Tindakan Najib Kontras
PENGUMUMAN Najib Razak untuk mengkaji semula sistem pool ini hukuman membekukan kerja di kalangan penjawat awam oleh JPA sesuatu tindakan yang dialu-alukan. Sistem itu tidak memberi keuntungan dan kebaikan kepada negara. Ia tidak menambahkan produktiviti kerja kerajaan sebaiknya merugikan dan membunuh kerjaya seseorang pegawai. Kenapa tidak, bila pegawai di pool mereka datang ke pajebat tanpa meja kerusi dan tanpa kerja sedangkan gaji mereka dibayar dibayar seperti biasa.
Sahabat bloger saya Soberi Shafii telah mengenengah perkara ini tahun 2009 lalu dalam blognya. Tulis beliau seramai 30 orang pegawai Jusa telah dipoolkan. Setiap mereka dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Cubalah kira berapa sebulan atau setahun kerajaan terpaksa menanggung gaji mereka sedangkan mereka tidak produktif untuk negara.
Sistem berkenaan yang bentuk menghukum itu sudah tidak sesuai dan relevan lagi. Apa lagi kalau hukuman itu dijatuhi kerana seba-sebab personal dan bukan kerana performance ataupun bersabit kemerosotan mutu kerja mereka. Biasanya kes-kes peribadi membawa mereka ke kolam pembekuan itu.
Tidak sampai 48 jam Najib membuat pernyataan itu itu hari ini beliau pejabatnya mengeluarkan kenyataan akan menyambung setahun lagi Mohd Sidek Hassan sebagai Ketua Setiausaha Netara (KSN). Tarikh itu akan berkuatkuasa pada 24 Jun hingga 23 Jun 2011.
Alasan penyambungan itu ialah untuk mempertingkatkan sistem penyampaian negara.
Apakah penyambungan ini tidak bertentangan dengan cadangan Najib untuk mengkaji sistem pool itu yang diumum kelmarin. Pada saya penyambungan pegawai tinggi kerajaan adalah satu hukuman (pool) kepada pegawai awam lain.
Apabila pegawai tinggi itu disambung untuk setahun atau tiga tahun menyebabkan kedudukan pegawai bawahan tidak berganjak kerana tidak ada kekosongan. Keadan ini menyebabkan kemasukan pegawai baru juga tidak akan berlaku dan ini menyebabkan lambakan
pengangguran berlaku dan tenaga muda yang mungkin lebih produktif tidak digunapakai.
Bukan itu saja langkah ini juga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dikalangan pegawai yang menanti untuk naik pangkat. Ia juga tidak adil kerana mereka berkerja hampir sama tempohnya tetapi peluang naik pangkat tidak dapat kerana wujudnya sistem sambung menyambung ini.
Kesan lain akan berlaku, rangsangan untuk mereka yang berkualiti untuk menyertai perkhidmatan awam akan terjejas.
Apakah relevansinya penjawat tinggi awam itu disambung? Apakah kerana prestasi kerjanya ataupun penyambungan itu kerana mereka diperlukan untuk menyelesaikan hal-hal peribadi orang tertentu termasuk Perdana Menteri? Kalau tindakan ini berdasarkan alasan ini ia adalah sesuatu yang sangat malang sekali sekali. Antara pegawai tinggi kerajaan yang disambung beberapa kali kontraknya ialah Ketua Polis Negara, Musa Hassan.
Rasanya elok juga kalau penyambungan kontrak untuk penjawat tinggi awam dikaji juga seperti mana sistem pool itu. Bukan dalam perkhidmatan awam saja tetapi pengerusi dan MD syarikat GLC juga perlu dikaji. Jangan memberi peluang kepada individu tertentu menumpahkan baktinya dengan bayaran gajian ratusan ribu sebulan, tetapi berikan juga peluang kepada orang lain.
Tidak ada guna kalau Najib nak mengubah sesuatu tetapi masih mengekalkan sesuatu yang lain yang kontas antara satu sama lain. Kita tidak mahu lihat Najib bijak siang hari tetapi naif waktu malam. [wm.kl. 7:15 pm 11/03/10]
1 comment:
assalamualikum Tuan
Saya menyokong penuh cadangan Tuan.Kenapa mesti di sambung tempoh perhidmatan mereka adalah kerana untuk menyelesaikan atau melindungi kepentingan peribadi PM.Sudah lah umur bersara di lanjutkan hingga ke 58 tahun yang menyebabkan semakin ramai pengangur yang berkualiti di Malaysia.Saya cadangkan umur bersara kakitangan kerajaan balik semula ke umur 55 tahun untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang semakin menderita.
Post a Comment