga atau empat orang keluar, tetapi ribuan yang menyertai PKR. "Biarlah mereka pergi ia tidak akan menyusahkan kita lagi!"
Mengenai perkembangan perbicaraan ke liwat Anwar ada perkembangan baru yang cukup menyakinkan bahawa tuduhan itu bohong. Salah satu ialah mengenai laporan perubatan dari tiga orang pakar dari Hospital Kuala Lumpur, mereka ialah Dr Khairulnizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siw Sheue Feng. Ketiga pakar itu mengesahkan si pembacuh kopi tidak diliwat. Sepatutnya AG tidak membawa kes mahkamah.
Mengenai penangguhan perbicaraan seperti mana yang digembar gembur, Azmin menjelas yang tangguh bukan Anwar tetapi mahkamah. Misalnya sewaktu pihak peguam Anwar bersedia untuk menyoal balas si pembacuh kopi, tiba-tiba mahkamah menangguh ke tarikh lain, 23 Mac. Jadi dalam soal ini katanya siapa yang "meliwat" kes, bukan Anwar tetapi mahkamah. "Mungkin ada yang sesuatu yang membimbangkanlah maka perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan," jelas Azmin.
Saifuddin tidak banyak memberi penjelasan mengenai isu sekitar perbicaraan tetapi menumpukan kepada gerak kerja mengukuh dan menambah keahlian parti. Beliau yang turut berada di sisi Anwar sewaktu disoalsiasat polis pagi semalam menceritakan bagaimana polis serba salah untuk mengambil kenyataan daripada Anwar.
Katanya berkali-kali polis memohon kemaafan setiap kali menanya soalan dan memberi tahu mereka terpaksa mengambil keterangan disebabkan ada laporan. Kenyataan itu berhubung tiga perkara, iaitu mengenai ucapan Anwar yang menyebut kes Altantuya, kes kapal selam yang tidak boleh menyelam (scorpene) dan isu kehilangan enjin jet penggempur.
Menurut Saifuddin ternyata pegawai polis, tiga dari Pulau Pinang dan selebihnya dari KL itu serba salah. Tetapi mereka tidak boleh buat apa kerana menjalankan tugas yang diarahkan saja. Katanya, kedatangan polis itu tidak memberi apa-apa kesan kepada PKR dan ianya adalah perkara biasa.
Selain gerak kerja menambah ahli katanya pihaknya juga sedang menyusun program mendaftar pemilih baru. Program bersepadu dengan kerjasama dan gabungan dengan Pas dan DAP akan dilakukan. Pendaftaran ahli katanya penting. Terdapat lebih 4 juta ahli yang belum berdaftar. Mereka ini adalah pengundi muda yang terbuka dan berpotensi untuk menerima politik baru yang diacuankan oleh Pakatan Rakyat.
Sehubungan dengan itu beliau menggesak seluruh Cabang Keadilan bersiap sedia untuk melaksanakan program ini kerana kalah menang nanti ia sangat bergantung kepada seramai mana kita berjaya mendaftarkan mereka sebagai pemilih. [wm.kl. 7:10 am 12/03/10]
5 comments:
sudah semestinya si badut azmin ali akan mempertahankan boss nya. persoalanya, adakah benar apa yang dikatakan. sebagai seorang muslim, kita patut berlaku adil kepada kedua2 pihak dan sepatutnya saudara bertemu dan berbual dengan pihak saiful juga. atau mendapat berita dari pihak yang ketiga yang lebih adil. jangan hanya cuba berlakon menjadi jagoh untuk mencari populariti tapi sebenarnya tidak berani mencari kebenaran.
