Thursday, March 4, 2010

Kenapa Harus Ada Baris Atas Titik

Selamat Beradu Tuanku! Tetapi...

SYUKUR Alhamdulilah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra selamat tiba di lapangan terbang Ismail Petra di Kota Bharu tengah hari tadi. Keberangkatan pulang baginda ditunggu oleh rakyat Kelantan. Menurut laporan Bernama ada 5,000 manakala laporan lain pula hanya 1,000 saja. Tidak tahu yang mana satu betul?

Saya hanya menunggu di tv untuk melihat laporan mengenai keberangkatan pulang yang ditunggu-tunggu itu. Saya menekan beberapa chanel tv kerajaan dan tv berbayar untuk mendapat laporan dan liputan mengenai keberangkatan itu. Sayangnya tidak ada. Hanya TV1 ada melaporan mengenai keberangkatan pulang itu dan menyiarkan visual suasana di lapangan terbangan Sultan Ismail Pengkalan Chepa.

Dalam visul itu ternampak wajah Husam Musa yang berjabat tangan dengan Mustapa Mohamed. Wah... nampak mesra mereka. Diharap mereka menggunakan ruang itu untuk bertanya khabar dan bertukar maklumat mengenai royalti minyak! Mudahan pertemuan spontan itu akan membawa mereka ke bilik perundingan.

Gambar Tuanku turun dari kapal terbang atau diusung atau berada atas kereta tolak tidak dipaparkan. Menurut laporan sebaik dibawah Tuanku dibawah pulang ke istana menerusi pintu 1 tidak melalui hadapan rakyat yang menanti baginda.

Menurut laporan yang memetikan berita dari Singapura, semasa menaiki kapal terbang Tuanku memakai baju lengan panjang dan berseluar hitam ditolak atas kereta roda. Mengiringi baginda ialah Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Tengku Razaleigh Hamzah juga dilaporkan kelihatan.

Tidak mengapalah, asalkan Tuanku sudah pulang dan rakyat jelata merasa bahagia. Bila sultan berada di laman sendiri maka hubungan dengan baginda terasa dekat.

Manakala menurut Tengku Temenggong, Tengku Mohamad Fakhry keadaan Tuanku baik dan stabil? Stabil? Apabila Tuanku berada di Kelantan mudahlah untuk rakyat menjenguk dan meziarahi baginda. Kalau semasa di Singapura dulu jauh dan sulit, kini masalah itu tiak timbul lagi. Kalau nak pergi jenguk Tuanku tujuh kali sehari pun boleh. Tak ada masalah.

Terlanjur mengulas mengenai peristiwa keberangkatan Tuanku Ismail hari ini saya agak kesal dengan catatan seorang bloger yang mempersoalkan kenapa Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ada airport? Paling sedih lagi bloger berkenaan cuba membuat tafsiran sendiri atas ketiadaan Nik Aziz itu sebagai hendak mengelak setelah membuat salah. Salah apa?

Apakah bloger berkenaan tidak tahu yang Nik Aziz sakit, berada diwad sejak petang semalam setelah mengadu sakit dadah? Soal sakit bukan main-main dan bukan boleh dijadikan bahan ketawa. Siapa yang sanggup berada dihospital berbulan-bulan kalau benar-benar tidak sakit? Bukankah keadaan itu menjemukan? Hospital adalah ruang yang membosankan tetapi orang terpaksa terperuk di situ. Untuk apa cuba memberi gambaran buruk atas ketiadaan Nik Aziz itu? Kalau kita tidak sakit mungkin kita tidak merasai betapa azabnya ujian Allah itu.

Lagipun bukankah Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob dan para Exconya ada? Apakah itu tidak mencukupi? Saya yakin kalau Nik Aziz sihat dia akan berada di airport mungkin kedatangannya lebih awal daripada bloger berkenaan.

Bloger berkenaan juga menyebut kepulangan itu tidak diwar-warkan oleh pihak kerajaan. Tidak ada pekeliling yang memaklumkan kepada pegawai tinggi kerajaan dan pembesar lain. Tentang ini tidak perlu dipertikaikan. Kalau kita seorang yang arif mengenai urusan pentadbiran dan prosuder merasa malu untuk mempersoalkannya.

Pihak kerajaan (kalau benar) saya rasa tidak buta mengenai pentadbiran serta prtokol. Kerajaan hanya akan mendengar dan patuh kepada arahan atau titah rasmi daripada seseorang yang berkuasa saja. Sebuah kerajaan tidak akan bersikap membelakangkan protokol. Saya rasa kalau ada titah rasmi tidak ada sebab untuk kerajaan negeri tidak membuat pekeliling menghebahkan tentang keberangkatan pulang Tuanku itu. [wm.kl. 8:55 pm 04/03/10]

4 comments:

Melayu Raya said...

Janganlah keterlaluan Bro kalu nak buat berita! Yg ada dikata tak ada,tak adillah buat fitnah macam ni, Allah marah!! saya tangok sendiri dalam TV 1 ada di gambarkan Sultan Kelantan di tolak atas kerusi roda dan senyum pd rakyat yg menyambutnya.Kamera juga tunjuk bagaimana payahnya kerusi roda diangkat keatas van dan terus eskot polis dan kereta peronda balik Istana!Saya ulang tengok BERNAMA pun ada!Kalu nak komen tengoklah habis habis jangan sedap mulut saja nanti sahabat2 bro percaya hidup2!!

mohd sayuti omar said...

Melayu Raya, sata catat apa yang saya tengok pada waktu itu (terkini) tengah hari, berita RTM malam saya tak tengok. Kalau tengok hari tak ada. Begitu juga dengan laporan Bernama, tak ada gambar. Hari ini baru dalam akhbar ada gambar Tuanku ditolak atas kerusi roda. Sesekali saya tidak menidakkan yang berlaku. Ya kalau sdr tertengok dan memaklumkan baguslah. Informasi itu cukup dialu-alukan. Wassalam.

T.A.Hameed said...

Berita jam 12.malam ada gambar Tuanku berkerusi roda tu. Tapi waktu siangnnya jam 11.45 tgh saya ,memang ada di air port Kb untuk ke Kl. Memang tak berapa ramai orang yang hadir. Mungkin tiada arahan atau tak ramai yang tahu. Kalau 1000 orang itu rasanya adalah kot,(kalau 5000 tak logik langsung) sebab flight sy jam 11.45 pg, masa saya nak check-in tu baru ada sekitar 500-600 orag saja.

Muara said...

Hal ehwal terkini Raja dan Kerajaan Kelantan amat kusut dan mengusutkan. Lebih-lebih lagi bila ada individu-individu yang cuba menangguk di air keruh.

Berdasarkan khabar-khabar yang saya perolehi daripada "orang-orang tua" semasa pulang ke Kelantan pada hujung minggu lepas, saya merasakan ada kewajaran jika Tuan Guru Menteri Besar Kelantan 'mengelak daripada terjebak' ke dalam krisis Istana.

Begitu juga kepulangan Tuanku Sultan ke Kelantan, tidak sama sekali meredakan kegawatan yang berlaku.

Setelah mendengar hikayat daripada orang-orang tua, saya merefakkan syukur kepada Ilahi. Saya berdoa semoga kekecohan yang berlaku ini akan berakhir dengan suatu kedamaian apabila yang benar mengatasi yang salah.