Saya siarkan sepenuhnya komentar seorang penjenguk bernama Zahari1950 untuk tetapan kita semua. Semoga ianya mendapat manfaat untuk kebaikan bersama. Saya tidak perlu mengulasnya kerana pembaca dan penjenguk lebih arif dan memahahmi isunya. Saya kira dengan saya menyiarkan komen ini adalah sedikit keadilan bagi saya yang dianggap cenderong kepada satu pihak.
Wassalam.
MSO, KL.
Saudara Sayuti.
Pandangan saudara juga tidak menunjukkan yang saudara mencari kebenaran. Pendirian saudara juga condong ke satu arah. Juga saudara cuba dan telah "benarkan" perkara yang sepatutnya di bicarakan dulu untuk cari kebenaran.
Apakah dengan bercakap di akhbar, saudara boleh mengesahkan Saiful tidak di liwat. Apa kata saya pula buat pertanyaan bagaimana air mani Anwar Brahim ada dalam dubur Saiful. Ya mungkin sabotaj dan mungkin juga benar. Dimana tempatnya nak cari kebenaran?. Di hadapan saudarakah atau di hadapan penyokong Anwarkah atau di mahkamah yang mana semua orang yang bersangkutan boleh mengemukakan alasan masing-masing.
Penagguhan oleh mahkamah. Ya mahkamah sahaja yang boleh menangguhkan kes yang dibicarakan dengan alasan atau sebab-sebab dari segi perundangan. Masalahnya pihak pendakwa tak minta tangguh. Pihak pembela yang cari lubang kelemahan agar boleh ditangguhkan kes dan sentiasa cari alasan tangguhkan kes.
Kita semua tahu bahawa tidak ada perkara yang akan tersembunyi bila perbicaraan berjalan.
Sekarang Saiful yang buat dakwaan dia di liwat Anwar Brahim. Mengapa Anwar Brahim tak bagi hujah di mahkamah yang dia tak meliwat Saiful. Tetapi asyik nak tangguh saja. Apa?..takut diterangkan satu persatu oleh Saiful di mahkamahke?.
Bab soalsiasat polis tu pula saudara kena rasionalla. Dok dengar cakap orang sendiri macam kata pepatah "bersaksikan lutut". Kut orang sastera takkan tak faham. Polis tu profesional. Anwar Ibrahim tu ada title Dato'. Tapi tak tahu jaga diri sesuai dengan gelaran Dato'. Polis tersebut tentu ada budibicara dan tatasusilanya.
Kalau orang tak buat bising dan kecuh di balai apa perlunya ketengan. Rileksla dan berbudi bahasa. Tapi percakapan dan mata pena harus berjalan mengikur prosidur.Kalau tepi kain kita kotor dan jahitan tepinya tertetas janganlah kita pula kita asyik komplin tepi kain orang kotor dan tertetas jahitannya. Orang lainpun pandai juga mengata dan cari kesala orang.
-ZAHARI1950