Dino bagilah maklumat dari pihak pembacuh kopi saya akan siar dan ulaskan. Saya seperti juga sdr mencari kebenaran dan keadilan. Apa lagi saya membenci kalau ada unsur konspirasi dalam kes ini dan juga membenci kalau di pihak Anwar cuba munafik dengan kesnya. Saya adalah saya yg tak akan berpihak kepada sesiapa atas sentimen dan mentarial. Ayuh kasilah apa yang sdr tahu. Dan sdr juga perlu mendengar dan membaca hujah di pihak Anwar kalau pun tidak mempercayainya. Menolak sesuatu keterangan tanpa dikaji dengan akal siuman bukan perbuatan terpuji melainkan tercela. Terima kasih.
Tuan MSO
elok juga teguran tuan itu. Teguran tidak untuk membela mana-mana pihak. Dino agaknya komited dengan UMNO, tak apalah itu keyakinan masing-masing dan hak kebebasan individu. tetapi perlulah berhemah dan bersikap lapang dada.
Perkembangan kes DSAI itu melegakan banyak pihak dan megusarkan satu pihak, iaitu pihak yang cuba menjatuhkan. Pendirian saya senang sahaja- kedua belah pihak mengemukakan hujah baik dimedia atau blog-blog.
Pada saya hujah yang dikemukakan oleh DSAI agak menyakinkan. Jadi simpati saya kepadanya. Simpati saya bersyarat, sebagaimana pendirian tuan.
yang ingin saya ulas sebenarnya mengenai gerak susun kerja PKR dan Pakatan. Sudah sampai masanya mereka sebagai satu gabungan duduk membincangkan langkah-langkah yang perlu untuk menghadapi PRU13 ini secara bersepadu. Pakatan perlu memulakan gerak kerja awal kerana mereka kekurangan serba serbi.
Yang paling dititik beratkan adalah mendekati rakyat tanpa mengira fahaman politik, membantu dimana ada masaalah, berbudi kepada rakyat seawal mungkin. Agar rakyat ingat ketika time nak pangkah undi. Dalam usaha ini, peringkat ranting/cawanganlah yang penting. Jika ketiga-tiga pakatan dapat megerakkan usaha mereka peringkat frontline ini-insya allah mereka akan berjaya.
akhirnya, ada apa-apa perkembangan untuk mengadakan debat khalid- zulkifli nordin?
bat8
Assalamu alaikum tuan> Buat saudara Dino dan saudara Zahari, anda berdua seolah tidak berdua seolah tidak berpuas hati dengan apa yang ditulis oleh Saudara Sayuti. itu tidak ada masalah. Saya juga bukan hendak mengatakan bahawa pandangan pemilik blog ini dan mereka yang membela atau menyebelahi Anwar itu benar. Anda boleh berkata dengan apa yang anda telah kata namun sebenarnya anda keliru dengan apa yang anda rasa. Saya yakin anda seperti kami merasa yang mana antara Saiful selaku penuduh atau Anwar sebagai tertuduh sebenarnya benar. Kalau di satu pihak merasa ada yang tidak kena dengan tuduhan Saiful dan ada pihak lain pula merasa ada yang tidak kena di pihak tertuduh iaitu Anwar maka sebenarnya memang kes ini ada yang tak kena. Tambahan pula kes ini adalah kes politik.
Oleh kerana isu ini adalah bersifat dan bermatlamat politik maka jawapan yang dicari oleh saudara berdua dan yang lainnya juga hendaklah secara politik. Sebenarnya tindakan di mahkamah yang diambil oleh pihak pendakwa dan pembela adalh tindakan politik dan keuntungan dan kerugian yang akan atau tidak akan tdiraih adalah perhitungan politik. Maka anda harus menggunakan perkitaan politik dan bukan matematik untuk mencari jawapan dalam keadaan yang berlaku ini.
Adalah tidak adil untuk kita mengatakan pandangan orang berat sebelah sedang kita juga punya persepsi yang berat sebelah. Jadi anda hendaklah bangun dengan hujah kerana hujah sajalah yang menjelaskan kebenaran.
Selagi kes Linggam tak selesai.. selagi itu saya tiada berkeyakinan terhadap sistem perudangan di Malaysia..
Post a Comment