Thursday, March 25, 2010

Celoteh Murai 67

Nasib Si Salentia, Padan Muka

BUKAN main lagi si Salentia melenting, ting.. ting.. bila ada orang menuduhnya ada saham judi dalam syarikat kepunyaan kayawan Cina. Dihemburnya orang yang menuduh beliau itu. Portal berita yang menerbitkan bukti beliau menjadi lembaga pengarah syarikat judi milik Cina itu dikatanya dajal. Manakala kepada ahli parlimen yang membangkitkan hal itu pula dikatakanya jahat. Kedua itu mahu disamannya.

Saman menyaman ini kerja orang yang tidak gantleman dan terdesak saja!

Salentia gelabah dan malu sungguh dengan pendedahan itu. Kenapa tidak, kalau Murai juga akan tutup muka dengan sapu tangan bila terkena seperti itu. Murai tidak akan keluar rumah 40 hari kalau tembelang busuk yang dilindungi tiba-tiba pecah! Maluh wei... Tetapi jenis orang tak ada muka atau muka longkang pecah tidak merasa apa-apa, selamba saja. Dia masih boleh berlalu seperti biasa.

Betapa tidak malu dan marahnya, kita malam siang duduk mengatuh di serta kedai kopi dan kedai gunting, kitalah pembela Melayu nombor wahid. Kitalah perjuang kudus su sallam untuk Melayu. Kitalah memberi amaran supaya Melayu jangan diusik, dan saran tebuan jangan diganggu. Kitalah selalu mengatakan hati Melayu terguris.

Semuanya itu dihemburkan kerana semangat Melayu kita menimbun tinggi dalam dada. Semangat itu kerana terlalu tinggi membusung ke perut. Seolah-olah Melayu ini hanya kita jadi penyelamatnya. Maka kita pun menubuhkan NGO untuk mempertahankan Melayu. (Walhal untuk dijadikan perkakas bagi kita mencapai matlamat diri saja). Dan kawan-kawan kita yang kita upah untuk jadi tukang tepuk, bertepuk dan mnelaungkan hidup kita, hidup kita. Kita pun senyum sampai ke telinga berpusing tujuh kali.

Alih-alih orang tahu rahsia kita berniaga dengan Cina apa lagi Cina itu pula menjalankan perniagaan judi. Betapalah aib dan malunya kita. Semacam apa yang kita ucapkan sebelum ini semuannya munafik. Semacam kita melumur tahi ke muka sendiri. Itulah yang terjadi ke atas Salentia.

Murai tersenyum melihat gelagat marah Salentia. Murai tidak sedikitpun simpati kepadanya. Biarlah dia tahu bagaimana hangat dan pedihnya fitnah itu. Kalau selama ini beliau bebas mengutuk dan mengatakan orang, nah kali ini Tuhan bayar cash untuknya pula. Biarlah merasai bagaimana sakitnya hati orang bila difitnah atau dicaci maki. Sakit itu kini sudah dirasainya menjerat ke dalam pembuluh darahnya.

Selentia harus tahu bagaimana orang-orang di kampungnya sakit hati dengan perbuatannya. Bagaimana orang kampungnya terkilan dengan kelakuannya. Apa yang beliau lakukan di kampungnya tak ubah si miskin jahat yang datang meminta perteduhan dalam keadaan hujan ribut. Sesudah hujan teduh selepas selesai diberi makan si miskin ini meninggalkan rumah tanpa mengucap terima kasih.

Si miskin ini bukan saja tidak tahu budi tetapi sebelum turun rumah di berak atas dapur rumah tetamunya itu. Perangai ini dengan apa lagi boleh dianologikan kalau bukan perangai haiwan. Iya haiwanlah yang tidak tahu membalas budi orang!

Murai: Sejauh mana destinasi itu ia akan sampai juga kalau kita terus berjalan dan berjalan.

2 comments:

feisalawang said...

salam mso...
sy nk komen sikit aje...pembetulan utk post saudara mso ku...
bukan melenting...ting...ting.
dia melompat..supo mugo 2 la...

Unknown said...

Salam tuan MSO,
Malam tadi saya menonton Buletin Utama setelah lama tidak mengikuti siaran berita pada jam 8 malam kerana kesuntukan masa. Saya merasa sangat terharu dengan ucapan daripada YB KBB dalam Dewan yang mendakwa beliau ditawar imbuhan supaya membuat akuan bersumpah atas beberapa kes sebelum ini. Saya cuba menilai pendedahan tersebut, dan perkataan yang tuan pernah sebutkan dalam posting tuan sebelum ini terlintas dalam fikiran saya, iaitu perkataan ‘munafik’.
Saya tidak ingin kaitkan teks ucapan tersebut dengan sifat munafik kerana saya sendiri tidak dapat mempastikan apakan yang didedahkan betul atau tidak, Cuma ingin kaitkan sifat munafik dari segi kepercayaan yang diberikan oleh pengundi di kawasan parlimen KBB melalui undi atas kepercayaan terhadap beliau dan parti. Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w. bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila dipercaya ia berkhianat. Dan banyak lagi hadis hadis yang menjelaskan tentang sifat2 orang munafik.
Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya
Bahaya munafik yang alim lisannya ini telah diperingatkan oleh Rasulullah sepertimana yang diriwayatkan oleh Umran bin Hushain. Sabda baginda, “Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya.”
saya bukan nak berdakwah tapi untuk mengubati hati yang kecewa dengan sifat seorang pemimpin macam ni.