Sunday, December 7, 2008

Ulasan Isu

Memahami Tujuan Kenyataan Hassan Ali

KALAU bukan kerana tragedi tanah runtuh di bukit Antarabangsa semalam sudah pasti kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Mohamad Ali akan menjadi tumpuan media dan juga blog. Blogger akan mengulas dan mengupas mengikut kecederongan politik masing-masing.

Kenyataan berterus terang oleh Hassan itu sedikit mengejutkan dan kurang menyenangkan pihak tertentu. Saya sendiri merasa pelik dan anih dengan kenyataan itu dan mencari apakah tujuannya.

Apakah feadahnya Hassan membuat kenyataan demikian. Apakah beliau dalam keadaan tertekan sehingga tepaksa bercakap demikian kepada media massa? Bahawa beliau sudah tidak boleh tahan lagi. Siapakah yang menekan beliau, rakyat atau perasaa (cita-citanya) sendiri?

Hassan menerusi kenyataan itu dipetik membuat pengakuan bahawa pihaknya (Pas) sukar untuk mentadbir Selangor disebabkan kerana perbezaan ideologi politik dengan PKR dan DAP. Sehubungan itu katanya menyebabkan Pas tidak dapat melaksanakan aspirasi orang Melayu di negeri itu.

Bagaimana pun tegas Hassan Pas sesekali tidak akan tunduk kepada tekanan-tekanan yang berlaku terutamanya mengenai Islam yang menjadi matlamat Pas. Pas katanya Pas tidak akan bertolak ansur dengan hal-hal yang haram seperti pelacuran dana akan bertegas dengan hal itu.

Apa yang menyebabkan saya tidak faham dan merasakan kenyataan tersebut seperti membuka pekong di dada kerana akan memberi kesan tidak baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan itu mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam keadaan bergelora dan tidak padu?

Pendedahan Hassan itu juga mendedahkan bahawa berlaku masalah dalaman Pakatan Rakyat. Apakah dengan pendedahan itu Hassan dapat menyelesaikan isu dalaman itu? Selesasaikan masalah Hassan dengan pengakuan itu? Ataupun beliau ada tujuan lain ingin memberi isyarat bahawa Hassan sedang bergerak ke landasan lain daripada kerabat Pakatan Rakyat. Begitukah?

Seperkara yang Hassan perlu ingat apa-apa keputusan atau tindakan yang hendak diambil oleh Pas Selangor ia mesti mendapat restu daripada Pas Pusat. Apapun juga keputusan yang ingin dibuat oleh Pas Selangor kalau Pas Pusat tidak merestuinya ia tidak boleh dilaksanakan. Tindakan itu bertentangan dengan parti. Kecualilah Hassan bersedia untuk melanggar keputusan Pas Pusat.

Dari sudut mana pun bagi saya kenyataan Hassan itu tidak bijaksana kerana ia tidak memberi kebaikan kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Kenyatan itu menyebabkan timbul persepsi dari kalangan rakyat bahawa Pas tidak 'ngam' dengan Pakatan Rakyat. Ini juga menyebabkan orang akan boleh membuat kesimpulan Pas Selangor masih melakukan angagement dengan Umno.

Secara tidak langsung juga kenyataan akhbar itu mendedahkan kelemahan Hasaan sendiri untuk meletakkan Pas menjadi parti penting dalam Pakatan Rakyat. Memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Pas dalam kerajaan Selangor. Berterus terang itu baik tetapi dalam politik ia natijahnya bukan begitu. Di sini fatanah Hassan sebagai politician nampaknya tidak ada.

Yang pastinya kenyatan begitu akan memburukkan lagi suasana dan hubungan Hassan dengan PKR dan DAP dan juga dengan individu-individu di dalam Pas sendiri yang kemaruk dengan politik baru Pakatan Rakyat di Selangor itu.

Diharap lain kali Hassan akan menggunakan mekanisme lain untuk mengurangkan tekanan yang mungkin dihadapinya. [wm.kl. 7:45 am 07/12/08]

1 comment:

Anonymous said...

Cuma harapan saya sekiranya mood rakyat& momentum prestasi PR dikekalkan seperti PRU 12,dalam PRU kan datang tidak akan berlaku perbalahan di antara PAS & PKR berkaitan dengan pengagihan kerusi2 DUN yang PR bakal tandingi.

Kalau berlaku ketidakpuasan, bimbang kedua2 parti tidak dapat berkerjasama untuk memenangkan calon2 PR. Paling ditakuti berlaku unsur2 sabotaj, tikam dari belakang. Kalau begini gayanya, PR hanya dapat bertahan memerintah Selangor sepenggal sahaja.