Showing posts with label Bersatu. Show all posts
Showing posts with label Bersatu. Show all posts

Wednesday, October 15, 2025

Keretakan dalam Bersatu sampai klimaks.

ULASAN PAGI

Dua hero dalam Bersatu
KERETAKAN dalam Bersatu sudah sampai ke klimaks apabila parti itu mengambil tindakan ke atas sekurang-kurang enam orang pemimpin parti tersebut termasuk yang berstatus ahli Parlimen. 

Bekas ketua Penerangan Wan Saiful Wan Jan yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugur dipecat, manakala ahli pimpinan tertinggi yang juga ahli Parlimen  Macahang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung sepenggal.

Tindakan ke atas Wan Saiful paling kejam apabila beliau dipecat terus daripada parti berkenaan, manakala Wan Fayshal digantung sepenggal. Tindakan disiplin ke atas Wan Saiful dikira ada sangkut paut dengan serangan peribadi beliau ke atas Setiausaha Agung Bersatu Mohammad Azmin Ali. Wan Saiful mendedah isu video samburit Azmin ada bukti baru. 

Selain itu empat ketua bahagian ikut digantung, mereka ialah Saiful  Mohd Azrudin Md Idris dari bahagian (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang). Tindakan itu diambil mengikut perlembagaan Bersatu fasal 9.4.1 dan fasal 22.55.

Wednesday, December 26, 2018

Bersatu tidak perlu takut untuk terima ahli Umno

ULASAN 

Antara pemimpin tertinggi Bersatu.
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan perhimpunan agung ke duanya pada 28 hingga 30 Disember ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya.  Perhimpunan kali ini berbeza dengan perhimpunan sebelum ini, dimana Bersatu kini komponen parti kerajaan bukan lagi parti pembangkang.