Sunday, March 28, 2010

Ahad Yang Ahad

Bundle Kebenaran Dibawa Dengan Niat Jahat!

SELEPAS selesai majlis pelancaran buku Mokhtar Petah berjudul: Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhammad" saya bersama beliau, Sobree Shafii, Din Draman ke The Mall untuk pekena tea tarik. Sedang minum tiba-tiba seorang leki separuh umur menghampiri kami. Dia membawa sebeban bundle kertas kemudian membahagikan-bahagikan kepada kami. Turut berada di meja kami ialah Sang Kelembai.

Kami ambil seorang satu. Kemudian lelaki itu beredar untuk membahagi-bahagikan kertas berkenaan kepada orang ramai. Saya tidak segera membacanya, kerana ada perkara lain yang hendak dibuallah. Sobree yang baru balik dari Kelantan dan juga menghadiri mesyuarat agung Perkasa banyak cerita yang ingin saya ketahui darinya, terutamanya cerita terbaru Istana Kelantan yang sedang bergeseran.

Di rumah baru saya meneliti kertas berkenaan satu persatu. Ia mempunyai set yang lengkap mengandungi satu laporan polis dibuat lelaki bernama Irwan Fahmi Ideris yang beralamat di No 72 Jalan Keledang Raya, Taman Saz Ipoh Perak. Laporan polis itu berhubung ucapan ahli parlimen Bayan Baru, di parlimen, dan juga mengenai pengederan VCD ucapan Yusuf Qardhawi serta penyebaran surat edaran oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Bersama surat itu juga diserta/lampirkan transkrip ucapan Yusuf Qardhawi , laporan perubatan doktor yang mengtakan si pembacuh kopi tidak diliwat dan juga surat lampiran yang diperbuat oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim yang meminta ahli PKR memperpanjangkan dokumen berhubung laporan perubatan ke atas si pembacuh kopi.

Saya tidaki faham untuk apa dokumen-dokumen itu diedarkan. Saya jadi keliru apakah tujuan pengedaran dibuat. Apakah ianya untuk memberi tahu kepada orang ramai mengenai apa yang dikandung oleh surat dan risalah berkenaan, ataupun ingin memberi tahu bahawa dokumen itu telah dilaporkan kepada polis dan ianya dokumen yang diharamkan!

Atau pun apakah ia bertujuannya hendak mendedahkan dokumen itu palsu atau bagaimana? Kerana kalau diteliti kepada transkrip ucapan Yusuf Qardhawi yang memberi nasihat dan fatwa kepada orang ramai mengenai bahaya fitnah, adalah sesuaatu yang baik. Rasanya transkrip itu bukan saya perlu diedar secara by hand begitu tetapi elok kalau dipetik dan disiarkan dalam tv. Lebih 'aula' lagi kalau bundle itu dijadikan booklet dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Sekurang-kurang fatwa atau nasihat Yusuf Qardhawi itu boleh dijadikan panduan berguna. Antara lain apa yang dimuatkan dalam transkrip itu ialah beliau mengingatkan agar umat Islam tidak boleh menghebahkan keiban orang. Selebihnya beliau memberi tahu bahawa seseorang yang dituduh liwat itu perlu mengemukakan empat orang saksi. Yusuff Qardhawai tidak pun menyebut soal DNA dan perlunya membawa kapas yang dicalit di dhubur, tilam, bantal, katil ke mahkamah sebagai bukti. Tetapi beliau tegaskan mesti membawa empat orang saksi.

Antara lain jelas Yusuf Qardahwi dalam risalah yang diedar itu; "Orang-orang yang melemparkan dengan tuduhan memfitnah golongan muslimah yang mokhsan dengan tidak menampilkan empat orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali dan jangan menerima daripada mereka kesakiskan mereka selama-lamanya melainkan kamu fasikun." Apakah makna dan perintah Allah itu?

Dalam risalah itu juga Yusuf Qardhawai menjelaskan mengenai tanggungjawab seseorang Islam apabila mendengar ada fitnah ke atas orang lain hendaklah menutupnya bukan menghebahkan dengan menyiarkan seluas-luasnya dalam media massa.

Bacaan saya risalah berkenaan adalah molek dan sangat berguna untuk dihayati oleh umat Islam. Kerana itu saya jadi keliru apakah tujuan bundle risalah berkenaaan diedar kepada umum. Menurut Sobree lelaki yang berbaju merah (bukan petak-petak) itu berkerja di ibu pejabat Umno yang berhampiran dekat kami bersembang. Kalau benarlah dia berkerja dengan Umno apakah maksud Umno menyebarkan rilasah berkenaan. Apakah ada dalang di pejabat Umno yang diam-diam menyokong Anwar Ibrahim?

Begitu juga dengan laporan perubatan yang disertakan dalam bundle itu sesuatu yang merujakan. Menurut laporan itu pemeriksaan ke atas pembacuh kopi menujukkan beliau tidak diliwat. Tidak ada kemasukan ke dalam dubur lelaki berkenaan. Ianya siap dengan laran gambar rajah. Maklumat ini sangat penting dan berguna kepada mahasiwa perubatan. Laporan perubatan itu boleh dijadikan teks tambahan kepada mahasiswa perubatan.

Biarlah saya tidak mahu kisahkan dengan apa juga maklumat yang dibawa lelaki berkenaan. Yang masih saya tidak faham kenapa ianya diedar. Apakah tujuannya bagi menyokong laporan polis yang dibuat ke atas Anwar berhubung dakwaan ahli parlimen Bayan Baru, atau laporan berhubung pengedaran CVD Yusuf Qardhawi berkenaan.

Tetapi yang jelaslah dalam bundle yang diusung lelaki berkenaan mengandungi sesuatu kebaikan dan kebenaran. Cuma kalau ianya dibuat untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian orang ramai kepada Anwar terhadap laporan polis yang dibuat itu, boleh disifatkan bundle berkenaan membawa kebenaran dengan niat melakukan kejahatan! Itu sahaja. [wm.kl. 8:30 am 28/03/10]

No comments: