Friday, July 6, 2007

Sayang Kelantanku...

Jihad Ternak jadi Jahat Benak.

Siri 3

Perebutan Pertama Dalam Jihad Ternak.

SEPERTI mana yang diminta, ahli perniagaan Mohd Amin Pipet dan Mohamad Fauzi Daud menyiapkan satu kertas kerja bertajuk “Projek Pusat Latihan dan Pembiakan Kambing/Biri-Biri di Mahligai Pasir Mas, Kelantan (Jihad Ternak). Kertas kerja itu menjelaskan secara terperinci bagaimana projek itu dijalankan.

Menurut isi kandungan kertas kerja projek itu akan dijalankan secara usahasama (Joint Venture) antara syarikat dimilik Mohd Amin - Mohd Fauzi dengan satu pihak mewakili Kerajaan Negeri Kelantan. Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKBB) telah dipilih atau ditunjuki oleh Husam untuk menjadi rakan kongsi dalam projek berkenaan.

Disebabkan projek itu perlu dijalankan dengan segera, dalam pengamatan saya, kertas kerja serta dokumen deraf perjanjian tidak dilihat dengan sempurna dan menyeluruh oleh kedua pihak. Deraf itu disiapkan oleh pihak Mohd Amin dengan dilihat oleh pihak APKBB. Deraf perjanjian itu diterima secara saling percaya mempercayai antara satu sama lain tanpa prejudis berdasarkan semangat muhabah sesama Islam.

Deraf perjanjian itu ditandatangi pada 4 Januari 2007. Orang yang bertanggungjawab menanda tangani deraf MoU (perjanjian) itu ialah Mohd Amin, Fauzi dan Zulkefli Yaacob sebagai mewakili APKBB. Peruntukan saham dalam projek berkenaan adalah, Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad 30%, Mohd Amin 40% dan Mohammad Fauzi 30%.

Satu kesalahan

Tidak diketahui apakah Zulkefli merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah APKBB ataupun tidak semasa menanda tangani deraf persefahaman perjanjian itu. Sekiranya Zulkefli bukan salah seorang lembaga pengarah ternyata beliau (dengan menadatangani perjanjian itu) telah melakukan satu kesalahan.

Bersama deraf perjanjian berkenaan juga tidak disertakan resolusi daripada pihak Lembaga Pengarah APKBB yang memberi kebenaran kepada Zulkefli sebagai mewakilinya.

Setelah deraf atau MoU ditanda tangani, perlaksanakan projek itu terus dilakukan. Ia bermula dengan pembinaan kandang kambing di tanah seluas 200 ekar kepunyaan Jabatan Haiwan di Rong Chenak. Pihak Jabatan Haiwan dan Exco Pertanian Dr Nik Mazian Nik Mohamed (foto) telah melakukan lawatan ke kawasan berkenaan untuk mengenal pasti kawasan yang diperuntukan kepada projek berkenaan.

Secara teknikalnya projek itu dijalankan sebelum mendapat kelulusan secara teratur oleh pihak berwajib (Kerajaan). Ia dilakukan secara ad-hocd oleh Jabatan Haiwan atas jaminan Exco Pertanian dan Exco Pertanian pula mendapat blessing daripada Exco Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Husam Musa . Di sinilah menampakkan kecerdikan Husam apabila ideanya itu dilepaskan untuk dipertanggungjawabkan kepada Nik Mazian.

Proses pertama ialah membina kandang kambing. Sewaktu hendak membina kandang kambing ini sudah ada masalah. Berlaku perebutan untuk membina (kontrek) kandang antara Zulkefli Yaacob yang dianggap sebagai Pengurus Ladang dan merangkap Pengerusi akademi berkenaan dengan Muhammad Yaman.

Kehadiran Muhammad Yaman memang tidak disenangi oleh pihak akademi berkenaan tetapi ia dipersetujui oleh rakan kongisnya Mohd Amin memandangkan kerjasama yang diberikan Muhammad Yaman dan kontrek itu pun sebagai membalas budi Muhammad Yaman yang sedikit sebanyak membantu projek berkenan di peringkat awal. Hal ini dijelaskan sendiri oleh saya kepada Husam yang ketika itu mempersoalkan kehadiran Muhammad Yaman yang tidak disenangi oleh orang-orang Pas.

Bina Kandang

Atas desakan dan jaminan saya, akhirnya Muhammad Yaman diberi kontrek membina sebuah bangunan saja. Pemberian ini tidak disenangi Zulkefli Yaacob yang sudah pun bersedia dengan kontrektornya dari Terengganu bagi memulakan kerja-kerja membina kandang. Semasa pekerja Muhammad Yaman membuat pengukuran tapak, ketika ini juga kontrektor yang diundang Zulkefli turut sama datang untuk melakukan kerja yang sama.

Kekcohan dan perebutan berlaku. Muhammad Yaman (foto) hampir setiap hari menelefon saya dan memberi tahu apa yang berlaku. Begitu juga dengan Zulkefli. Akhirnya saya memberi pandangan agar kandang pertama diberikan kepada Muhammad Yaman sebagai menghormatinya dan segala pembinaan prasarana lain diberikan kepada Zulkefli.

Kerja diteruskan walaupun Zulkefli masih menganggu dan tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada Muhammad Yaman termasuk melengah-lengahkan pembayaran kepada Muhammad Yaman.

Sementara itu dalam masa ini Mohd Amin sudah sibuk menguruskan proses pembelian kambing di Yogjakarta, Indonesia. Untuk tujuan ini beliau telah membawa Zulkefli ke Indonesia untuk melihat sendiri proses pembelian. Saya selaku ‘kaki sibok’ dalam projek ini diundang sama dan peluang ini saya gunakan untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini.

Kalau tidak silap dua kali Mohd Amin membawa Zulkefli ke Yogjakarta yang turut diikuti sama oleh dua ahli lembaga pengarah APKBB, Shukeri Abdul Rahman, adiknya Latiff Abdul Rahman, Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang taukeh emas.

Di sanalah Zulkefli yang sebelum ini jahil murakab mengenai kambing mula mengenal kandang kambing, tahi kambing, janggut kambing dan juga tahu nama-nama kambing serta jenisnya. Semuanya ditunjuk dan diajar oleh Fauzi dan Mohd Amin.

Manakala di Rong Chenak, Muhammad Yaman terus menghadapi masalah dan kerenah dari pihak rakan kongsi Mohd Amin iaitu APKBB. Macam-macma cerita dan laporan negatif dilaporkan kepada Husam. Kononya kandang yang dibina Muhammad Yaman tidak kuat dan bergoyang bila angin terpa.

Anehnya Husam tidak menjenguk ke tempat projek berkenaan dan melihat dengan mata kepalanya sendiri. Sehingga ke hari ini bayang Husam pun tidak pernah sampai ke Rong Chenak. Sikap ini kontrs dengan keghairahannya pada awalnya yang mahukan projek itu berjaya dan menjadi satu marcutanda baru bidang perternakan di Kelantan.

Curah masalah

Muhammad Yaman terus memberi tahu kepada saya kerana baginya saya adalah orang yang tepat untuk dicurahkan masalahnya. Saya beberapa kali turun ke Rong Chenak dan melihat proses pembinaan kandang dari mula hingga akhir.

Beberapa tindakan Zulkefli yang merupakan seboptaj telah dilakukan. Antaranya ialah menganggu pembinaan jalan masuk yang dibinakan oleh Muhammad Yaman demi memudahkan pengangkutan keluar masuk ke pusat itu. Dan paling menyedihkan beliau juga dikatakan telah menghasut orang kampung yang tanah mereka terlibat dengan pembinaan jalan supaya mendesak dan menghalau Muhammad Yaman.

Dalam kesusahan itu Muhamad Yaman terus melaksanakan tugasnya. Beliau tidak peduli kerana ‘surat hasrat’ sudah dikeluarkan kepadanya. Kemuncak insiden di Rong Chenak yang tidak sedap didengar ialah apabila, Zulkefli dikatakan ditendang kerana sikap samseng dan rakusnya oleh anak buah Muhammad Yaman.

Kelambatan Muhammad Yaman menyiapkan kandang kambing kerana masalah cuaca dan kerenah birokrasi dijadikan alasan untuk melambatkan pembayaran kepada Muhammad Yaman. Berbagai cerita dan alasan direka dan dicari untuk tidak melunasi hutang Muhammad Yaman. Keadaan ini menyebabkan Muhammad Yaman hilang sabar dan melaporkan kepada Husam.

Segala hutang piutang Muhammad Yaman baru selesai apabila pihak Muhammad Yaman bersikap dan bertindak kasar dengan melanggar tembok pagar dan juga mematahkan tiang papan tanda di sekitar kawasan Jihad Ternak. Ibrahim Ali juga dikatakan turut memberi pandangan hal Muhammad Yaman kepada Husam.

Perbalahan di ladang kambing itu bukan saja antara Muhammad Yaman dengan Zulkefli, tetapi turut sama terheret dengan Mohd Amin. Zulkefli mula tidak senang apabila Mohd Amin cuba bertindak secara perofesional dalam beberapa hal berkaitan perjalanan pusat berkenaan terutamanya dalam urusan mengeluarkan tander menender

Perkara paling ketara ialah mengenai berlaku beberapa tander menender yang dikeluarkan dengan harga yang tidak munasabah. Misalnya pembinaan sebuah tangki air yang ditander secara 'lamsum' berjumlah sebanyak RM32,000 sedangkan harga biasanya yang munasabah hanya RM13,000 sahaja.

Begitu juga dengan pemasangan pagar tubwill bernilai sebanyak RM30,000 untuk dua unit di mana harga itu boleh dikurangkan. Dan paling mengejutkan dan inilah menjadi punca ketegangan puncak antara Mohd Amin dan Zulkefli ialah berkaitan dengan tander menanam rumput napiar atas tanah seluas 200 ekar berjumlah RM1.68 juta.

Angka ini tidak disetujui oleh Mohd Amin di mana mengikut anggarannya hanya di sekitar RM500 ribu sahaja.

Buat penilaian

Daripada insiden-inseden itu hubungan antara Mohd Amin dan Zulkefli sebagai rakan kongsi mulai tegang dan mengelirukan. Tidak ada persefahaman. Di sinilah terbukanya ruang untuk wujud perbalahan lebih besar apabila pihak APKBB dengan membuat penilaian ke atas beberapa aspek ataupun mencari celah di sebalik deraf perjanjian yang longgar untuk mengenakan Mohd Amin.

Bayaran pembelian kambing yang dilakukan oleh Mohd Amin yang sepatutnya dibayar mengikut jadual tidak dibuat dengan sewajarnya. Alasannya kerana kambing dibekalkan tidak memenuhi kriteria dipersetujui. Walaupun Mohd Amin bersetuju untuk mengurangkan sebanyak RM100 ribu namun pembayaran tetap juga tidak dibuat.

Dalam pada itu alasan-alasan lain pula dicari yang mana alasan itu tidak diberi tahu secara telus dan jujur kepada Mohd Amin. Sikap inilah dirasakan apa yang dilakukan oleh pihak akademi dan Husam sendiri yang menjadi perintis dan pencetus idea projek ini tidak bertanggungjawab dan cuba bermain silap mata di tempat terang.

Unsur untuk mernyingkirkan Mohd Amin secara tidak bermoral terus dilakukan secara bersistemetik apabila perwujudan majlis Jihad Ternak yang mana ia turut dianggotai oleh Exco Pertanian dan Jabatan Haiwan. Perwujudan majlis ini disamping satu tindakan melepas tangan dan tanggungjawab Husam selaku pencetus idea kepada Dr Nik Mazian, tetapi ia juga suatu taktik untuk mengenakan Mohd Amin.

Selepas terwujudnya majlis itulah maka, Husam dilihat secara rasmi tidak lagi bertanggungjawab kepada Jihad Ternak dan segala urusan hendaklah dibincang langsung dengan Nik Mazian. Tetapi itu di segi zahir sahaja, tetapi pada hakikatnya, arahan-arahan selepas itu tetap juga datangnya daripada Husam. Sebagai buktinya walaupun chek sebanyak RM500 ribu untuk tujuan pembayaran kambing kepada Mohd Amin telah ditanda tangani tetapi Husam meminta agar disimpan dahulu sebelum satu konsensus baru dibuat. [kl exp/kl]


No comments: