Thursday, March 18, 2010

Susupan Petang

Bila Sultan Batalkan Untuk Rasmi AGM Perkasa

KEPUTUSAN Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk tidak berangkat merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dijadulakan pada 27 Mac ini di PWTC adalah tepat. Menurut Setiausaha Sulit baginda Mohamad Munir Banir pembatalan itu bagi mengelak salah tanggap dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Katanya, mulanya Sultan berkenan untuk berangkat dan menyampaikan titah ucapan perasmian dengan mengambil kira Perkasa mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

Dalam titah ucapan itu juga kata Mohamad Munir baginda bercadang untuk menasihat Perkasa supaya tidak ekstrem. Mungkin Sultan Selangor menyedari tindak tanduk Perkasa ekstrem dalam memperjuangkan beberapa isu maka baginda bercadang untuk menegur Perkasa.

Bagaimana pun cadangan itu berubah. Pembatalan itu sedikit sebanyak menjejaskan Perkasa sebagai sebuah NGO. Presidenya khabar marah dengan pembatalan itu dan bercadang untuk mengambil tindakan (menyaman) sebuah akhbar. Kenapa?

Pembatalan itu mungkin baginda Sultan Shafaruddin atau penasihat baginda dapat merasai apa yang sedang dimainkan pertubuhan berkenaan. Mungkin juga yang Perkasa sebenarnya adalah alat kepada orang tertentu bagi mencapai agenda peribadi menyebabkan Sultan Shafaruddin membatalkan hasratnya itu untuk mengelakkan diri baginda dibabitkan dengan hal-hal yang tidak sewajarnya dan boleh mencemarkan nama baik baginda.

Sekiranya alasan baginda untuk merasmi Perkasa atas dasar Melayu, Islam dan menjaga hak kepentingan bumiputera lebih baik dan sesuai kalau baginda merasmikan persidangan agung Umno kerana Umno lebih Melayu, lebih Islam dan lebih bumiputera daripada Perkasa. Lagipun dari segi keahlian, ahli Umno lebih ramai berbanding dengan Perkasa.

Bukan itu saja, hampir 99.9 peratus mereka yang menyertai Perkasa adalah ahli Umno, bekas ahli dan termasuk juga mereka yang dipeccat ataupun yang sudah monopous dan tidak laku digadai lagi. Adalah memalukan untuk Sultan merasmikan sebuah NGO yang kualiti ahlinya boleh dipertikai atau kelas 'ayam raga'.

Sepatutnya kepimpinan Perkasa tidak tergamak untuk menjemput Sultan merasmikan pertubuhan itu kalau mereka menyedari akan keburukan ataupun moral sesetengah pemimpinnya.

Rasanya adalah baik dan lebih tepat serta lebih sesuai kalau Perkasa mengundang Dr Mahathir Mohamad untuk merasmi mesyuaratnya lagi pun sudah agak lama Mahathir tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Setidak-tidaknya kalau Mahathir dijemput dapat bekas PM itu mengeluarkan idea-idea dan kritikan terbaru beliau termasuklah mengenai ucapan cukup bernas oleh ahli parlimen bebas dari Bayan Baru di parlimen semalam. [wm.kl 6:30 pm 18/03/10]

5 comments:

Melayu Raya said...

Tuan juga kata org Melayu dah melampau dalam politik! Ini mengapa pulak buat tuduhan sebarangan kepada Perkasa konon ada agenda tersembunyi! Apa agenda nya? nyatakan!Siapa dibelakangnya? nyatakan, jangan buat fitnah!!Kiranya betul ahli nya ada yg monopos tapi sekurang kurang nya org tua dan monopos ini berani nyatakan hak Melayu dan Islam dengan lantang. Bukan yg masih berdarah panas dan mengaku parti Islam tapi dipersiakan dengan mengibar bendera DAP dan PKR, berpelukan demi politik menghalal semua cara!!Tidur atas jalan dan Memaki hamun sesama bangsa! Jika PAS tidak berjuang untuk Melayu kerana kata assabiah,jadi mereka bukan lagi Bangsa Melayu,PKR pula ada Melayu tapi berjuang utk bukan Melayu, dan UMNO pula semakin mementingkan kuam India dan Cina,Jadi mengapa pula harus kita kutuk Perkasa jika mahu perjuangkan hak Melayu secara total? Disebabkan sifat PHD dan syak wasangka inilah Melayu tak dapat bersatu kerana masing masing mahu mengisi dan membuncitkan perut sendiri!
Memang kita perlu resis utk perjuangkan hak ikut Perlembagaan, jadi kenapa perlu takut dan berselindung?

matrengganu said...

Di tempat saya kerja2 membersihkan tanah perkuburan di lakukan secara sukarela oleh penduduk kampung terutamanya pada hari Raya 6 (selepas puasa 6). Yang menangis tersedu2 depan kamera TV tu kenapa? Malu lah ! Tak kan la tanah kubur pun nak di harap pada majlis tempatan yang bersihkan.. contohi la penduduk Trengganu, perkuburan di bersihkan sekurang2nya sekali setahun dan di lakukan secara sukarela. Bawa la sikit kuih raya dan miniman. Lepas bersihkan kubur boleh la sama2 merapatkan silaturrahim. Ni menangis macam budak kecik mahu menetek apa hal ?

kulatlapok said...

salam Tuan MSO:

Umumnya ramai yg tahu bahawa PERKASA tidak lebih dari perjuangan Golden Frog. Apakah selama ini UMNO tidak beperanan sebagai sebuah parti dominan pertubuhan terbesar Melayu, tidak langsung memperjuangkan apa yg PERKASA PERJUANGKAN??

Kalau sebut BUMIPUTRA, kenapa masyarakat orang Asli berdemo di Putra Jaya PRESIDEN PERKASAM ini tidak turut sama dengan kaum Orang Asli yg termaktub dalam perlembangaan sebagai BUMIPUTERA.??

BIARKAN PERKASA INI JADI PERKASAM kepasa GOLDEN frog.

Anonymous said...

Assalammualaikum Pak MSO,
Di harap sihat dan sejahtera selalu. Saya ingin menyatakan sedikit kekeliruan saya terhadap Perkasa. Apa yang saya difahamkan Perkasa ini mempertahankan nstitusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.
Kekeliruan saya ialah:

1)Kenapa Perkasa diam bila tanah di Kampung Baru hendak dimajukan? Kononnya untuk meningkat harga tanah disitu. Apa jadi nasib orang Melayu kampung baru? Makin berkuranglah orang Melayu dibandar diusir secara perlahan-lahan oleh orang Melayu juga.

2)Kenapa Perkasa diam dalam mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia bilamana Sains dan Matematik masih diajar dalam bahasa Inggeris. Malahan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah akan ditekankan lagi. Apa jadi dengan Bahasa Melayu?

Siapakah sebenarnya di belakang Perkasa ini? Adakah ianya orang yang sama dengan orang yang menghancurkan orang Melayu? Pembikinan dan tingkah lakunya amat bertentangan sekali dengan apa yang dilaung-laungkan di perhimpunannya.

awat said...

Melayuraya
mungkin tuan baru dalam politik.kalau politik tuan telah berkurun,tuan jelas manusia yang pelupa dan mengikuti politik setakat membaca dan membaca tanpa turun sendiri kegelanggang untuk melihat siapa Ibrahim Ali dan lain lain yang menamakan diri mereka pemimpin PERKASA.Inilah manusia munafik dan hipokrit mengatasi semua pemain politik yang sedang berada dalam politik Malaysia.lafaz dan cakapnya mampu berubah sekelip mata.
tuan,cerahkan minda dan buka mata hati,jangan beku.amat malang jika otak diberi hanya dibiarkan diprogram olih manusia lain.