Siapa Bawa Jom Heboh Ke Kelantan?
KARNIVAL Jom Heboh jenama TV3 akhirnya berjaya berangkat ke Kelantan Darunaim negeri kelahiran ulama tersohor Tok Kenali rhm. Sudah bertahun stesen tv swasta itu berusaha untuk membawa karnial tersebut Kelantan namun menamui jalan sulit. Semua negeri lain telah diadakan karnival berkenaan. Malahan ada negeri yang telah menerima dua atau tiga kali kunjungan karnival tersebut.
Hanya di Kelantan saja karnival itu belum dapat diadakan. Bagi setesen tv berkenaan kegagalan mereka untuk mengadakan karnival berkenaan di Kelantan satu cabaran buatnya dalam memperluaskan promosi setesen berkenaan ke akar umbi.
Difahamkan kenapa selama ini kerajaan Kelantan bertahan untuk tidak menerima karnival berkenaan ialah kerana ia dibimbangi pesta hiburan itu memberi ruang maksiat dan aktivitinya bertentangan dengan semangat Islam ala kerajaan Kelantan. Selain dari itu wajar kalau kerajaan Kelantan dipimpin Pas berfikir panjang sebelum membenarkan karnival itu kerana sikap setesen tv berkenana terhadap kerajaan Pas berat sebelah. TV3 selalu saja menyiarkan berita tidak adil dan memanipulasikan berita untuk kepentingan pihak lain. Kalau kerajaan Kelantan tidak memberi permit memang pun patut.
Umum tahu karnival Jom Heboh antara aktiviti setesen tv berkenaan untuk mencari duit tambahan dengan memperagakan para selebertinya dan juga menjadikan beberapa rancangan terbitan setesen tv itu sebagai tarikan. Dalam pada itu karnival berkenaan menjual berbagai barangan keluarannya.
Keuntungan lain juga diperolehi melalui penjualan ruang-ruang niaga yang disediakan. Dalam masa sama ia mempromosikan lagi setesen berkenaan. Idea berkenaan bolehlah anggap satu idea yang bernas bagi menambah pendapatan sampingan kepada stesen tv berkenaan. Orang yang mencetuskan kan idea karnival berkenaan ialah Pengarah Urusannya, Ahmad Farid Ridhwan.
Bagi TV3 kalau mereka tidak berjaya berangkat ke Kelantan untuk mengadakan karnival berkenaan sesuatu yang agak malang dan benar-benar mencabar mereka. Ia juga menyebabkan TV3 merasa tidak adil kepada para penontonnya di negeri Tok Kenali itu. Kerana itu setesen itu sedia menggunakan sesiapa saja sebagai lesen atau jambatan emas bagi memboleh karnival itu diadakan di Kelantan.
Justeru TV3 berusaha dengan cara apa sekalipun untuk membawa karnival berkenaan ke Kelantan. Ternyata usaha mereka itu akhirnya membuahkan hasil apabila karnival Jom Heboh diadakan di Kelantan sejak kelmarin dan hari ini. Untuk rekod karnival ini juga pernah diharamkan oleh Mufti Perak, Harussani Zakaria.
Jadi apabila karnival berkenaan tiba-tiba diadakan di Kelantan ianya agak kontra dengan apa yang berlaku antara Harussani dengan Nik Abdul Aziz sebelum ini. Nik Aziz dan Harussani benar-benar berlaga angin berhubung cadangan Mufti berkenaan supaya Pas bergabung dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Apakah kerana karnival itu telah diharamkan harussani maka ia perlu dihalal oleh Nik Aziz?
Mungkin isu karnival Jom Heboh ini tidak begitu besar untuk diperkatakan, tetapi kerana melihat kepada sikap kerajaan Kelantan selama ini yang sukar menerima kehadiran TV3 dan kini tiba-tiba tv itu sudah menakluki negeri berkenaan menyebabkan timbul persoalan.
Mungkin ada yang terheran-heran biawak kenapa Jom Heboh boleh mendarat di Kota Bharu. Apakah penawar dan ubat yang digunakan TV3 untuk menyakinkan kerajaan Kelantan bagi diadakan karnival berkenaan. Dan kenapakah ubat pelali mudah melalikan para Exco dan Menteri Besarnya?
Boleh jadi kesediaan pihak TV3 menerima syarat-syarat tertentu agar karnival itu dijalankan dalam keadaan sopan, tidak melibatkan maksiat menyebabkan kerajaan Kelantan sedia membuka pintu untuknya. Begitukah? Kalau begitu baguslah. Kerajaan Kelantan nampaknya berjaya menunduk syarikat kolongmerat media eletronik itu agar tunduk kepada kehendaknya?
Tetapi ada cerita lain yang menarik di sebalik keberangkatan karnival Jom heboh ke Kelantan itu. Katanya ada seorang individu telah digunakan untuk dijadikan lesen bagi memboleh karnival itu diadakan di Kelantan. Kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa lagi apabila individu ini dikaitkan dengan karnival berkenaan. Hal ini katanya sudah ke pengetahuan banyak orang. Seorang bergelar Tan Sri berasal Kelantan ketika minum dengan saya beberapa malam dulu bertanya saya sejauh manakah dakwaan ini benar?
Katanya individu ini pula ada hubungan dengan individu berkuasa dalam TV3 khususnya orang yang bertanggungjawab membawa idea karnival berkenaan. Individu itu katanya sedang jatuh cinta dengan individu di dalam TV3 itu. Sejauh manakah kebenaran ini ia boleh dipertikaikan lagi. Tetapi seperkara tidak boleh dinafikan kalau seseorang itu sudah mabuk cinta apa juga ia sanggup lakukan. Bukan saja sungai Kelantan lautan api juga rela diharungi.
Lagipun apa nak di hairankan sangat dengan karnival berkenaan. Kalau bintang Akademi Fantasi bernama Asmawi Ani atau Mawi boleh datang bernyanyi kemudian berkempen untuk pilihan raya kecil di Kelantan satu masa dulu kenapa tidak dengan karnival berkenaan?
Kehadiran Mawi dan beberapa penyanyi dan artis dan bintang filem lain seperti Maya Karim, Amy Search dan lain-lain tentu dijadikan tikit oleh penganjur Jom Heboh untuk membawa karnival itu ke Kelantan. Mereka tentu akan takwil kalau Mawi dan lain-lain boleh masuk Kelantan kenapa tidak mereka?
Kata orang telus jarum teluslah kelindan...inilah yang mungkin digunakan oleh setesen tv berkenaan untuk membawa hiburan ala perniagaan itu di samping memperkukuhkannya dengan menggunakan nama individu itu sebagai lesen.
Apa yang dicapai setesen berkenaan dengan mengadakan karnival berkenaan satu permulaan. Selepas ini setesen tv itu tidak akan merasa kekok lagi untuk mengadakan lebih dari karnival berkenaan atau apa-apa di Kelantan. Ini termasuklah kalau setesen berkenaan ingin mengadakan siaran langsung majlis perkahwinan, seperti pernah terjadi ke atas perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Datuk K ia pun boleh dilalukan! Mungkin kalau setsen tv itu ada rancangan itu banyak orang nak sponsornya. [wm.kl. 10:40 am 27/03/10]
2 comments:
Assalamu alaikum tuan. Kalau tuan meletakkan tajuk "gosip hujung minggu" maka saya rasa saya akan mengulas dalam konteks "simbang politik petang Satu" kerana saya membaca posting ini pada waktu minum teh di waktu petangselepas balik dari Pasaraya Bintang beli barang dapur untuk bulan ini.
Elik saja saya tahu yang jum Heboh akan di bawa ke Kota Baru bulan lalu, memang saya terkejut. "Wah! Kota baru." kata saya pada isteri masa tu. "Dahsyat jugak TV3 ni" sambung saya. Isteri saya diam saja.
Selepas itu saya sebagai seorang yang memang tak percaya dengan Tv3 macam saya tak percaya dengan UMNO dalam soal PAS-UMNO ni terus berfikir, "apa dah jadi?"
Apa pun macam mana jahat UMNO menyusahkan Kelantan sepanjang 20 tahun ini maka macam tu lah juga tv3. Dengan berjayanya TV3 melalui Jum Hebohnya masuk ke Kelantan maka bertepuklah mereka yang memusuhi kepimpinan ulama. Saya pasti tv3 sebagai sifatnya yang tidak menunjukkan kebaikan PAS maka kali ini dengan yang sudah terbuka ini mereka akan menyusahkan kerajaan Kelantan selepas ini. Mungkin saya prajudis tapi lebih baik prajudis untuk berhati-hati dengan stesyen tv seperti tv3 ni.
tak sepatutnya dibenarkan, sekiranya elemen hiburan dibawa bersama... Tuanku Al-Sultan masih dalam keadaan gering, rakyat diajak pula bersuka ria
Post a Comment